Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 October 2021

Makin Meriah ...

Bhai/DeeDee semua....

Nampaknya makin meriah Pilihan Raya Negeri Melaka nampaknya... Hahaha... MIC yang takder kekuatan pun nak merasa bertanding gak... Hahaha.... Lawak siot...

Deyy orang Melayu UMNO ooi.... Korang nak bagi chan ka kat MIC jadi YB ka??

Awat... orang Melayu tak ada ka yang nak diangkat jadi calon untuk DUN Gadek??? Takkan nak bagi kerusi DUN tue kat MIC.... MIC ader berapa kerat ja ahli.... Awat la bodoh sangat orang Melayu UMNO nih...

Ader kawasan majoriti Melayu .... nak bagi kat MIC jadi Calon...

Hahaha.... Tapi yer la.... UMNO kan bodo.... Hahahaha ... dah lama Melayu UMNO bodoh... ader kerusi UMNO yang banyak... amik Cina Gerakan jadi Ketua Menteri Pulau Pinang bertahun lamanya.... last-last apa yang tinggal untuk Melayu di Pulau Pinang...

Kawasan Melayu bagi kat calon MCA dan MIC.... bodoh punya Melayu UMNO...  hahahaha



Pulangkan Baki? Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Sejak bila Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) nih jaga kaunter pembayaran ... sampaikan terpaksa handle dan pulangkan baki pembelian barang? Hahaha... tak beragak betul la nak cover sekali pun...

Tengok dari gambar pon dah sah yang Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) nih bukan jaga kaunter pembayaran... Hahaha... tak payah nak pusing lar...

Rasuah tetap rasuah... nyata dan benar... nak menang undi Pilihanraya Negeri pun agak-agak lar... Hahahaha ... Adoilah...



Member sebelah dah standby nak bagi baki RM5 .... macam dah ready ja




30 October 2021

Taliban? PAS? Kenapa Tanya Kerajaan?

Bhai/DeeDee semua...

Kenapa nak kena tanya Kerajaan Malaysia? Kenapa tak tanya sahaja dengan Presiden PAS tue?? Kenapa tak tanya dengan Abdul Hadi Awang? Kenapa tak tanya dengan Duta Khas Timur Tengah berstatus Menteri tue...

Hahahaha.... kan dah senang ader jawapan tuntas.... Nih sembang bising dalam Muktamar pasai apa?? Saja nak buat gempak ka?? 

Bukan susah pon nak tanya Abdul Hadi Awang.... cuma nanti jawapan akan dapat serupa jawapan bangang jer la... hahaha



Adoilah... Bawak Slow Pun Kena Saman AES?

Bhai/DeeDee semua...

Di Malaysia nih pelik.... kalu bawak motor tue... rasa macam jadi penjenayah... mesti kalu roadblock motor la kena tahan dan siasat macam-macam... walhal... gengster paling ramai pakai kereta mewah... huhuhuhu...

Nih satu lagi hal.... bawak slow kat jalanraya pun salah..... speed maksima kawasan tue adalah 110 km/j ..... tapi bila ko bawak 102 km/j .... ko kena saman.... Hahaha....

Naya siot .... Hahaha... Giler aaa Malaysia nih... Ingat jalan tue sama macam kat German ka... Autobahn??? Hahaha



29 October 2021

UMNO Dan Lubang Biawak?

Bhai/DeeDee semua...

UMNO bukan parti yang baru ditubuhkan... UMNO adalah parti yang dah lama... dah teruji dalam banyak keadaan... keadaan dimana pemimpin keluar dan tubuh parti lain... sampailah UMNO kena dibatalkan pendaftarannya oleh RoS .... UMNO ader rekod ajak orang kerjasama... dan ader rekod gak tendang orang lain... tendang parti lain...

So.... sepatutnya UMNO dah ader pengalaman... tapi nampaknya ader puak dalam UMNO yang masih bodoh lagi.... yang nak masuk ke lubang biawak dua kali... 

Bodoh nak mampos...

Kerjasama UMNO ngan PAS nih sebenarnya merugikan UMNO tetapi menguntungkan PAS.... tapi itu pon pemimpin UMNO tak boleh nak nampak ... pelik... 

PAS nih bukan aper... dier akan tengok apa sahaja yang akan untungkan PAS ... laju ja PAS akan kerjasama... tambah lagi kalu berkaitan dengan wang, jawatan, dana dan projek... Ini berlaku sejak baru-baru nih ja... PAS dah takdak jati diri.... PAS dah takdak harga diri dah...

Huhuhu


Itu pon bodoh lagi aaa... huhuhu


Maybank Kena Godam?

