Apa yang berlaku di Sabah sejak malam tadi adalah satu percubaan memulakan perang... Nampaknya sudah jadi satu perang saudara di Sabah... perang saudara didalam UMNO Sabah...
5 Orang ADUN UMNO Sabah nampaknya tak bagi muka kat Bung Mokhtar... Mereka mahu Bung Mokhtar Radin meletak jawatan dengan serta merta... Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bung Mokhtar Radin dalam UMNO dan BN Sabah...
BN nampaknya sedang goyang teruk di Sabah nih.. Ianya sedang mencetuskan satu ketidakseimbangan dan kecelaruaan Perlembagaan.... Tidak dapat tidak, TYT Sabah perlu campur tangan dan berikan nasihat. Jika tidak ini akan mengganggu gugat proses pentadbiran dan pengurusan negeri... Ini bahaya...
Ketidaktentuan ini merungsingkan.
Lima Adun Umno Sabah yang menolak menuruti langkah menarik sokongan daripada Hajiji Noor hari ini mendesak pengerusi mereka, Bung Moktar Radin, agar meletakkan jawatan serta-merta.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, mereka berkata Bung Moktar sudah mencemar nama baik Umno dengan melakukan langkah untuk menjatuhkan kerajaan negeri.
Lima Adun yang membuat kenyataan bersama itu ialah Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Yusuf Yacob (Sindumin) dan Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).
Semalam Bung Moktar - yang juga pengerusi BN Sabah - mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap Hajiji sebagai ketua menteri Sabah, sekali gus menarik diri daripada kerajaan negeri.
Bung Moktar mendakwa keputusan berkenaan diambil secara sebulat suara.
Uniknya politik sabah
ReplyDeleteBoleh jadi 5 jahanam
ReplyDelete