06 January 2023

Kambing Hitam RM92.5 Bilion

Bhai/DeeDee semua...

Umur mamat nih baru 42 tahun.... lu ingat senang ka dier perdaya kontraktor lain... dan dier jadi mastermind songlap dana Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion.... walhal level orang tengah pun takkan layak pada mamat nih..

Hahaha.... kalu korang percaya.... memang lahhhhhh

Sori aaa... gua tak percaya sikit pun.... ini semua sekadar kambing hitam jer... Hahaha... biasa la mesti akan sangkutkan beberapa orang... demi untuk selamatkan orang yang lebih besar... hahaha... adoilah... takkan kena punya tok dalang.....

Yang dapat pancing ikan siakap tue takkan la takder bau-bau bacang.... Hahaha

Adam Radlan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin direman SPRM dalang projek runding terus kerajaan PN RM92.5B

SPRM reman Adam Radlan sepupu Adlan Berhan Menantu Muhyiddin dalang projek runding terus RM92.5B. Dulu Adlan Berhan kecoh isu Bestarinet dan sistem imigresen RM1.16 bilion ketika darurat. Untung jadi broker projek


Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta direman lima hari berhubung isu penyelewengan perbelanjaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022.

Menurut sumber, perintah reman sehingga 10 Januari itu diperoleh selepas suspek berusia 42 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

“Suspek disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi pada 2020 hingga 2022. Dia ditahan ketika memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM malam tadi.

“Suspek juga dipercayai menerima rasuah bagi menghubungkan kontraktor-kontraktor dan pihak atasan,”

5 comments:

  1. Saya ingin berbeda pendapat dgn kamu, bro. I beg to differ, kata org putih.
    Nabi kita, Muhammad s.a.w, disampaikan wahyu kpd baginda ketika baginda mencapai umur 40 tahun. An age of maturity.
    Tugas yg diletak atas bahu baginda bukan calang2 berat.

    Ini bererti umur 40 tahun tu merupakan umur yg cukup matang utk seseorang mencorakkan kehidupannya hasil dari keperibadian yg dipupuk semasa ia membesar dan apa yg ingin dicapainya dimasa hadapannya.

    Rasanya, cita2 dia ialah ingin menjadi seorang yg kaya raya, dgn cara yg tidak begitu susah sekali.

    Jadi, dgn berbekal air liur, kemanisan kata2, convincing character dan network yg luas, rasanya tidak mungkin dia tidak dpt jadi org tengah.

    That's my 2-cent opinion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. And it helps to be S-I-L of somebody POWERFUL! Get it?

      Delete
  2. Bro, umur ini angka. Banyak kena scam tu kan sudah berusia, warga pencen sepatutnya cukup matang dan boleh berfikir cara waras. Dan rata rata kaki scam pun muda lagi, so far belum pernah terima call dari scammer tua, pada Gua lah.
    Gua baca, peranan dia as middleman pada group kontraktor dan atasan. Ini normal. Hanya kami dalam bidang ini tahu dimana dan bagaimana.

    ReplyDelete
  3. Kesian Pas. Mesti diliputi perasaan deja vu sekali lagi. Dulu baru nak bermesra dengan najib dan umno tetapi terpaksa buat u-turn kerana najib didapati bersalah. Takkan parti suci nak sekongkol dgn kluster mahkamah. Sekarang nampaknya kepimpinan Bersatu akan melalui jalan yg sama. Pening kepala Pas nanti jika top leaders Bersatu pula didapati kleptokrat. Apa akan jadi dgn PN. Patutlah ada orang tu bermati2an nak jadi PM.

    ReplyDelete
  4. Sebelum kisah ini lenyap gua suka jugak kalu ada kemaskini cerita Jho Low. Diantara sebab2 ramai mamat2 yg sejenis dgnnya bersemangat berkobar2 curi duit ialah mrk berpendapat, kalau JL boleh bawak lari berbillion duit kerajaan dan hidup bebas berbelanja di China kenapa mrk tidak boleh?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???