Bhai/DeeDee semua...

Benda macam nih memang boleh dijangkakan... bilamana ramai pelanggan Maybank hilang duit mereka secara tiba-tiba... Adakah Maybank kena godam?

Beberapa pelanggan Maybank mengalami insiden pelik minggu lepas apabila kad bank mereka dikenakan caj dalam beberapa siri transaksi, yang didakwa tidak mendapat kebenaran, menyebabkan mereka percaya butiran kad itu telah dikompromi.

Insiden itu menyaksikan sejumlah kecil wang ditolak daripada akaun bank mereka melalui pelbagai transaksi.


Dalam banyak keadaan... gua suspek data-data butiran pelanggan ini digunapakai untuk transaksi e-dagang secara berturut-turut pada nilai kecil yang sama ada menggunakan sistem auto-debit ataupun paywave...

Ingat... bukanlah susah pun kalu nak debit melalui paywave...

Dan apa yang berlaku walaupun PDRM akan kata ianya adalah isu kecil tapi tetap mempunyai risiko kepercayaan (trust) yang tinggi yang mana boleh menyebabkan pengguna beralih arah dan menolak dari menggunakan Maybank.

Kad Debit nih bagoosh... tapi mudah disalahgunakan oleh penggodam. 

Aper pun.... sila berhati-hati...


28 October 2021

Ketua Audit Negara Pun Cuak

Bhai/DeeDee semua...

Dah makin gila gamaknya... buat hutang baru atas tujuan kambus hutang lama... Adoilah...

Keadaan kerajaan bergantung kepada pinjaman baharu untuk membiayai bayaran balik prinsipal pinjaman yang matang disifatkan sebagai membimbangkan.

Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata walaupun sijil ketua audit negara bagi 2020 telah dikeluarkan dengan status sijil bersih tanpa teguran, namun beberapa penegasan perkara telah diberikan termasuk isu hutang persekutuan.

“Separuh dari hutang baharu digunakan untuk membayar hutang yang telah matang, sepatutnya ia dibayar dengan lebihan hasil yang ada.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan serta Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan Tahun 2020 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini mendapati sejumlah RM98.058 bilion atau 50.4 peratus daripada keseluruhan RM194.555 bilion pinjaman baharu kerajaan digunakan untuk tujuan membayar balik prinsipal hutang bagi 2020.

Jumlah itu meningkat sebanyak RM15.335 bilion berbanding RM82.723 bilion pada 2019.

Justeru Nik Azman berkata pihaknya mengesyorkan perbelanjaan berhemah dan memastikan semua perbelanjaan pembangunan yang dibiayai dengan pinjaman perlu disempurnakan mengikut masa ditetapkan dengan kos yang munasabah tanpa ketirisan dan pembaziran.



Masyuk ...

Bhai/DeeDee semua...

Cakap lebih karang kena kutip la pulak.... Hehehe... Tapi takkan la SSM ader buat silap...

Itu hari katanya sudah jual semua kepentingan dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB) ... tapi tetiba boleh pulak pegang majoriti shareholder dalam Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB) balik... hehehe

Dan Gading Senggara Sdn Bhd nih aderlah kontraktor utama untuk Lynas PDF (Permanent Disposal Facility) .... Hahahaha...

Ini semua masyuk... Hahaha ... memang masyuk...



27 October 2021

Saham Twitter Meningkat Kesan Perubahan Privasi Apple

Harga saham Twitter naik kira-kira 4% dalam dagangan lanjutan pada hari Selasa selepas syarikat itu melaporkan pendapatan suku ketiganya, memenuhi jangkaan penganalisis untuk pendapatan dan pertumbuhan pengguna.


 
Syarikat itu berkata ia mengambil caj bersih berkaitan litigasi sekali sahaja sebanyak $766 juta berkaitan dengan penyelesaian $809.5 juta yang diumumkan syarikat itu pada September kerana didakwa mengelirukan pelabur tentang pertumbuhan pengguna.

Inilah yang dilaporkan Twitter berbanding anggaran Wall Street:

  • Pendapatan: 18 sen sesaham, diselaraskan berbanding 15 sen seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Hasil: $1.284 bilion berbanding $1.285 bilion seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh Refinitiv.
  • Pengguna aktif harian boleh wang (mDAU): 211 juta berbanding 211.9 juta seperti yang dijangkakan oleh penganalisis yang ditinjau oleh StreetAccount.

Kerana penyelesaian undang-undang, Twitter melaporkan kerugian bersih $537 juta, berbanding keuntungan $29 juta setahun lalu.

