Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 May 2013

Malaysia Darul Lawak

Bhai.... hahahaha... ini benda paling lawak gua pernah dengar hari nih... selepas lawak pagi tadi dari pencacai UMNO di Muzium Negara.... hahahaha .... Sori... gua tak tau keujudan Agensi Ranger Khas Malaysia nih.... sebab tugasan pemantauan benda-benda nih takder kena mengena dengan "job scope" gua.... hahaha.... lagipon khidmat gua dengan Agensi skrang nih sekadar khidmat sokongan "on off" jer.... ikut "projek" ... so gua tak amik pot pon pasai nih lar...

Tetiba jer gua baca berita nih dalam Sinar Harian.... hahaha... jadi gua tanya kengkawan gua kat Agensi yang mana diorang nih berkhidmat full time... diorang kata Agensi Ranger Khas Malaysia tue samer dengan kes Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (FSFM).... (non acredited - lebih kepada urusan pengawal keselamatan jer)  Hahaha... Gua gelak besar biler tau benda macam nih....  Macam-macam la dunia nih....  gelak besar bebudak kat Agensi masa story citer nih kat gua.... sampai berair mata gua......

Siap ader crest besi, pangkat dan pakaian seragam tue... hahaha....cayalah.....hahaha .... lawak siot... Pasai aper Agensi kitorang takder crest besi, pangkat dan pakaian seragam macam nih... Nih gua kena tanya bos besar nih... ini tidak adil... kenapa kitorang kena pakaian preman jer.... hahahaha...

Snapshot yang gua dapat carik...

logo Agensi Ranger Khas Malaysai


citer tentang kes Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (FSFM)
Aper-aper pon.... itulah dier rencam hidup dalam Malaysia... lawak dan melawakkan....


IPOH – Siang bergelar doktor tidak bertauliah, malam pula, lelaki yang baru setahun menjalani latihan di sebuah hospital di sini bertindak menyamun seorang peniaga dengan menyamar sebagai pegawai polis.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat lelaki termasuk doktor berusia 27 tahun yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz berhampiran sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun dihalang kereta yang dinaiki suspek bersama tiga rakannya lalu memperkenalkan diri sebagai polis menerusi vest yang tertera perkataan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, doktor terbabit menumbuk dada mangsa dan meminta wang RM350 untuk tidak memanjangkan kes terbabit.

“Mangsa diugut dengan menunjukkan suatu objek berupa pistol dipinggangnya. Mangsa yang tidak mempunyai wang dibawa ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang namun, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi.

“Suspek berang tidak mendapat wang menaikkan jumlah terbabit kepada RM450 dan merampas MyKad mangsa.

“Namun, nasib mereka tidak panjang apabila pasukan rondaan polis berjaya menahan suspek menerusi maklumat awam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Menurutnya, ketika ditahan suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam namun, gagal mengemukakan kad kuasa.

“Suspek hanya mengemukakan kad kuasa Agensi Ranger Khas Malaysia sambil menyatakan boleh menahan mana-mana individu yang didapati bersalah. Keempat-empat mereka dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk siasatan.

“Turut dirampas vest polis yang berpangkat Asisten Superintendan, gari dan pistol mainan yang terselit pada suspek yang digelar doktor itu,” katanya.

Chang Keong berkata, doktor terbabit bersama rakannya berusia 24 hingga 21 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah kolej swasta akan ditahan reman sehingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

“Ini adalah kes kedua penahan suspek yang menyamar sebagai penjawat awam untuk menyamun sehingga Mei ini,” katanya.


nasib baik bukan yang ini .... hahaha

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1