Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 May 2013

Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...

Bhai.... Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Sesungguhnya hati gua cukup terusik dengan artikel ini... Ilmu yang Allah Taala beri kepada manusia dimanfaatkan sebaiknya.... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... ... Bagi yang tak pernah tahu.... 1 dari setiap 5000 wanita dilahirkan tanpa rahim... bayangkanlah ... betapa Rahim dan Rahmannya Allah Taala...

Sistem peranakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari serta saluran peranakan. Ketiadaan atau berlaku masalah pada mana-mana bahagian ini, boleh memberi kesan kepada wanita yang ingin hamil.

Begitulah juga halnya dengan rahim. Rahim adalah anugerah ALLAH kepada setiap wanita sebagai satu anugerah fitrah untuk mengandung dan melahirkan anak. Namun,

ALLAH memberi juga ujian di mana seseorang wanita itu dilahirkan tanpa rahim atau dihadapkan dengan ujian mengalami masalah pada bahagian rahim sehingga menghalangnya untuk hamil.

Bertitik tolak daripada hal ini, timbul persoalan apakah rahim boleh didermakan? Operasi menderma rahim adakah dalam pengetahuan rakyat Malaysia?

Sekadar mahu melihat pengetahuan mengenai hal ini, Bicara Isnin berkongsi persoalan serupa menerusi bancian dalam talian untuk melihat maklum balas daripada orang ramai.

Persoalan 'Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai menderma rahim (wanita)?' ternyata menerima respons 'tidak pernah' sebanyak 82 peratus atau 1893 undian daripada 2305 jumlah undian.

Memetik laporan Sinar Harian ruangan Global bertarikh 15 April lalu, di Istanbul seorang wanita berjaya menjalani pembedahan menerima rahim daripada penderma di sebuah hospital selatan Turki. Derya Sert berusia 22 tahun dilaporkan telah hamil sekali gus menjadikannya wanita pertama berjaya menjalani pembedahan menerima rahim.

Derya Sert dilahirkan tanpa rahim dan diberi rawatan kesuburan IVF selepas menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia pada 2011.

Sesungguhnya kurniaan rahim kepada wanita di atas muka bumi ini adalah anugerah paling indah. Tatkala dihadapkan dengan ujian ketiadaan atau bermasalah pada anugerah paling indah tersebut, ia tidak lain hanyalah bagi menunjukkan betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada hamba-Nya.

Segala ujian yang dihadapi adalah tanda kasih sayang-Nya bagi menguji kekuatan iman setiap hamba. Apabila berhadapan ujian janganlah lari daripada Pencipta, tetapi mendekatlah kerana rahmat ALLAH itu sentiasa hampir.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ALLAH SWT berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku.

Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku dalam kelompok, Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya.

Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil”. (Riwayat At-Tarmidzi)

3 comments:

  1. atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.42-50

    ReplyDelete
  2. nelayanbimbang.blogspot.comMay 13, 2013 at 11:23 PM

    bhai..biar btul ko nih,jadik ostad lh plak kang dpt channel khas kt astro kang bhai..segmen mari merisik ilmu dri siperisik bhai..ko jgn buat malu geng tg malim bhai..kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  3. Semua boleh derma Bhai zaman sekarang tangan kaki hati jantung

    cuma otak tak pernah pulak orang derma kat orang lain hahaha.. mungkin masa depa boleh gun otak orang lain kalau otak sendiri tak berfungsi.. So kalau che det mati esok suh orang rpeseve otak dia untuk didermakan hahaha.. :)

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1