Hasil meningkat 37% pada suku tersebut berbanding tahun sebelumnya. Twitter berkata impak perubahan privasi iOS Apple adalah kurang daripada jangkaan dalam tempoh itu, dan akan menjadi sederhana pada suku keempat. Snap dan Facebook kedua-duanya memetik ciri privasi iOS 14 baharu Apple sebagai punca utama gangguan perniagaan pada suku terakhir.

Hasil iklan Twitter meningkat lebih daripada 41% kepada $1.14 bilion, dengan jumlah interaksi iklan meningkat 6% daripada tahun sebelumnya.

Twitter memberikan butiran tambahan mengenai penjualan MoPub kepada AppLovin dengan harga $1.05 bilion, yang diumumkan awal bulan ini dan dijangka ditutup pada suku pertama 2022. Twitter berkata ia tidak menjangkakan untuk mendapatkan semula kehilangan hasil penuh sebanyak $200 juta dan $250 juta tahun depan daripada perjanjian itu.

Syarikat itu berkata ia menjangkakan hasil, termasuk perniagaan MoPub, sebanyak $1.5 bilion hingga $1.6 bilion pada suku keempat. Penganalisis mengunjurkan jualan sebanyak $1.58 bilion secara purata, menurut Refinitiv.

Tidak seperti Snap dan Facebook, permintaan untuk iklan Twitter tidak terjejas oleh isu rantaian bekalan global, kata CFO Twitter Ned Segal dalam panggilan dengan penganalisis. Itu kerana lebih separuh daripada hasil iklan Twitter pada 2021 dikaitkan dengan perkhidmatan dan barangan digital, kata Segal.

Jumlah pengguna harian yang boleh diwangkan Twitter meningkat sebanyak 5 juta daripada suku kedua kepada 211 juta. Pangkalan pengguna meningkat hampir 13% daripada setahun yang lalu.

Kenapa Designnya Hampir Sama?

Bhai/DeeDee semua...

Satu yang gua perhatikan.... logo baru untuk Muktamar Dewan Pemuda PAS nampaknya sinonim dengan logo 4D ... logo judi 4 nombor ekor... Hahaha...

Awat la designer PAS nih... takkan la dah ketandusan idea... Hahaha... tau la PAS la nih dah sokong 22 cabutan khas judi... Hahahaha.... Dalam Kabinet senyap menikus... kat Parlimen bukan main garang... walhal keputusan judi tue telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet... 

Takkan penakut kot dalam Kabinet... MCA hanya ader 2 kerusi ja... Hahaha



26 October 2021

Muktamar Yang Sudah Kehilangan Rohnya

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak beberapa lama nih.. kita boleh lihat Muktamar PAS yang hambar... yang semacam sudah kehilangan rohnya... Muktamar PAS yang sekadar berbasa-basi sahaja.... tiada signifikan... tiada impak langsung kepada politik dan kenegaraan di Malaysia...

Aper yang dapat dilihat... Muktamar PAS kala ini hanya sekadar jadi tempat memuja memuji dan membodek pimpinan je... dan bagi pimpinan pulak... Muktamar jadi sekadar tempat untuk menunjukkan siapa yang ader lebih sokongan pembodek... dan jadi tempat untuk menunjukkan kereta siapa lebih besar dan lebih mewah...

Hujah-hujah dalam Muktamar pun banyaknya sekadar picisan dan lompong sahaja... yang berpusing pada retorik yang sama...

Sedih sebenarnya bila melihatkan Muktamar PAS yang lebih daif dan selekeh dari Perhimpunan Agung UMNO .... hahaha... jauh sekali boleh kita melihat Muktamar yang dapat membawa suara rakyat marhaen mustad'afin seperti dahulu.... takder dah .... mimpi la nak bawak suara-suara dan masalah rakyat..

Muktamar PAS yang kosong isinya....

Ini realiti... ini kenyataannya...



Apa Diharap Padi Seberang....

Bhai/DeeDee semua...

Apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak...
Apa diharap PRN Melaka, entahkan menang entahkan tidak...

Tapi yang pasti.... Yang paling PASti.... PAS takder kerusi di DUN Negeri Melaka ... Hahaha... dan sampai bila-bila pun PAS takkan ader kerusi di Melaka...

Pasai orang Melaka dah lama faham apa itu PAS ...

Hahahaha



15 October 2021

14 October 2021

Bila Sesuatu Itu Dijadikan Momen Sejarah

Bhai/DeeDee semua...

Bila sesuatu itu dijadikan momen sejarah... maka yang ada hanyalah satu bahan lelucon buat warga.

