31 May 2024

Mengundang Campurtangan Asing

Bhai/DeeDee semua....

Bila Kerajaan itu lemah... bila pemimpin utama pun ader failnya dipegang oleh negara asing macam USA.... maka jadi macam ni la.... Perairan kita pon depa nak kawal... kedaulatan wilayah kita pon USA nak tentukan....

Payah aa....  Makin karut jadinya...

Ini baek ada makna ni


30 May 2024

Cakap Tak Serupa Bikin

Bhai/DeeDee semua..

DAP? Kah Kah Kah.... Cakap tak serupa bikin... Spesis Hipokrit gak.... haktuih...



29 May 2024

Integritilah Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... Integritilah Sangat....



24 May 2024

Khutbah Si Penakut?

Bhai/DeeDee semua...

Duit (Fulus) punya pasai,,, serban pon boleh tercabut bhai.... Itu belum lagi perempuan....Adoilah puak-puak agama nih... Makin hari makin pelik... Cakap banyak karang depa kata lawan Mopti... lawan Ketua Agama.... fuhh...

Pondan kalu pi main jauh-jauh ....

Adoilah...

Wa Ampu Sana Wa Ampu Sini


23 May 2024

Hipokrit

Bhai/DeeDee semua...

Mana suara mamat nih masa pemimpin puak UMNO terpalit dengan kesalahan jenayah dan kes sivil... Kenapa dier tak suruh letak jawatan masa tue... Hahaha.... Ini semua hipokrit ja...

Dier pun bukanlah bersih sangat.... Hahahaha...

p/s Mana-mana perasuah dan penyalahguna kuasa patut letak jawatan la... tak kira la parti mana pon.... kena stand yang sama... kena tagas...  Itu ja

Puad Yang Hipokrit


20 May 2024

Pelik Bin Ajaib

Bhai/DeeDee semua...

Kalau yang bangsa Cina dan India bising pasai UITM nih kira logik lagi la... Ini yang Melayu Bumiputera pulak lebih hinggaq dari bangsa Cina dan India pasai nak bukak UITM tu kepada bangsa Cina dan India....

Adoilah,,,,, Gua tak paham sungguh la spesis Melayu haprak liberal camnie.... bodoh wal bangang...

Ini dah kira Melayu murtad lenih..... dah hilang jadi diri dan sensitiviti Melayunya... liberal sangat... Dier tak sedar tindakan yang dier buat tue dah macam kes Palestin jual tanah kepada Yahudi dulu la... Last-last Palestin nih kena halau...

Bangang aaa..

Cuba amati apa yang Prof ni bagitau



19 May 2024

Nak Jugak Enter Frame

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah.... nak gak enter frame.... Puak-puak nih mesti akan cari peluang nak enter frame...  setakat bakar rumah pun depa boleh buat wayang... inikan pulak yang macam nih..

Kah Kah Kah.... Wayang apa pulak la lepas nih....



17 May 2024

Fitnah Pembangkang?

Bhai/DeeDee semua...

Masa jadi pembangkang dulu apa yang tak pernah Anwar Ibrahim dan geng pembangkangnya nih tuduh dan fitnah terhadap Kerajaan?? Kah Kah Kah

Err... macam la rakyat tak boleh semak GIP tu apa... Siapa Blackrock tu... Kah Kah Kah



So Sweet

Bhai/DeeDee semua...

Kah kah kah.....  Ini spesis WalaNON dan Bangsa Slurpp tegar nih... 



15 May 2024

Masalah Utama IPTA Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Kita ada banyak IPTA, dan hampir semua IPTA nih depa ader tubuhkan unit untuk komersialkan hasil penyelidikan yang dibuat oleh PhD dan Master holder.

Tapi bab nak melesenkan (pengkomersialan) penyelidikan nih jadi terbantut. Mari gua ringkaskan bagi lu orang paham.

1. Syarikat yang nak beli lesen penyelidikan tue kena bayar sejumlah wang yang besar. Minima dalam RM150k. Ader kes yang sampai berjuta RM.

2. Itu baru lesen, belum lagi yuran tahunan yang kena dibayar selagi mana penggunaan penyelidikan itu digunakan. Nilai yuran tahunan biasanya antara RM50k dan keatas.

3. Setiap produk yang terhasil dari penyelidikan tu yang mana terjual akan ader jumlah peratusan yang kena dibayar kepada IPTA. Ianya adalah antara 0.5% hingga 5% bergantung kepada IPTA tersebut. Contoh barang A dijual pada harga RM1000, sekitar RM50 akan perlu dibayar kepada IPTA.

4. Walaupun Syarikat telah beli lesen, ianya tidak ekslusif. Pihak IPTA boleh juga menjualkan lesen itu kepada mana-mana syarikat yang lain yang berminat. Maka persaingan akan ader banyak.

5. Katalah syarikat dah stop pengeluaran produk berasaskan penyelidikan tersebut dan syarikat sudah berhenti membayar lesen. Semua dokumentasi dan peralatan yang dibuat untuk menghasilkan produk dari penyelidikan itu perlulah di berikan kepada pihak IPTA.

6. Sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak industri tidak dibenarkan melainkan ianya mesti dilakukan oleh pasukan penyelidik dari IPTA tersebut. Dan semua kos penyelidikan tambahan ini perlu dibayar oleh pihak industri.
 
7. Pengubahsuaian tambahan ini walaupun ianya datang dari cetusan idea pihak syarikat yang membeli lesen, pihak IPTA boleh juga memberikannya kepada pihak ketiga yang juga memiliki lesen yang sama.

Itulah sebahagian dari realiti R&D IPTA di Malaysia. Ianya tak sama antara satu IPTA dengan yang lain tapi asas dan rangkanya tetap sama.

