05 January 2023

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?

Bhai/DeeDee semua...

Bekas perdana menteri Najib Razak telah mengemukakan petisyen berkenaan isu pemenjaraannya ke PBB dan ianya telah difailkan secara digital di Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia PBB Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) tadi.

Najib Razak telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan... iaitu Mahkamah paling tinggi di Malaysia. 

Korang tahu dak aper kesan implikasi perkara yang dibuat oleh Najib Razak nih kepada Kedaulatan Undang-Undang di Malaysia?

Jadi jika PBB masuk campur dan cuba nak membelakangkan keputusan kehakiman Mahkamah Persekutuan Malaysia, makanya tindakan ini sebenarnya telah mencabar bukan sahaja Kedaulatan Undang-Undang Malaysia... akan tetapi ianya sebenarnya telah melibatkan kepada (Kedaulatan) Sovereignty Negara Malaysia itu sendiri...

Adakah kita nak benarkan Negara lain tentukan apa dasar dan keputusan undang-undang di negara kita nih? Sepatutnya negara lain tak boleh nak usik apa sahaja keputusan kehakiman didalam negara kita... sebab ianya mencabar kedaulatan kita...

Tindakan peguam Muhammad Shafee Abdullah dan Najib Razak mengemukakan petisyen ini adalah sangat bertentangan dengan prinsip Kenegaraan dan ianya sebenarnya telah melanggar peruntukan Perlembagaan sedia ada dan boleh dilihat menderhaka terhadap negara. 

Ada limit terhadap hak asasi... terutama bab perundangan dan kehakiman.
Takkan nak sampai kena jajah secara perundangan pulak.... bodohlah...

Kita taknak tindakan ini jadi precedent kepada kes-kes yang lain sampai dilihat menghina Mahkamah Persekutuan.

Najib Razak Mencabar Kedaulatan Negara?


2 comments:

  1. Takde apa yg akan berlaku. Satu dunia dah anggap najib pariah kecuali china dan singapura. Shafee abdullah skrg dah ketor lutut tunggu hari je nak kena dakwa.

    ReplyDelete
  2. Jika berjaya maka ramai akan buat lepas ini. Tengok panel pun macam tak berapa best, ada Ecuador, Zambia, South Korea, Latvia, Australia.

    Pada Gua tidak menjadi hal, at least tidak salah mencuba dari tak buat apa apa kan. Manatau untung nasib. Di akhirat nanti, dah tak boleh buat apa apa, kita buat, kita terima...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???