02 April 2023

Err... Sekejap... Dulukan Siap Hasut Lagi

Bhai/DeeDee semua...

Err.. sekejap... Bukankah dahulu semasa jadi Pembangkang.... selalu sangat puak-puak nih menghasut kakitangan awam terutamanya doktor kontrak untuk melakukan Hartal, Mogok atau Perhimpunan Haram??? 

Errr... dulu selamba jer pujuk dan hasut... atas nama freedom of expression

Tapi kenapa la nih tak boleh pulak... tak dibenarkan... diharamkan.... Hahaha.... aik... sudah tukar ka?? Hahaha....

Sudah tukar ka?

Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan "haram".

Menurut KKM, berdasarkan surat edaran oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bertarikh 30 Jun 2011, penjawat awam adalah dilarang terlibat dalam perhimpunan seumpama itu.

"Penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4(1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993," menurut hantaran KKM yang disiarkan di laman Facebook kementerian itu semalam.

Hantaran itu juga memaparkan infografik mengenai bentuk penyertaan perhimpunan haram termasuk "penglibatan aktif" di luar waktu bekerja, menggunakan waktu pejabat dan meninggalkan pejabat untuk memerhati dan menyertai perhimpunan selain menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak dan mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???