Hahaha..



13 October 2021

RUU 355 Bila Nak Dibahaskan?

Bhai/DeeDee semua...

Biler aaa nak start balik diangkat RUU 355 untuk dibahaskan?? Takkanlah lama sangat nak prepared documentation sokongan... Takkan la cari USD Drive usul asal dah tak jumpa... Takkan la kot draf usul semua dah hilang...

Takkan lah...

Bila agaknya kita nak tengok RUU 355 nih nak di bahaskan... dibacakan buat kali kedua didalam Parlimen... Bila agaknya lar...




12 October 2021

Squid Game?

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih kecoh dalam Sosmed tentang siri Squid Game yang katanya mendapat tontonan tertingi berbanding Money Heist dalam Netflix.... Ntah la.. dua-dua citer pun gua tak tengok dan layan... Hahaha...

Aper pun dari cerita-cerita yang gua dengar... ramai yang kata Squid Game tak power dan kejam...

Takder yang lebih hebat daripada siri Istana Takeshi @ Takeshi Castle .... hahaha... itu lagi dasat...

Hahaha



11 October 2021

Orang Asli / Asal Sebagai Timbalan Speaker

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih gua memang sokong... Sepatutnya lebih ramai lagi Orang Asli / Asal yang diangkat menjawat jawatan besar dalam Kerajaan Malaysia...

Bukan setakat jadi Polis... tapi Peguam Negara atau Hakim Mahkamah Persekutuan...

Malah kalu boleh dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri pun lagi elok... tak kisah la siapa dan dari parti mana... yang penting dia adalah Orang Asli / Asal.




Parti Kuasa Rakyat VS Muda

Bhai/DeeDee semua...

Sekarang nih semua mata tertumpu ngan satu parti politik yang baru nak dibangunkan... Parti Kuasa Rakyat yang dipengerusi penajakan oleh adik PM Ismail Sabri iaitu Kamarazman Yaakob..... Aderkah Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society @ RoS) akan meluluskan penubuhannya atau tidak....

Sebab itu hari MUDA tak lulus penubuhannya... ditolak oleh RoS ....

Takkan parti adik PM mudah pulak luluskan... Hahaha... kita tengok la yer... hhahaha... kalu mudah lulus... memang nampak sangat la kan... Hahahaha



Apa Ada Di Laut Cina Selatan?

Bhai/DeeDee semua...

Berdasarkan peta lama ini.... apa yang lu orang boleh bagi pandangan? Macam pelik ja kan... ader apa di Laut Cina Selatan tue??

Macam Raksaksa pon ada.... macam Naga pon ader... macam Ikan Paus pun ader...



10 October 2021

My Travel Pass

Bhai/DeeDee semua...

Esok bukan setakat dah boleh rentas negeri... tapi siap dah boleh rentas negara dah... Huhuhu...  Lagi panjang la langkah depa nih semua...

Takder la layan cuti-cuti Malaysia... mesti ramai yang pi Siam punyalah... hahahaha



Yak Yak Yea

Bhai/DeeDee semua...

Yak Yak Yea ... Hahahaha ... Alhamdulillah... cuma harapnya takder yang bongok nak buat bodoh menyusahkan orang ramai...

Boleh Rentas Negeri


Jawatankuasa Khas Kematian Adib?

Bhai/DeeDee semua...

Ader 10 ka 20 ka jawatankuasa khas yang dibuat untuk kes kematian Adib Bomba.... takkan ader apa-apa kesan signifikan jika tiada bukti baru dan fakta baharu yang boleh dikemukakan... Ianya sekadar ulang-ulang sahaja hanya kerana nak jadikan sandaran politik semata-mata...

Gua berpendapat begini kerana isu Adib Bomba nih boleh menyebabkan Kerajaan Perikatan Nasional tumbang... dek kerana tekana yang dibuat oleh masyarakat...

So... Kerajaan akan sentiasa menggunakan ini sebagai satu talian hayat... terutamanya oleh PAS...

Selagi tiada bukti baharu.... serupa tarak guna juga buat banyak-banyak jawatankuasa....



Janganlah Ketegaq Sangat

Bhai/DeeDee semua...

Dah lepaskan jawatan EXCO tue... pandai-pandailah nak pulangkan balik hak dan aset kerajaan Negeri.. Itu semua bukan harta mak bapak korang untuk ditaji...

Sampai masa kena pulangkan semua.... sangan nak dok samseng bagai...

Cumanya... baru gua kenal muka Ketua Menteri Melakan nih... hahaha... selama ini gua tak kenal... hahaha.... Adoilah...



