10 February 2023

Naya Dua Kali

Bhai/DeeDee semua...

Katanya sebab kualiti cetakan pada cukai jalan adalah tak elok, jadi sebab itu LKM dimasukkan dalam aplikasi JPJ yang baharu.

Sekejap… Kualiti cetakan tak elok tu sebab apa yer? Adakah sebab pembekal LKM tue bagi spesifikasi rendah level cap ayam? Siapa pembekal tu? Nak jugak tahu siapa namanya supaya boleh diambil tindakan senarai hitam dari jadi penbekal kepada Kerajaan.

Kalu sebab dakwat printing cepat pudar … Itu mesti sebab guna dakwat printer cetak rompak yang pastinya berkualiti rendah. Bukan dakwat yang original. So siapa pembekal dakwat (toner) mesin cetak tue? Dedahkan la supaya boleh diambil tindakan senarai hitam.

Kalu pembekalnya bermasalah. Batalkan semua kontrak dan senarai hitamkan lah pembekal itu. Tak kira la mereka tu kroni atau kartel. Takkan la Kerajaan sekarang takut kat kroni dan kartel??

Kita tak mahu pembekal celaka macam ni ada kekal dalam sistem E-Perolehan.

Paling celaka ialah… kita bayar mahal-mahal untuk dapatkan cukai jalan, tapi akhirnya kita kena print sendiri kalu nak memudahkan semakan tanpa perlu guna telefon pintar…

Adoilah…. naya dua kali la kita….



2 comments:

  1. Tak tahulah admin ni. Ada saje tk puas hati.. Jika Nabi MUHAMMAD sAW masih hidup.. Nabi pun dikritiknya

    ReplyDelete
  2. Bhai,
    kita ambik sudut positif dulu.
    Pertama, tutup terus peluang mangkuk mangkuk yang bhai cerita atas tu.
    Kedua, kira bagus juga sebab ini berkaitan dengan IT. Pandang ke hadapan agar tak jauh sangat ketinggalan, masih boleh bersaing dengan negara lain, kan?
    Ketiga, penguatkuasa yang akan buat semakan guna tools mereka.

    Sudut negatifnya, bila kenderaan sama di negeri lain, nombor pletnya digunapakai di negeri lain. Pastilah untuk salahguna. Parking x bayar, pandu laju (speedtrap), buat jenayah... Memang akan setel tapi sebelum setel ianya bagi masalah kepada owner nombor plet asal. Yang ini memang naya bhai... Aku pernah kena sebab tu berani cerita

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???