Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

07 May 2013

PANAS: Pencacai UMNO Sudah Kantoi

Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seorang kawan yang bernama En Zek (pengurus salah sebuah ladang milik IOI Group)....

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati.

Ada pun tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan memberikan satu "input" sebagai bahan tambahan ilmiah dalam perkara berkaitan dengan politik dan kenegaraan. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, ingin saya bawa perhatian anda semua kepada pernyataan yang seringkali dihujahkan oleh pemblog dari UMNO (yang tentunya adalah juga penyokong kuat aspirasi Barisan Nasional @ BN).

"Kita halau semua Cina dan India dari negara ini", "Bunuh sahaja semua Cina yang ada di Malaysia", "Kalau Pakatan Rakyat menang pilihanraya nanti, Malaysia akan dapat PM Cina", "PAS dan PKR diperkudakan oleh Cina DAP", "Lim Guan Eng akan jadi PM Malaysia",

Kita semua tahu pembentukan negara ini pada 1957 adalah disandarkan kepada satu kertas perjanjian yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman pada masa itu. Salah satu daripada klausa yang dipersetujui oleh British (yang perlu dilaksanakan sebaik kemerdekaan diberikan) adalah yang berkaitan dengan Jus Soli. Adalah termaktub dalam sejarah dimana dengan penerimaan prinsip Jus Soli, maka semua penduduk yang ada di Tanah Melayu pada masa itu termasuklah dari kaum Cina dan India telah diterima menjadi warganegara.

Oleh yang demikian, ini menunjukkan semua yang telah diterima masuk mengikut konsep Jus Soli adalah warganegara Malaysia yang sah dan ianya tidak dipersangkal dari tahun 1957 sehinggalah tahun 1969. Pada 13 Mei 1969, Orang Melayu yang telah diapi-apikan dengan sentimen perkauman telah mengambil tindakan drastik membuat bantahan diserata tempat dimana ianya dilakukan oleh agen subversif. Ianya juga berlaku dikalangan kaum Cina yang telah berjaya diapi-apikan oleh agen subversif. Kedua-dua pihak ini seakan lupa bahawa adanya penerimaan terhadap konsep Jus Soli semasa kemerdekaan Malaysia diumumkan.

Api perkauman yang sama juga dimulakan oleh orang-orang Melayu yang berpaksikan UMNO seolah-olah mereka menidakkan bahawasanya UMNO lah yang telah menerima konsep Jus Soli dahulu. Inilah yang amat mendukacitakan saya selaku seorang "bekas operatif" kerana isu perkauman bodoh seperti ini sebenarnya telah dan sedang merosakkan keharmonian dan kemajuan negara ini.

Jika kita melihat daripada pernyataan pemblog dan penyokong UMNO yang mengatakan bahawa CINA akan menjadi Perdana Menteri, saya berpandangan mereka-mereka ini wajarlah kita hantar untuk mendalami matapelajaran Kenegaraan dan Perlembagaan. Ini kerana kebodohan mereka dalam matapelajaran Kenegeraan dan Perlembagaan boleh sahaja menggugat  ketenteraman dan keselamatan negara ini

Ini penjelasan saya.

Jika orang Cina ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia, mereka perlulah mengubah perlembagaan Malaysia terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri boleh dilantik dari kaum Cina. Untuk mengubah perlembagaan, perlulah mendapat persetujuan daripada 2/3 anggota Parlimen. Jika mereka telah mendapat persetujuan 2/3 anggota Dewan Rakyat, maka perlulah ianya disahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat boleh sahaja menolak persetujuan untuk mengubah perlembagaan ini sama ada secara sendiri mahupun dengan cara merujuknya kepada YDP Agong. YDP Agong pula boleh sahaja memanggil mengadap semua Raja-Raja Melayu untuk satu sesi khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jika Majlis Raja-Raja berpendapat bahawa ianya tidak sesuai. Maka perkara ini boleh sahaja ditolak.


Untuk pengetahuan anda, klausa perlembagaan yang berkaitan dengan status Perdana Menteri bukan hanya boleh diubah hanya dengan mendapat 2/3 ahli Dewan Rakyat tetapi ianya perlulah mendapat keizinan daripada YDP Agong.

Jadi, jika YDP Agong dinasihatkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk menolak perubahan perlembagaan berkaitan status Perdana Menteri (yang telah ditetapkan dari kaum Melayu), maka YDP Agong boleh menolak untuk perlembagaan ini diubah.

