10 March 2023

Samseng Marang Keras Kepala

Bhai/DeeDee semua...

Samseng Marang (Abdul Hadi Awang) masih tegar menyampaikan kuliah dhuha dan khutbah Jumaat nampaknya.... Dalam pada ada larangan daripada Sultan Terengganu.... Abdul Hadi Awang kekal dengan kesamsengannya...

Hahaha...

What do you expected?? Hahaha.... Takkan Sultan Terengganu tak boleh nak arahkan MAIDAM untuk kuatkuasakan arahannya selaku Ketua Agama Negeri??? Takkan la kot... Takkan la lemah sangat sampat tabrani nak usik Abdul Hadi Awang...

Hahaha... takkan la PDRM tabrani nak cekup dan tahan Abdul Hadi Awang pasai ingkar larangan nih?? Takkan la kan....


Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini menyampaikan kuliah dhuha mingguan seperti biasa di Masjid Rusila di Marang, Terengganu.

Perkara itu dilaporkan beberapa media dan rakamannya juga dimuat naik di media sosialnya hari ini.

Menurut Facebooknya, dia turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid sama

Hadi berbuat demikian walaupun terdapat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu melarang ahli politik termasuk ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (Adun) serta senator daripada memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau di Terengganu.

Mereka turut dilarang menyampaikan khutbah Jumaat.

Arahan larangan tersebut - yang bertarikh 2 Mac - dikeluarkan susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

1 comment:

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???