09 October 2021

Babi Punya Rasuah

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... ini semua babi punya rasuah... hahahaha... jahanam aaa


 

ISIS Bukan Jemaah Islam

Bhai/DeeDee semua...

Jemaah Islam takkan bunuh orang Islam yang lain terutamanya semasa orang Islam itu sedang berada dalam Masjid untuk solat.

Jadi dalam kes dibawah ini membuktikan bahawa ISIS bukan Jemaah Islam. 
Kenapa gua kata Syiah itu Islam.... sebab mereka masih bertauhidkan kepada Allah Taala.... itu ja... yang lain semua itu politik ja bhai...

Ingat... syarat Islam itu mudah... beriman kepada Allah Taala.

ISIS gila bunuh orang Islam


Tumbang Pulak Pulau Pinang Ni Nampaknya ...

Bhai/DeeDee semua...

Kecoh pulak di Pulau Pinang bila Exco Kesihatan Negeri bertindak mengecam kepimpinan Negeri dan beberapa ADUN Pulau Pinang...  Errr... Dr Norlela Ariffin nih katanya tak sebulu dengan kepimpinan DAP negeri... 

Bukan benda baru.... dan bukan benda rahsia pun.... Dr Norlela Ariffin (ADUN Penanti) nih memang selalu bertelagah dengan kepimpinan DAP Pulau Pinang... banyak dah... dan kita pun tahu bagaimana ADUN nih pun selalu bertelagah dengan kepimpinan PKR Pusat...

Ader cerita yang mengatakan bahawa Dr Norlela Ariffin nih sebenarnya pro kepada Azmin Ali ... ntah betul ntah tidak lar... susah nak cakap... tapi dier nih adalah penyokong kuat DrWan Azizah.... tak paha, gua... sebab selalu sangat dier dedahkan kepincangan Kerajaan DAP Pulau Pinang....

Mungkin boleh jadi tumbang pulak Pulau Pinang ni nampaknya... selepas Melaka tumbang... Huhuhu.... ntah la...

Kena Buli?


08 October 2021

Kertas Pandora : Bagaimana Penyangak Kewangan Ini Beroperasi.

Bhai/DeeDee semua...

Kompleks betul... hehehe... ader part yang memang gua dah lama tahu terutamanya semasa berkhidmat dulu... dan ader yang gua baru tahu... huhuhu

Celaka kan...

Pirates of Carry-BN

Bhai/DeeDee semua..

Biar lukisan dan contengan berbicara... Hahaha... Pandora Papers ... Pirates of Carry-BN



Malaysia Dah Rugi Banyak

Bhai/DeeDee semua...

Selama ini Malaysia dah rugi banyak... bila mana ramai pihak yang bawak keluar duit dari negara ini ke negara lain.. dan mereka ini mengelakkan cukai... dan selamanya mereka akan dan telah mencari jalan untuk mengelakkan cukai... 

Pada dasar nih... mereka ini adalah pengkhianat negara... dan pengkhianat negara patut dihukum dengan beratnya...  bayangkan dah cukup banyak yang mereka larikan dari Malaysia... dikhabarkan lebih dari RM1800 bilion...

Adoilah... ini semua celaka bhai... dari level Dewa, Dewata Raya sampailah VVIP dan VIP ... celaka betul.

LHDN mana berani usik puak-puak nih... SPRM pun sama... dua-dua tabley pakai... Jabatan Audit pon tak berani usik... aper kebal sangat la diorang nih.....

Celaka Ini LHDN Tidak Mahu Kacau



Terpaksa Kerja 2 Syif

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... dunia oh dunia... pening aaa... punya la teruk kesan Covid-19 nih sampaikan industri pelacuran pun terpaksa buat kerja 2 syif.... Hahaha...

Penat sangat nak cover... terpaksa la kerja lebih sikit nak carik pendapat... Hahaha... mana taknya... caj cuma RM60 jer sekali servis... Hahaha ... lagi murah dari servis minyak hitam kereta..... hahahaha ... mampoih....


Adoilah... 



07 October 2021

Akaun Offshore Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Gua percaya yang Najib Razak takder akaun offshore... akaun bank luar pesisir.... Betul gua percaya... sebab tak perlu pon dier ader akaun tue... proksi dier ramai... anak tiri dier si Riza Aziz tue sure memang ader akaun offshore bank... Jho Low tambah lagi aaa...

Aper guna susahkan diri...

Guna jer shell company untuk bukak akaun offshore bank .... bukan susah pon sebab boleh pakai nominee semua.... senang ja... tak perlu pon pi sana..