Jika ada pihak berdegil mahukan juga perubahan terhadap klausa perlembagaan berkenaan status Perdana Menteri (berkaitan kaum), maka dengan kuasa yang ada pada YDP Agong, beliau boleh memerintahkan bahawa Parlimen digantung dan Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sementara tampuk pemerintahan negara sehingga selesai (Darurat). Ini adalah kuasa perogratif tertinggi yang ada pada YDP Agong selaku ketua kepada Angkatan Bersenjata Malaysia.

Pada masa itu, kemungkinan besar semua bekas anggota keselamatan dan risikan Malaysia dari kaum Melayu akan dipanggil untuk berkhidmat dibawah panji-panji YDP Agong. Saya juga pastinya tidaklah terkecuali.

Oleh yang demikian, walau macam mana sekalipun berlaku di Malaysia ini, status Perdana Menteri dari kaum Melayu akan kekal dalam perlembagaan, melainkan kalau semua Raja-Raja Melayu telah dirasuah oleh kaum Cina atau India. Jika rasuah berlaku maka mungkin perkara ini boleh berlaku.

Persoalan yang wajib ditanya sekarang ini ialah adakah Raja-Raja Melayu boleh dirasuah oleh kaum lain. Saya tidak boleh menjawabnya. Hanya Raja-Raja Melayu sahajalah yang boleh menjawab persoalan ini. 


Sekian.terima kasih

Trima kassey kerana membaca artikel gua yang panjang berjela dan tak best nih.... hahaha...  So ader paham ker??? Tak paham kalu... pi hantuk kapla lu kat jalan bertar tue.... hahaha

Rujukan : Kalau DAP Bertanding 222 Kerusi Parlimen

20 comments:

  1. Bhai

    Kalau tak silap ada aku clause yang Tun Mahathir kata walau YDP tak perkenan usul yang telah dululuskan oleh dewan rakyat tetap akan lulus selepas 60 hari. Mean tak perlu kelulusan YDP.

    Ini berlaku semasa penghapuskan kekebalan raja-raja oleh (UMNO).. kerajaan Malaysia yang menyebabkan Agong terpaksa berkompromi juga untuk menghapuskan beberapa keistimewaan raja-raja pada tahun 1993.

    ReplyDelete
  2. Bhai Anonymous...

    Yer betul... klausa tue ader... memang ada... cuma dalam menentukan status kaum untuk Perdana Menteri ianya tidak terpakai...

    Aper yang Mahathir cakap tue betul jika berkaitan dengan klausa undang-undang jenayah... tapi tidak dalam kes status kaum Melayu sebagai Perdana Menteri...

    ReplyDelete
  3. Bhai Anonymous...

    Tambahan....

    Perkara dalam kes imuniti tue berlaku sebab YDP Agong tidak mengambil tindakan menggantung Dewan Rakyat..

    Walaupun dalam banyak kes .. selepas 60 hari sesuatu usul itu akan tetap mendapat kelulusan.. tapi kalu Dewan Negara digantung... ianya tidak akan dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. Geng pemblog dari UMNO terlalu ekstrim. Lebih sudu dari kuah. Memang bahaya jika mereka dapat brainwash pembaca tapi iyalah, bila diberitahu merekalah yang mulakan provokasi melalui penulisan blog - mereka tak boleh terima. Merekalah yang betul orang lain salah belaka.

    Sebab tu blog C++ pun diorang pandang sebelah mata walaupun dah diulas dua kali sebelum ini. Sentimen perkauman ini tidak elok diperdebatkan apatah lagi kita hidup berbilang kaum.

    Kalau sampai kena buat ulasan skema, den pun tak leh nak nolongnya bhaiiiiii...

    ReplyDelete
  5. der..

    bagus lu punya artikel ni.. dah nek bebuih mulut gua dok cakap menda nih.. tapi cam haram.. bukannya masuk dlm kepala otak dorang pon..

    dahla bodoh.. bila kita nak ajar bebaik.. dah macam dok ajar batu ngan kayu.. la plak.. bebal tahap dewa la plak.. tapi aper2 pn.. gua akan bawak dorang ke sini tuk baca lu nyer artikel... kalau dok jadi bodoh lagi pastu.. dah sah2 itu adalah jelmaan lembu kak jat..

