26 January 2024

Nasib La Korang ... Hahaha

Bhai/DeeDee semua...


Situasi di Bank ditahun 2026.

Ali Bin Abu : Assalamualaikum tuan.

Mat Bin Along : Waalaikumussalam. Terima kasih sebab datang ke Bank Kapir Malaysia Berhad (BKMB). Boleh saya tahu apa urusan tuan nak buat ye?

Ali Bin Abu : Saya Ali. Saya datang ni nak buat pinjaman peribadi.

Mat Bin Along: Tuan datang di tenpat yang betul. Boleh saya dapatkan semua dokumen yang diperlukan. Tentunya tuan dah tahu tentang semua dokumentasi yang diperlukan.

Ali Bin Abu: Ya, semuanya dah ada dalam sampul ini. Penyata 6 bulan gaji dan surat perjawatan kerja pun saya dah sertakan.

Mat Bin Along: Sekejap ya tuan, saya semak dulu.

Ali Bin Abu: Baiklah.

Mat Bin Along: Err.. tuan adalah kakitangan awam nampaknya. Penyata gaji ni nampak dah cukup padu. Sudah berapa lama tuan berkhidmat?

Ali Bin Abu: Saya dah berkhidmat setahun. Hujung bulan ni genap setahun.

Mat Bin Along:  Kalau ikutkan gaji tuan ni layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM150 ribu. Cumanya status pekerjaan tuan ni ada sedikit masalah.

Ali Bin Abu: Masalah macam mana tu ye?

Mat Bin Along: Macam ni tuan, Disebabkan status pekerjaan tuan adalah Kontrak, maka pihak bank ada sedikit masalah. Perjawatan tuan adalah mengikut kontrak 3 tahun ke 3 tahun. Jadi kalu mengikut kadar risk yang ada dalam sistem kami, ianya adalah agak kritikal.

Tambah lagi tuan baru berkhidmat setahun. Dan kemungkinan kontrak tuan tidak disambung selepas 3 tahun adalah tinggi.

Ali Bin Abu: Eh, takkan la macam itu? Saya kan bertugas sebagai guru sekolah?

Mat Bin Along: Betul tuan adalah seorang guru, tapi risk analysis bagi bank meletakkan status tuan pada kadar 6 dari kadar 10. Tapi tuan jangan bimbang, tuan masih boleh mendapatkan pinjaman peribadi ni. Cuma ianya sekadar bernilai 6 kali dari jumlah gaji bulanan tuan.

Ali Bin Abu: Oh, begitu ye. Saya cuma boleh buat sebanyak itu je lah?

Mat Bin Along: Betul tuan.

Ali Bin Abu: Err, kalau saya nak beli kenderaan pula?

Mat Bin Along: Yang itu kami boleh berikan pembiayaan macam biaaa seperti pada tahun 2024. Tiada masalah. Cuma ianya sekadar bernilai 60% dari nilai harga kenderaan.

Ali Bin Abu: Okay, kalau gitu saya nak cuba di Bank Scam Malaysia Berhad la pulak.

Mat Bin Along: Saya faham tuan. Cubalah mana tahu mereka boleh berikan nilaian yang lebih baik. 

Ali Bin Abu: Assalamualaikum. Terima kasih tuan.

Mat Bin Along: Waalaikumussalam. Sama-sama.


*** nama bank adalah nama sebenar.

#tiadapencen #kwsp #penjawatawam #kakitanganawam #bank #pinjamanperibadi #loan #personalloan #walanon #bangsaslurpp #polisi #BNM



No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???