Hahaha... macam dalam Pandora Papers la... mana ader nama Najib Razak dalam akaun bank.

Tak Perlu Pun


Pernah Ke PAS Menang Kerusi Di Melaka?

Bhai/DeeDee semua...

Sekadar nak tanya pendek jer.... Pernah ke PAS menang kerusi di Melaka dalam mana-mana Pilihan Raya Negeri (PRN)?? PAS ader kerusi Parlimen Melaka ker??




Kena Pecat Akhirnya

Bhai/DeeDee semua..

Dah kena pecat la .... 2 orang ADUN dari UMNO Melaka telah kena pecat.... dan sorang ADUN dari BERSATU pun dah kena pecat...

Semua gara-gara tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka... terus kena pecat

Ini semua betul-betul wayang... Hahahaha.... tapi apa pun mereka berani la pecat terus... tak la macam PKR haritue... biler Azmin dan Zuraidah buat Langkah Sheraton.... takder kena pecat sertamerta... hahaha ... cikai kan PKR... hahaha



06 October 2021

Beranikah Pakatan Harapan?

Bhai/DeeDee semua...

YB Hassan Abdul Karim mencadangkan Pakatan Harapan menarik diri dari MOU dengan Kerajaan Malaysia yang telah ditandatangani pada bulan lepas.

Sebab ianya adalah satu bentuk tekanan kepada Kerajaan Malaysia pimpinan Ismail Sabri berkenaan isu yang dibocorkan atas nama Kertas Pandora (Pandora Papers)... Ianya adalah satu isu yang patut disegerakan dibincang malah dijadikan perkara utama SPRM dan LHDN.

Ianya isu besar...




Makin Panas Rupanya Kertas Pandora Ni

Bhai/DeeDee semua...

Hebat Malaysia nih... kecik jer saiz negara... tapi sampai boleh bungkus banyak bank dan institusi kerana kerjabuat Malaysia... hanya dengan 1MDB jer... cukup... boleh runtuh banyak institusi kewangan asing nih... dan duit 1MDB nih dah pusing berapa kali aaa seluruh dunia...

Hahaha...

Hebat.... sampaikan biler jumpa warga asing... depa tatau Malaysia... tapi bila citer 1MDB... boleh kata ramai yang tahu... Satu pencapaian gak tue...

Ini Kertas Pandora la pulak... ramai yang boleh dan akan sangkut nih... Hahaha... ramai yang akan tertumus atas lantai... ramai yang akan ditelanjangkan... Hahaha ... hanya perlukan jejak kepada Money Trails jer.... jejak kewangan... jejak financial.... Hahahaa

Daim pon boleh kena cuit telurnya... hahaha ... inikan pulak yang lain... silap-silap Dewa dan Dewata Raya punya nama pun boleh naik tercungget.... Hahaha



Satu Elemen Bahaya

Bhai/DeeDee semua...

Satu part yang gua memang tak menyampah bilamana ada orang yang dah terbukti bercakap itu ini dalam video ucapannya.... tetiba biler terdapatnya banyak laporan Polis terhadapnya terus cakap semua itu yang diviralkan telah diambil diluar konteks....

Bhai... citernya camnie... memang la orang kerat video ucapan lu yang panjang berjela... tapi jangan la main sedap mulut ja bagi ucapan itu ini... lu pon tau kan... terlajak perahu boleh undur... terlajak kata... buruk padahnya... tambah pulak ucapan yang ader unsur-unsur melibatkan ketenteraman awam, mencetuskan kebencian kaum, mencetuskan keganasan, dan ada elemen ekstrem.... Memang mencari bala la...

Sori aaa... nak bagitau lu... Islam tak pernah ditegakkan dengan mata pedang .. Nabi tak ajar keganasan.... Jangan lu salah tafsirkan hadith Rasulullah... jangan memandai... jangan memalukan Islam...

Walau apa pun kita... walau siapa pun kita... please la jaga ucapan kita... tak kira la dimana sekali pun... dalam kelompok kecil sesama kengkawan ka atau lain-lain... sebab nanti tak pasai je kena...

Mulut tu kena jaga...

Kerana Mulut Badan Binasa


05 October 2021

Perang Saudara Di Melaka

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... what happen to Malacca?? Hahaha... Melaka apa jadi?? Melaka Pindah ke?? Hahaha .... Takkan la semua sebab DAP kot... Hahaha...

Sesama UMNO pon berperang ka... hahaha...
Melaka 100% Kerajaan Melayu Islam tetap ranap juge. Salah sapa ? Cina ? India ? Hindu ? Budha ? Yahudi ?