    ReplyDelete
  6. Bro C++, gua pon tak faham kenapa mereka2 semua jadi macam ni...Negara dah merdeka lama dah...tapi, pemimpin2 sendiri yang banyak mengeluarkan ayat2 yang bahaya untuk sebuah negara berbilang kaum. Orang melayu totok masih mendendangkan negara ini hanya hak orang melayu sahaja. Kenapa nak marahkan cina? Pi marahkan portugis, belanda, british & jepun yang menjajah malaysia hingga telah mengubah lanskap negara malaysia ni...Nak kata tak belajar sejarah malaysia, semuanya pi sekolah...Tak tahu plak kalau pi sekolah kejenya tido atau tak gheti baca buku. Sudah2lah nak menyalahkan bangsa lain...Dah tahu, melayu dulu2 senang dibeli, kita ubah minda kita supaya melayu sekarang lebih dinamik. Orang cina berpolitik tak menjejaskan periuk nasi mereka..., kita pulak, pong pang, pong pang...last2 semua tanah dah berpindah milik. Apa citer? Itu bukan cina rampas tau! mereka beli jer...Sapa yg jual? melayu jugakkk...Selagi org melayu dalam minda hendak bercekak pasal bangsa, org cina tetap cool dgn kerja, kerja, kerja dan terus kerja hingga banyak modal utk membeli dan terus membeli apa yang melayu ada...Nak salahkan cina lagi? Kalau hendak berpaling kebelakang...adakah nak salahkan cina? Gua pulak? Kena kerja & terus kerja utk cari duit buat perbelanjaan rumah, kereta, minyak, tol & anak kat universiti. Kalau universiti percuma, alangkah baiknya....Sayang sekali...Tak perlah...yg penting, malaysia aman & tenteram....huhuhuhuhu...tak gitu bro C++

    ReplyDelete
  7. Bahasa baku over 9000!

    Kawan saya pon ada citer gak, PM tkleh dari orang cina selagi Kings ada.

    Tapi, selpas korang hapuskan kings, masa tu baru melayu kena hati-hati :D

    ReplyDelete
  8. bhai,

    ada 1 artikel kat blog depa yg menyatakan dan menyalahkan kaum tionghua kerana mengajar tentang rasuah kepada bani melayu?! wtf?! gler kentang dia nye statement.

    ello, ni sebenarnya berbalik pada diri masing2. kalau lu dah kuat pertahanan dalaman lu, kuat mental dan yang penting tebal iman, takkan lu gi amik rasuah tu pulak bila ada org offer? dah makan rasuah pas tu salahkan org lain yg ajar!

    perumpamaan - ada org meja sebelah tgh lepak dok sembang, lu pasang telinga, kononnya ada tempat gro baru, muda2 montok2 badan sedap service terbaik... lu terpengaruh dan akhirnya terjebak dalam rangkulan dan lendir gro2 itu. bila dah habis madu lu jilat, bil air dah setel,pala lutut dah longgar, lu kununnya menyesal dan tiba2 salahkan mamat meja sebelah tadi. "cilanat mamat tu, kalau dia tak cite, aku mesti dok umah tengah kira tasbih ni! gampang la korang!"

    do u get what i mean?? kebangangan apakah ini??

    ReplyDelete
  9. Bhai

    Aku tak pasti klause mana tapi yang aku diberitahu masa belajar perlembagaan dulu ianya tentang pengubalan undang-undang tidak mengatakan undang-undang civil aje.

    So aku rasa termasuk segala perubahan undang-undang perlembagaan negara.

    Pasal gantung parlimen? huh tak pasti pulak.. haha mungkin 1993 YDP & Sultan2 lupa yang mereka boleh gantung Parlimen dan ambil alih negara melalui angkatan tentera :) tu yang terpaksa tunduk kepada Parlimen..

    Apapun selagi ada Raja-raja dan Melayu kat dalam kabinet aku rasa payah nak bagi bangsa lain jadi PM, Gila kau sape taknak jadi PM dari kau bersaing dengan Melayu je karang kena bersaing dengan Cina dan India pulak.. lol..

    So Pasal bangsa asing jadi PM hanya antara sentimen yang ditiupkan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu..