Sebab itu banyak R&D dari IPTA di Malaysia susah nak dikomersialkan oleh industri. Hanya kerana banyak songel dan cekadak di pihak IPTA itu sendiri…

Hahahaha…. mentaliti third world camnie la…



12 May 2024

Dah Halal Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Dah HALAL ka nih???








09 May 2024

Cabul Kedaulatan Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali... Ini perairan Malaysia.... dan apa yang berlaku dalam perairan Malaysia adalah dibawah kuasa Malaysia... dan ianya melibatkan kedaulatan Malaysia...

Macam celaka jer Amerika nak kawal perairan Malaysia dan kapal-kapal yang lalu dan berurusan di perairan Malaysia... Giler gampang la lemah sangat Kerajaan kalu membiarkan benda nih terjadi....

Adoilah...



07 May 2024

Bajet Ciput Sembang Lebat

Bhai/DeeDee semua...

Berapa harga selayaknya seketul ayam goreng bagi sebuah restoren makanan segera?

Pertama sekali mari gua stori sama lu orang…

Untuk mengoperasikan sebuah restoran makanan segera yang bersaiz standard (22kaki x 60kaki) siap dengan peralatan dapur memasak (rege puluhan ribu) dengan piawai ditetapkan oleh pihak berkuasa memerlukan lebih kurang 5 orang kaki tangan pada setiap masa. Krew dapur paling kurang 3 orang. Cashier pula minima 1 orang.

Ini termasuk kakitangan pembersihan (kemas, sapu dan mop) paling kurang 1 orang.

Bayangkan dengan 5 orang kakitangan, agak sukar jugak nak mengendalikan sebuah restoren makanan segera kalu ada ramai pelanggan. Tambah pulak ramai pelanggan jenis yang tak reti nak kemaskan meja selepas makan (spesis orang Malaysia)

Itu belum masuk lagi kalu ader khidmat drive-thru atau order online (FoodPanda dan GrabFood atau HaloFood serta Misi). Memang tak cukup kakitangan.

Paling Optimum bilangan krew restoran makanan segera adalah 7 orang.

Jadi…. berapa gaji mimima seorang krew restoran? RM1500? Kalu nak bagi gaji RM1500 sebulan, gaji sejam bagi seorang krew adalah sekitar RM25. (*** pembetulan… ini gua silap kira… total jam sebulan aderlah 240jam … lebih kurang RM6.25 sejam)… hehehe

RM1500 x 5 orang krew = RM7500

Sewa lot restoran berapa pulak? Minima dalam RM2500 sebulan (nak dapat rege camnie mimpilah dikawasan hot spot)

Kos letrik, air dan gas pulak berapa?

Aircond jer paling kurang ader 3 unit berkapasiti 2.5hp (ini kalu restoren 1 tingkat jer). Kalu 2 tingkat dah berapa aircond nak kena pasang.

Itu belum masuk kos bahan mentah, sos dan sebagainya. By the way, restoran makanan segera tak dibenarkan menggunakan gas masak bersubsidi yang kecik 14kg tue. Mereka kena guna gas masak industri. Harga mahai ooi.

Bukan macam peniaga tepi jalan dan pasar malam tu.. udah la pakai minyak paket subsidi, gas pon pakai yang subsidi punya… lagi mau sembang lebat konon harga barang jualan depa boleh jual murah

So… berapa jualan set minima yang selayaknya dijual oleh restoran makanan segera (setakat sekadar balik modal ja)? 100 set hidangan? 500 set hidangan? atau 1000 set hidangan?

Jadi … adakah wajar harga seketul ayam goreng di restoran makanan segera yang macam ini sama harga dengan ayam goreng yang dijual di tepi jalan atau pasar malam?

Jual tepi jalan dan pasar malam takder sewa tapak yang mahal, takder aircond, tiada pra syarat gila-gila dengan PBT.

So… sebelum nak pertikaikan kenapa harga ayam goreng di restoran makanan segera itu mahal … kena la semak semua benda yang gua citer kat atas nih… dan kalu koramg nak sangat berjimat… pi la beli ayam goreng di tepi jalan dan pasar malam… jangan la masuk restoran makanan segera.

Lu oranh nak harga tepi longkang tapi nak duduk makan dalam Pavilion… Ajer gambang la… Hahaha

#punintended #ayamgoreng #dfc #kfc #rfc #mhc



05 May 2024

Sembang Tak Guna, Saman Je La

Bhai/DeeDee semua,,,

Sembang kari betul la ... Kalu dah tau yang media asing nih bagi berita fitnah... berita tak betul... apa tunggu lagi... Saman je la... Sembang tak guna la bhai...

Huhuhu



03 May 2024

Takkan Malaysia Tunduk Kot?

Bhai/DeeDee semua...

Orang Malaysia selalu kutuk Indonesia.... tapi satu part gempak dengan Indonesia ialah Kerajaan Indonesia tidak mudah digertak oleh kuasa besar... tambah lagi kalu Amerika Syarikat yang cuba nak gertak...

Tapi Malaysia nih lain..... payah nak kata apa...

Cuma takkan la Malaysia tunduk kot dengan gertakan Amerika Syarikat ni??? Lemah sangat la kalu tunduk dengan mudah....

Huhhuhu

Takkan kena buli kot??


01 May 2024

Samanlah Bloomberg....

Bhai/DeeDee semua...

Citer banyak tagune... samanlah Bloomberg tue... nak gak tengok Bloomberg masuk Mahkamah...

Hahaha...

Bila Bloomberg disaman... baru la kita dapat tau dari mana sumber sebenar mereka.... kan senang camtue... Hahaha

Kenapa Individu? Kenapa Takmo Saman Bloomberg??