TAMAK, RIAK SOMBONG ni x kenal bangsa atau agama...

Konsesi pasiaq punya pasai daa sanggup tikam menikam ...

Hahaha.... kita gelakkan jer la kan...



Plays Victim?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Rosmah Mansor nak berlakon yang dier jadi mangsa dalam kes Solar Hibrid di Sarawak tue... Hahaha... Kononnya dia diperdaya dan dianiaya oleh Rizal Mansor.... Hahahaha.... Ini memang lawak...

Bagi sesapa rakyat Malaysia yang kenal Rosmah Mansor... mesti tau siapa Rosmah Mansor.... mana ader orang yang boleh arahkan atau tunjuk-tunjukkan dier... Suami dier si Najib Razak sendiri pun ditunjal-tunjalnya kepala suruh ikut arahan dier...

Boleh plak dier plays victim kali nih.... konon jadi mangsa... diperdaya.... dianiaya dalam kes rasuah melibatkan projek Solar Hibrid di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.... Hahaha ... Kes Jepak Holding yang terkait ngan Rayyan Radzwill Abdullah...

Hahahaha... lawak siot...



Hilang Keahlian Dalam UMNO?

Bhai/DeeDee semua...

Biaq betul... Takkan sampai jadi camtue... Terus gugur dan hilang keahlian dalam UMNO hanya kerana membantah @ tidak bersama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka?

Adoilah...

Ini baru betul sistem yang bagoosh dalam parti... terbaeklah... syabas buat Lembaga Disiplin dalam UMNO... Nasib la Idris Haron dan Nor Azman.... Babai....



04 October 2021

Agaknya Berapa Ramai Akan Sangkut Dengan Pandora Papers

Bhai/DeeDee semua...

Agak-agaknya berapa ramai yang akan sangkut dengan pendedahan Pandora Papers nih?? Sampai level mana yang akan kantoi... aderkah boleh sampai ke level Dewa dan Dewata Raya??? aderkah akan berlaku cover-up?? Aderkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan amik cakna pendedahan ini??? Aderkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan amik port?? Aderkah akan ader kertas siasatan melibatkan perkara ini dibuat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM)??

Semua ini menjadi persoalan kita semua warganegara Malaysia

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini mengusulkan supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora, yang membabitkan fail kewangan sulit.

Katanya, usul telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Saya menggesa agar Dewan Rakyat untuk segera membahaskan isu mendesak ini kerana ia telah menyebut beberapa nama besar dalam negara.

"Saya percaya perkara ini juga adalah berkenaan kepentingan orang ramai kerana ia turut menyebut nama-nama tokoh politik kerajaan dan juga pembangkang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pendedahan terbaru, Kertas Pandora, yang merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ). ICIJ kemudian memberi akses kepada rakan-rakannya, termasuk Malaysiakini.



Kerajaan Melaka Tumbang

Bhai/DeeDee semua...

Empat ADUN Melaka telah tarik balik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri Melaka. 

“Saya Idris Haron, Adun Sungai Udang, bersama Pangkalan Batu, Teluk Emas, dan Pantai Kundur, mengumumkan kami hilang kepercayaan kepada ketua menteri Melaka dan seluruh kepimpinan kerajaan. 

“Kami berempat telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada pejabat ketua menteri,” katanya pada sidang akhbar di Melaka, hari ini.

So basically... Kerajaan Melaka sudah tidak ada Majoriti dan Yang Dipertua Negeri (Ali Rustam) perlu melantik Ketua Menteri baharu... Ini perkembangan yang menarik sebab benda ini berlaku tanpa kena mengena dengan Pakatan Harapan... Kemelut ini dari UMNO sahaja.



Bukan Benda Baru

Bhai/DeeDee semua...

Aper yang Malaysiakini dedahkan hari ini hanyalah sekelumit cerita basi yang dah lama rakyat Malaysia tahu... Memang hampir 100% orang kaya, VVIP. VIP dan orang politik ada menyimpan dana mereka di luar negara.... dan mereka semua sama jer memang larikan duit dan kekayaan mereka dari cukai di Malaysia... mengelat.. 

Semua akaun luar pesisir yang mereka nih gunakan adalah akaun-akaun yang tak perlu dicukai. Free tax... dan melarikan diri dari dicukai oleh LHDN ...dan memang celaka inilah semuanya yang menyebabkan Singapura kaya... dan Malaysia miskin papa kedana...

Itu belum lagi kalu korang semak akaun Dewa dan Dewata Raya .... berapa banyak yang diletakkan di luar negara... akaun bank offshore ... siap ader yang beli Istana sampai rega ratusan juta di luar negara...

