03 January 2023

Sebab Kifarah?

Bhai/DeeDee semua...

958 orang kakitangan kontrak di LHDN dibuang kerja... ada yang dah lama dengan LHDN sampai lebih 10 tahun... ader yang tak lama.... Masa depa nih berkhidmat di LHDN... bukan setakat gaji yang okeh... tapi LHDN katanya ada beri bonus yang lebat bila kutipan lebih.... 

Masa tue.. diorang jarang bagi muka kat pembayar cukai... langsung takder timbang rasa.... semua atas alasan dalam SOP LHDN... bayar dulu... sembang kemudian... takder budi bicara ....

Sekarag diorang dah takder kerja.... dibuang kerja oleh LHDN... pulak depa pertikai kenapa LHDN takder budi bicara dan timbang rasa dengan diorang... kenapa diorang tak ditawarkan jawatan tetap walhal selepas diorang dibuang kerja... LHDN amik 700 kakitangan tetap yang baru....

Ramai kata kat depa nih... Hadan Huker....  ini semua sebab kifarah.... dulu tak ehsan kat orang... huhuhu


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditempelak kerana mengambil lebih 700 pekerja baharu yang berstatus tetap dan tergamak membuang staf kontrak yang berpengalaman luas.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, agensi itu sepatutnya mengutamakan pekerja tidak tetap yang berpengalaman.

Sebahagian besar kakitangan terbabit malahan ada berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak perlu pun dilatih semula kerana sudah mahir dengan sistem kerja LHDN yang kompleks.

“Saya dimaklumkan LHDN boleh ambil pula lebih 700 staf baharu sebagai pegawai tetap walhal mereka pernah ada kata tidak perlu ramai pekerja lagi,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan surat ‘Rayuan Untuk Sesuap Nasi’ kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di sini hari ini

Memorandum itu disampaikan oleh bekas Pemangku Presiden MTUC, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang hadir mewakili pemimpin blok berkenaan, Mohd. Effendy Abdul Ghani.

Ia diserahkan susulan isu penamatan seramai 958 petugas kontrak LHDN gred 21 pada 31 Disember lalu selepas rundingan terakhir pihak kesatuannya tiga hari sebelum itu gagal.

Badan berkanun tersebut dalam reaksi balasnya pada 29 Disember lalu memberikan alasan kononnya pembuangan itu perlu dilaksanakan kerana isu peralihan kepada fasa digitalisasi.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???