Bhai/DeeDee semua...
Berapa harga selayaknya seketul ayam goreng bagi sebuah restoren makanan segera?
Pertama sekali mari gua stori sama lu orang…
Untuk mengoperasikan sebuah restoran makanan segera yang bersaiz standard (22kaki x 60kaki) siap dengan peralatan dapur memasak (rege puluhan ribu) dengan piawai ditetapkan oleh pihak berkuasa memerlukan lebih kurang 5 orang kaki tangan pada setiap masa. Krew dapur paling kurang 3 orang. Cashier pula minima 1 orang.
Ini termasuk kakitangan pembersihan (kemas, sapu dan mop) paling kurang 1 orang.
Bayangkan dengan 5 orang kakitangan, agak sukar jugak nak mengendalikan sebuah restoren makanan segera kalu ada ramai pelanggan. Tambah pulak ramai pelanggan jenis yang tak reti nak kemaskan meja selepas makan (spesis orang Malaysia)
Itu belum masuk lagi kalu ader khidmat drive-thru atau order online (FoodPanda dan GrabFood atau HaloFood serta Misi). Memang tak cukup kakitangan.
Paling Optimum bilangan krew restoran makanan segera adalah 7 orang.
Jadi…. berapa gaji mimima seorang krew restoran? RM1500? Kalu nak bagi gaji RM1500 sebulan, gaji sejam bagi seorang krew adalah sekitar RM25. (*** pembetulan… ini gua silap kira… total jam sebulan aderlah 240jam … lebih kurang RM6.25 sejam)… hehehe
RM1500 x 5 orang krew = RM7500
Sewa lot restoran berapa pulak? Minima dalam RM2500 sebulan (nak dapat rege camnie mimpilah dikawasan hot spot)
Kos letrik, air dan gas pulak berapa?
Aircond jer paling kurang ader 3 unit berkapasiti 2.5hp (ini kalu restoren 1 tingkat jer). Kalu 2 tingkat dah berapa aircond nak kena pasang.
Itu belum masuk kos bahan mentah, sos dan sebagainya. By the way, restoran makanan segera tak dibenarkan menggunakan gas masak bersubsidi yang kecik 14kg tue. Mereka kena guna gas masak industri. Harga mahai ooi.
Bukan macam peniaga tepi jalan dan pasar malam tu.. udah la pakai minyak paket subsidi, gas pon pakai yang subsidi punya… lagi mau sembang lebat konon harga barang jualan depa boleh jual murah
So… berapa jualan set minima yang selayaknya dijual oleh restoran makanan segera (setakat sekadar balik modal ja)? 100 set hidangan? 500 set hidangan? atau 1000 set hidangan?
Jadi … adakah wajar harga seketul ayam goreng di restoran makanan segera yang macam ini sama harga dengan ayam goreng yang dijual di tepi jalan atau pasar malam?
Jual tepi jalan dan pasar malam takder sewa tapak yang mahal, takder aircond, tiada pra syarat gila-gila dengan PBT.
So… sebelum nak pertikaikan kenapa harga ayam goreng di restoran makanan segera itu mahal … kena la semak semua benda yang gua citer kat atas nih… dan kalu koramg nak sangat berjimat… pi la beli ayam goreng di tepi jalan dan pasar malam… jangan la masuk restoran makanan segera.
Lu oranh nak harga tepi longkang tapi nak duduk makan dalam Pavilion… Ajer gambang la… Hahaha
#punintended #ayamgoreng #dfc #kfc #rfc #mhc