Huhuhu.... rakyat Malaysia ramai yang nak tengok duit RM50 pon hanya dapat tengok time gaji... itupon pegang kejap jer... habis buat bayar bil, kos sara hidup dan hutang AEON beli motor.... Allahuakbar...


Lawan Balik




03 October 2021

Menteri IQ Kobis?

Bhai/DeeDee semua...

Dah memang ini Menteri Kobis... nak bekap apa lagi? Bukan setakat IQ jer Kobis... tapi segalanya Kobis. Dapat Kabinet pon Kabinet yang Kobis. Ada PM pon PM yang Kobis. Adoilah... Malah Yang Melantik pon Kobis.

Hahaha. Lawak siot.

What do you expect.... The complete chain of Cabbage (Kobis) ... Hahaha

Menteri IQ Kobis


Ini Bukan Menantu ....

Bhai/DeeDee semua...

Bab pukau duit nih... ramai orang terkena... Tambah lagi dalam kes yang berlakon nak jadi menantu... hahaha... dalam kes ini... ini bukan menantu tapi hantu .... hahahaha

Bukan la gua nak gelakkan kepada mangsa... tapi gua gelak sangat zaman sekarang nih.... tak semak betul-betul bakal menantu... yang awek pulak... bukan reti nak semak background... janji hati dah suka... semua tak diambil kira...

Hahaha...  Adoilah... sakit aaa



Betul-Betul Tak Sedar Diri

Bhai/DeeDee semua...

Pada PRU14 ... BERSATU menang bukan sebab BERSATU kuat dan dapat sokongan ramai atas dasar BERSATU itu sendiri.... tapi BERSATU menang hanya semata-mata undi pengundi atas pagar yang memang nak menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan jugak dari undi para penyokong dan pensimpati PAKATAN HARAPAN (PH)... 

Sebab dimana BERSATU bertanding... tiada parti lain dalam PAKATAN HARAPAN yang berlaga berlawan kerusi..... jadi sebab itu penyokong dan pensimpati PH akan mengundi BERSATU sebab katanya BERSATU adalah sebahagian dari PAKATAN HARAPAN.

Cuba kalu dalam keadaan sekarang nih... dimana semua orang tahu BERSATU adalah parti pengkhianat... parti yang menipu pengundinya... parti yang buat Langkah Sheraton... ingat orang nak mengundi BERSATU lagi ka?? Hahahaha.... Hanya orang bodoh dan gila ja yang akan undi BERSATU... hahaha

Lagi Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) nak perasan yang BERSATU akan dapat sokongan besar dari Pengundi.... Hahaha.... Giler aaa...  Macam dalam kes PAS la.... sekarang orang dah tau macam mana perangai dan sikap PAS.... ingat pengundi atas pagar nak bantu dan undi PAS lagi ka macam dulu kala??? Hahaha.... mimpi lar...




02 October 2021

Baru Tahu Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Baru tahu ka? Lambat pikap la.... orang lain dah lama tau... tapi kitorang paham la.... pasai korang kuat ketaksuban ngan UMNO dan Melayu selama nih.... rasis tak hinggat... sampaikan selalu incite hatred kepada masyarakat...

Skrang biler dah kena batang hidung baru nak ingat... hahaha ... dah tau UMNO dan Ismail Sabri tue penipu... penunggang... lagi mau ikut dan percaya... Hahaha




Kes Picagari Kosong Lagi... Adoilah

Bhai/DeeDee semua....

Kes picagari kosong lagi ... kali ini kat remaja lah pulak... Adoilah... kita paham la tersilap yang tak disengajakan... tapi ini nasib baik la dapat detect.... cuba kalu langsung tak detect...

Tambah pulak kalu kena tersilap pakai picagari yang dah terpakai... naya... takut ader jangkitan... adoilah...




Susunlah Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Bukan tak biasa kita tengok UMNO akan letakkan juak-juak mereka sebagai Pengerusi dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB)... dah bertahun-tahun... bukan jadi pelik dah pun... cuma yang lagi pelik adalah bilamana pengerusi yang dilantik adalah bukan dari orang yang ada kelulusan kejuruteraan (engineering) .... terutamanya kejuruteraan elektrikal (electrical engineer) ... tapi kali ini dilantiknya Pengerusi TNB dari kalangan orang yang ada kelulusan ekonomi.... dimana TNB mengumumkan pelantikan Datuk Seri Hasan Arifin sebagai Pengerusi baharu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Hasan adalah untuk penyandang sebelum ini iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar bermula 30 Ogos 2021.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1