Bhai/DeeDee semua...
Semalam gua pi kedai RM2 sebab nak cari penyapu.... Masa gua kat sana gua ader nampak dua senario... Senario yang cukup menyentuhkan hati gua sebagai seorang ayah...
Senario pertama... Ader sorang ayah tue singgah kat kedai RM2 sebab anak dier request nakkan span warna pink kerana nak bawak ke sekolah esoknya ... Anaknya perempuan telah bersekolah di PRA ... Sebelum nih ayah nih menghantar anak perempuannya di tadika Little Caliph tapi kini atas keadaan ekonomi yang gawat... Dier terpaksa antar anaknya ke PRA...
Setelah berjumpa span warna pink seperti yang diminta oleh anaknya, ayah ini menuju ke kaunter pembayaran... Span warna pink yang kecik itu diletakkan dikaunter untuk bayaran... Biler juruwang mengatakan ianya berharga RM2 ... Terus ayah ini terpaksa kensel pembelian sebab dalam tangan ayah nih ader RM1 dalam bentuk duit syiling... Itupon duit balance isi minyak motor buat balik kerja...
Gua cukup sedih tengok benda nih jadi gua amik span tue dan gua bayarkan lalu gua hadiahkan kat ayah tue untuk anak dier... Mengalir air mata ayah tue ngan gua biler mengenangkan benda nih..
Satu lagi senario.... Gua lihat dari jauh mulanya... Ader sorang ayah tue datang ngan anak lelaki dier dalam umur 4 tahun... Masuk kedai tue pasai ayah dier dah janji nak belikan permainan kereta... Belek punya belek... Akhirnya jumpa satu permainan kereta yang anaknya suka... Ayah nih dulunya kerja elok dan bergaji agak mencukupi.. Tapi selepas kegawatan ekonomi yang menyebabkan PERWAJA lambat membuat pembayaran gaji... Maka terpaksalah ayah ini bekerja rencam... Yang mana pendapatannya kini kais pagi makan pagi...
Masa mereka dua beranak berada di kaunter untuk pembayaran... Juruwang tue bagitau yang harga permainan tue ader RM2.30 .... Terkebil-kebil ayah tue disebabkan dia cuma ader RM2 sahaja dalam poket... Gua tak sampai hati tengok benda macam nih ... Jadi gua amik permainan tue dan bayarkan ... Lepastue gua hadiahkan kepada budak tue...
Sekali lagi gua mengalir air mata... Gua teringatkan "apak" gua ... Dulu dengan gaji RM250 kasar sebulan... Dier membesarkan kami adik beradik 7 orang... Tak mampu nak belikan permainan... Kalo ader duit lebih "apak" akan beli roti kepala lutut buat makan sambil cicah kopi...
Kadang-kadang "apak" akan singgah kat sawmill untuk ambil papan sayung (terbuang) dan bawak balik untuk digunakan buat besarkan rumah kitorang yang duduk di tanah milik kerajaan... Tahun 1996 baru lah permohonan kitorang untuk tanah tue dapat kelulusan... Itupon setelah abis beribu-ribu duit hilang akibat mainan JKKK UMNO dan Pejabat Tanah...
20 tahun menumpang kat atas tanah milik Allah yang dikatakan milik Kerajaan Malaysia... Giler aaa... Walhal tanah tue tanah bekas lombong bijih timah... Tak sepatutnya susah nak diberi milikan...
Gua sedih sebab gua rasa takkan dapat lihat perkara macam nih selesai di Malaysia... Kemiskinan... Kepayahan... Dan pelbagai lagi kesengsaraan terhadap anak-anak kecil akan berlaku.... Selagi mana UMNO/BN tidak dapat dijatuhkan... Selagi mana UMNO/BN dapat memperkudakan beberapa mangkuk dalam PAS yang sanggup berkhianat.. Selagi itu lah...
PAS jangan berkhianat... Kami rakyat sudah cukup susah... Para Pemimpin PAS ramai yang dah semakin hanyut dalam permainan UMNO atas kononnya sentimen Melayu dan Islam... Tambah lagi dah mola ramai pemimpin PAS yang menunjukkan belang mereka... Masak la rakyat lepas nih... Nak harapkan saper lagie...
Ya Allah... Lu ampunkan segala dosa kedua ibu dan bapa gua walau sebanyak mana pon ... Dan lu kasihanilah diorang dengan Rahmat lu sebagaimana diorang mengasihi gua sepanjang masa.... Masukkanlah diorang kedalam syurga Firdaus tanpa hisab... Ampunkan Ya Allah... Wahai Allah, Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Maha Mendengar ...
Ya Allah, Lu dedahkanlah pengkhianat dalam PAS sehingga terbongkang agar kitorang semua selamat dari semua angkara jahat diorang... Walau betapa "faqeh"nya diorang kononnya.. Ameen...