11 January 2023

Langkah St. Regis PN Terkantoi

Bhai/DeeDee semua...

Gelak besar gua bila dapat tau kes Langkah St. Regis PN tempohari kantoi sebab apa... Semua sebab ader pemimpin PAS-PN yang tersilap buat panggilan telefon kepada Zambry Kadir ... hahaha... pemimpin tu tanya mana pergi orang UMNO/BN yang patut dah sampai jumpa dengan Muhyiddin Yasin tue...

Hahaha...

Cuba kalu tak silap buat panggilan telefon... jalan cerita sudah jadi lain... hahaha


Menurut pemimpin Umno yang enggan namanya didedahkan, Ahmad Zahid pada sesi taklimat presiden yang berlangsung petang tadi turut mendedahkan 10 nama ahli parlimen mereka yang menyerahkan akuan bersumpah (SD) bagi mengangkat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-10.

Menurutnya, ketika kemelut politik melanda dan mesyuarat BN diadakan, hanya 26 ahli parlimen yang hadir, manakala baki empat lagi - yang memberikan sokongan kepada Muhyiddin - tidak datang dengan memberi alasan kesihatan.

"Presiden memaklumkan pada masa Dewan Tertinggi (BN) bersidang telah ada perancangan dibuat untuk menyingkirkan beliau (Ahmad Zahid) selaku pengerusi BN.

"Jika langkah itu berjaya, Muhyiddin telah sedia menanti di Hotel St Regis (di Kuala Lumpur) untuk mendapatkan sokongan BN," katanya.

Bagaimanapun kata sumber terbabit rancangan sulit itu terbongkar apabila Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, tiba-tiba dihubungi seorang pemimpin kanan PAS-PN.

Dalam perbualan itu, katanya, pemimpin PAS-PN itu bertanya mengapa ahli-ahli parlimen BN belum sampai ke hotel berkenaan.

"Katanya Muhyiddin sudah sedia menanti di Hotel St Regis,"

2 comments:

  1. Nie sumer gagal sebab nak buat langkah dari St.Regis nak kitar kejayaan langkah Sheraton 2.0 dulu. Mungkin dorang ramai2 gi Hotel Seri Malaysia sbb bunyi St. Regis mcm Hotel Seri Malaysia je. Maklumlah ramai mamat2 umno no spit engrish susah nak paham St.Regis tu apekebende nye.

    ReplyDelete
  2. Sanggup belanja duit beratus juta hasil curian wang rakyat utk beli sokongan kerana nak rampas kuasa. Inilah kepakaran yiddin dan direstui hadi bawang. Lebih baik digunakan duit beratus juta tu untuk bantu rakyat miskin.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???