    ReplyDelete
  10. najib bini rosmahMay 8, 2013 at 12:20 PM

    Tempat gua area kampung kalau nak bagi faham benda ni kena siap buat
    powerpoint gambar gerak-gerak
    video berlakon macam tanda putera
    pastu siap animasi layar hijau...
    Tapi memang tak faham jugak...
    Kahkahkah!!!
    Yang diorang tau DAP nak jajah Malaysia...
    Lawak tapi benar..
    Maybe bila generasi Boomers dah tiada... diganti generasi X Y Z AA BB dan CC pon, akan melekat gak baka-baka tak faham perlembagaan nih...
    Dah sape suruh ikut Lord Reid...
    Kahkahkah!!!
    Dilemma Melayu sungguh...
    Makluman area gua ngundi totok UMNO BN...
    Selama-lamanya totok...

    ReplyDelete
  11. Bhai/DeeDee Sekalian...

    Hahaha.... gau baca lu orang punya komen... banyak best ooo... hahaha... bagoosh... tak guna kiter amalkan rasism nih... silap-silap terbongkang negara nih...

    ReplyDelete
  12. Bagaimana mahathir, dari india karala mengaku melayu dan menjadi PM

    ReplyDelete
  13. adui banyak gila tulisan bro yg best2
    rugi aku cuti online lama2 haha
    kena cover balik bahan bacaan ni

    ReplyDelete
  14. Haish...who said yo article tak best...ke sajer jerk nak pancing so people will say this article is so great. Bhai, yo article is so great larrr...thanks for taking the time to explain ok. May more creations of Allah appreciate the knowledge and not living as a jahil person anymore. Ameen :)

    ReplyDelete
  15. Penjilat jubur ni lagi susah nak di tegur.selagi boleh spin dia akan spin.

    ReplyDelete
  16. Mohon untuk share tuan...!

    ReplyDelete
  17. Selagi rakyat Malaysia keturunan Cina masih minoriti, ahli politik mereka tidak berminat menjadi PM. Kita mesti ingat bahawa secara amnya orang Cina berlainan budaya. Mereka rajin, ada jatidiri, sabar, berpandangan jauh dan tidak mudah mengalah. Dengan tidak menerajui kerajaan mereka berjaya menguasai negara ini. Jangan marah. Mereka berusaha. Bangsa Melayu pula selalu mencari jalan mudah untuk hidup senang, suka mengkhianat bangsa sendiri, jangan lupa 'enau dalam belukar', suka berhibur sehingga lalai tanggungjawab dan gila kemewahan dunia. Penyakit Melayu ini merebak kepada pemimpin, orang politik, cendiakawan, orang ugama dan rakyat jelata!! Oleh itu apa yang diperlukan oleh bangsa lain ialah biarkan Melayu memerintah dan 'anu-anu' ketua-ketua Melayu didalam genggaman mereka. Silap sikit ramas sahaja mesti sengal siot!!!

    ReplyDelete
  18. Kesian...pernah dengar PM boneka.Ok aku yakin korang semua mesti tak pernah dengar.Sebab itu kena banyak membaca dan jangan perasan pandai daripada orang lain.

    Oklah aku terangkan sikit.PM boneka secara spesifiknya untuk konteks Malaysia bermaksud kau guna bangsa lain jadi proksi kau untuk memenuhi matlamat parti kau.Apa,tak faham lagi?Maksudnya dap boleh letak calon Melayu diorang untuk jadi PM tapi Melayu(baca barua)ini sudah tentulah bekerja untuk memenuhi matlamat dan menjaga kepentingan tuannya iaitu dap.Ini boleh berlaku dalam keadaan dimana parti dap menjadi parti dominan atau majoriti dalam PR dan juga dewan(kalau PR menang.Kenapa dap boleh jadi majoriti?Dah sekarang pun memang dap majoriti dan paling vokal dalam PR kan?

    Sebab parti2 macam pkr,pan semua tu tak sekuat mana pun.Sembang aje deras.Tambah2 bila undi Melayu pecah lagi apabila parti Melayu seperti pas dan umno berpecah.Siapa kata minoriti tak boleh perintah majoriti?Majoriti kalau tak cerdik dan berpecah sampai 4/5 parti tak jadi minoriti ke?

    Semudah itu saja bhai cina nak menguasai Melayu.Tak semestinya kena ada PM cina baru boleh perintah Melayu dan Malaysia.Mestilah korang semua tak terfikir kan?Ish..ish..yang sampai melalut nak kena rasuah semua raja Melayu,tukar perlembagaan bagai..alahai..susah2 aje fikir dan explain panjang2.Cina2 gelak aje tengok Melayu tak terfikir benda semudah ini.Ke sentimen benci umno tu menebal sangat kot..Bawak2lah muhasabah sikit dan bersihkan hati tu.Barulah bijak.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1