Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sara Hidup. Show all posts
Showing posts with label Sara Hidup. Show all posts

15 January 2023

i-Finale : Apa Pandangan Korang?

Bhai/DeeDee semua...

Ada ramai sebenarnya yang menyokong usaha Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) yang sedang mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk meluluskan pengeluaran fasa ke empat simpanan KWSP sampai maksimum RM30 ribu.

Sungguh memang ramai yang menyokong...

Gua pun sama juga.... tapi itu pandangan peribadi gua... Apa pulak pandangan korang??? Amacam okeh ka idea nih???

i-Finale KSWP

Sekumpulan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertimbangkan satu lagi skim pengeluaran awal KWSP sehingga RM30,000.

Mewakili pihak pencarum, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ProRakyat) Khairul Anuar Othman berkata pengeluaran awal diperlukan sebagai penyelesaian jangka pendek bagi mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

09 May 2013

Rakyat Makan Sardin, Pemimpin Makan Besar

Bhai... Ini malam wife gua kureng sihat... Jadi turn gua memasak lar... Hahaha... Sebagai rakyat marhaen yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi... Aper yang hebat dapat gua sajikan.... Makan sajer la aper yang ader terhidang nih....

Inilah menu makan malam nih... Sardin masak tumis... sardin pon sardin lar...

Rakyat makan sardin, pemimpin makan besar... 

Rakyat beli kereta bercukai mahal... Pemimpin beli kereta dapat AP...

Ader hati lagi pemimpin nak sabotaj rakyat yang dah pilih diorang selama nih.... celaka punya pimpinan lar...

Bersedialah Untuk Dimangsakan

Bhai.... Nih satu khabar yang gua dapat dari industri..... dengan kemenangan BN sekali lagi pada PRU13... usaha untuk menjayakan 1Care sedang giat digerakkan balik.... hahaha.... bagoosh sungguh la kepada pengundi yang mengundi BN nih... bersedialah untuk dimangsakan


Kepada pengundi yang telah mengundi BN pada PRU13.. lu orang jangan la plak marah biler lepas nih kos urusan perubatan akan meningkat.... jangan marah aaa.... sebab lu orang jugak yang undi BN.... lu orang kena terima jer la aper hasil yang lu orang dah buat.... hahaha....

Kementerian Kesihatan dikhabarkan akan melaksanakan skim 1Care iaitu memotong gaji semua orang sebanyak 10% untuk dicarumkan dalam perkhidmatan perubatan.... semua orang akan kena... pada yang bergaji besar tue.. banyak la yang akan kena.. tapi yang bergaji kecik dan cukup makan... alamat jadi mangsa la plak... hahaha... sebab kesihatan yang wajib disediakan oleh sesebuah kerajaan kini nak diserahkan kepada syarikat insuran.... hahaha

So... jangan marah yer kalu 1Care nih jalan.... lu orang jugak yang undi BN baru-baru nih .... hahahaha.... jangan marah dan mengeluh... jangan komplen aaa.... dan jangan lupa uintuk bayar duit saman AES yang akan beroperasi balik bulan Jun nih..... hahahaha... mampu kerah la wei... hahaha


24 February 2013

RM41.60 Sebulan ... Mari Kita Kira

Bhai... Gua nak tanya lu aaa.... boleh tak lu idup sebulan laki bini dengan dua orang anak...... dengan kos sara hidup sebanyak RM41.60 sebulan... Hahaha..... Mari kita kira sama-sama aaa...

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg  : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50  ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie....  Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Aiyark... gua lupa nak masukkan harga gula la.... hahaha... takper la.. minum air suam ajer la yer... jaga kesihatan... kalu nak pi ke Klinik 1Malaysia ... terpaksa la korbankan duit simpan RM1 untuk kos rawatan.... jadi... boleh simpan kalu cuma sepuluh sen jer.... hahaha... seposen.... mampuih....

Gilo ko apo.... Hahaha.... biler Najib Razak kata nilai sebanyak RM41.60 nih cukup untuk sebulan.... hahaha .... Bangsat betul la ader PM yang menghina rakyat dier sendiri.... bangang ker aper nih.... cilakak tul lar...

Berkaitan : Warganegara Lagi Hina Dari Banduan Warga Asing

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.- SUMBER

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1