Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label TYT. Yang Dipertua Negeri. Show all posts
Showing posts with label TYT. Yang Dipertua Negeri. Show all posts

08 January 2023

Boleh Pulak Separuh-Separuh?

Bhair/DeeDee semua..

Bukan ker kalu tarik sokongan kena semua sekali... tabley separuh-separuh.. sebab kalu camnie tagune la ader Akta Lompat Parti.... Huhuhu...

Ker yang dikira diluluskan diperingkat Parlimen tue tak terpakai di peringkat Negeri ?? Pening jugak nih... Boleh pulak buat camnie aa.... Huhuhu...

Adoilah... Semua nih susun Statutory Declaration (SD) jugak ker?? Hahahaha...


Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor mendakwa menerima sokongan seramai 44 Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) untuk kekal menerajui kerajaan negeri.

Jumlah itu melebihi empat sokongan Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Gambar yang dirakam di tangga kediaman rasminya menunjukkan Hajiji berdiri bersama-sama dengan Adun GRS, PH dan lima Adun Umno Sabah.

Lima Adun Umno itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin), dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk). Kelima-lima mereka semalam membantah keputusan BN Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji.

07 January 2023

Sudah Jadi Perang Saudara Nampaknya...

Bhai/DeeDee semua...

Apa yang berlaku di Sabah sejak malam tadi adalah satu percubaan memulakan perang... Nampaknya sudah jadi satu perang saudara di Sabah... perang saudara didalam UMNO Sabah...

5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...

BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan Perlembagaan.... Tidak dapat tidak, TYT Sabah perlu campur tangan dan berikan nasihat. Jika tidak ini akan mengganggu gugat proses pentadbiran dan pengurusan negeri... Ini bahaya...

Ketidaktentuan ini merungsingkan.


Lima Adun Umno Sabah yang menolak menuruti langkah menarik sokongan daripada Hajiji Noor hari ini mendesak pengerusi mereka, Bung Moktar Radin, agar meletakkan jawatan serta-merta.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Lima Adun yang membuat kenyataan bersama itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Semalam Bung Moktar - yang juga pengerusi BN Sabah - mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.

Bung Moktar mendakwa keputusan berkenaan diambil secara sebulat suara.

Makin Panas UMNO Sabah

Bhai/DeeDee semua...

Makin panas pulak situasi UMNO Sabah nih... BN Sabah katanya dah tarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah malam tadi... jadi sekarang nih kira macam kondisi DUN Sabah agak tergantung jugak la... Tapi di peringkat Pusat.. semalam anak Hajiji Noor iaitu Mohd Ghazali dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali.

Jadi nampak tak konflik nih jadi rumit...

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tidak menyokong keputusan dibuat parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bakal berdepan tindakan disiplin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan disiplin akan diambil kepada kelima-lima yang membuat tindakan bertentangan dengan keputusan parti.



05 October 2021

Perang Saudara Di Melaka

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... what happen to Malacca?? Hahaha... Melaka apa jadi?? Melaka Pindah ke?? Hahaha .... Takkan la semua sebab DAP kot... Hahaha...

Sesama UMNO pon berperang ka... hahaha...
Melaka 100% Kerajaan Melayu Islam tetap ranap juge. Salah sapa ? Cina ? India ? Hindu ? Budha ? Yahudi ?

TAMAK, RIAK SOMBONG ni x kenal bangsa atau agama...

Konsesi pasiaq punya pasai daa sanggup tikam menikam ...

Hahaha.... kita gelakkan jer la kan...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1