Antara kakitangan awam yang perlu ditambah keanggotaannya adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat... Gua cukup bersetuju yang keanggotaan mereka perlu ditambah dengan segera.. Ini kerana semakin hari semakin berat beban yang mereka tanggung.
Ditambah pula dengan kawasan yang diselia oleh sesebuah Balai Bomba dan Penyelamat... Nisbah yang agak janggal dimana ianya tidak setara...
Bukan sahaja anggota perlu ditambah, tetapi aset-aset kebombaan juga perlu ditambah baik dari segi bilangan, kemampuan dan teknologi... Perlu juga kerajaan Malaysia melihat dan mengkaji dengan lebih teliti akan skim penggajian dan perkhidmatan anggota Bomba dan Penyelamat ini.. termasuklah emolumen dan keperluan tambahan...
Gua tahu artikel gua ini tak ramai yang akan baca... sebab ianya bukan sesuatu yang viral... tapi setidaknya gua menyatakan pendapat dan pandangan gua sebaiknya dalam konteks perkhidmatan Bomba dan Penyelamat nih..
Sekian,
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pengambilan tersebut juga berasaskan 22 faktor dan kriteria termasuk populasi dalam menentukan sama ada kekuatan anggota mencukupi.
Mohammad Hamdan berkata jabatan itu juga akan menambah 12 ekor anjing pengesan selepas aset hidup berkenaan menunjukkan pencapaian baik dalam operasi mencari dan menyelamat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Disember lepas.
Katanya pembelian tersebut telah mendapat kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi menambah 36 ekor anjing sedia ada.
Menurut beliau kos untuk seekor anjing pengesan dan pakej pengendali boleh mencapai RM400,000.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???