Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

15 January 2023

i-Finale : Apa Pandangan Korang?

Bhai/DeeDee semua...

Ada ramai sebenarnya yang menyokong usaha Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) yang sedang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meluluskan pengeluaran fasa ke empat simpanan KWSP sampai maksimum RM30 ribu.

Sungguh memang ramai yang menyokong...

Gua pun sama juga.... tapi itu pandangan peribadi gua... Apa pulak pandangan korang??? Amacam okeh ka idea nih???

i-Finale KSWP

Sekumpulan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.

Mewakili pihak pencarum, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) Khairul Anuar Othman berkata pengeluaran awal diperlukan sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

6 comments:

  1. Ingatttt!!! Pesara kerajaan ada pencen nak sara hidup selepas bersara.. Pesara swasta kena guna duit KWSP untuk tampung sara hidup selepas bersara... Inilah tujuan simpanan KWSP tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap senang lah saudara. Awal 2000 gaji cikgu cikgi, inspektor polis jarang yg lebih rm2000. Skrg gaji depa senang2 lebih rm7000. Penat bhai kami yg tak makan gaji dgn gomen bertungkus lumus koje nak bayor gaji dan pencen kakitangan gomen melalui cukai langsung dan tak langsung. Skrg setiap satu hengget lebih 6 kupang utk bayor gaji dan pencen. Penat beb.

      Delete
    2. Jangan bimbang. Nanti dia desak kerajaan bail out bila dia kehabisan duit.....

      Delete
  2. Gua sangat sokong, ramai sangat terkesan keadaan ekonomi sekarang ini.
    Siapa yang perlu, boleh la mohon, yang tidak mahu, tidak payah mohon.

    Gua secara peribadi tidak layak mohon tapi Gua tetap sokong untuk keperluan rakan taulan.

    ReplyDelete
  3. Zaman gua keja dulu EPF ni kami cuma kesah nak tengok statement saje nak semak duit kami yg dicarumkan tiap2 bulan. Takde pun pikir nak kuarkan duit sbb kami sudah faham duit tu bila pencen je boleh dikeluarkan. Budak2 skrg ni takde keja lain sibuk nak kuarkan duit EPF je. Bila pencen nanti mulalah masaalah baru pulak, takde duit dlm akaun EPF mintak kerajaan tolong bantu lagi. Padan gitu jelah kumpulan pendesak ni.

    ReplyDelete
  4. kita citer masalah yg dihadapi setiap individu pada masa sekarang ini boleh bang? Citer apa berlaku lepas pencen ke tk perlu sebab tak berlaku lagi.
    Duit simpanan EPF tu kan hak milik pencarum.
    Jadi Ini bukan isu mendesak ke apa bang, ini pasal isu duit simpanan tu hak pencarum. Kami mintak pengeluaran duit EPF kami sendiri utk perbelanjan diri kami sendiri tapi kalau kau tknak keluarkan itu hak kau bang.
    Tk perlu la nk hina pencarum terdesak la bagai. Bukan kami mintak duit simpanan kau pon bang utk bagi kat kami.
    Satu je mintak kau tanam kata2 ni dlm otak ko bang, tk kesahlah macm mana sekalipun kami mbelanjakan duit pengeluaran tsebut, itu adalah hak kami duit kami.
    Esok kelak kalau dh tkde duit kt EPF ke, mcm mana kami nk teruskan hidup lepas pencen ke, insyaallah aku tk akan carik or ketok pintu umah kau bang mintak beras ke gula ke garam ke bagai. Kau sendiri pun tk tahu apa akn berlaku dlm kehidupan kau pd esok esok harinya bang.
    Bukan satu dosa pun kalau kau bg support bersuara besama pencarum yg mmohon pd kjaan membenarkan pengeluaran kali ini. Yg mintak pengeluaran pon rata rata yg sebangsa dan seugama kau jugak bang.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1