Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

29 May 2013

Koleksi Gambar Paling Rare Dan Legend

Bhai..... Hehehehe.... Ader orang kata gambar yang pernah gua publishkan dalam blog gua dirembat dari stok gambar orang lain... ader jugak yang kata ianya telah ditouch up... ader yang kata gambar tue telah di photoshopkan.... Hahahaha....  Gua gelak jer... Hahaha....

Nih dier gua publishkan satu koleksi gambar paling rare dan legend..... hahahaha.... For Your Eyes Only.... hahahaha .... Nama pakcik nih aderlah Pak Halim... Hahaha.... Memang Legend...






Gambar-gambar nih gua amik masa event BR1M kat Balok pada tahun 2012 dulu... gua sajer jer menyibuk kat sana.... bersama dengan kengkawan dari Harian Metro.... Hahahaha ..... Jangan mare...

Hidup Pak Halim... Hidup Pak Halim.... Hidup Pak Halim..... Hahahaha

24 February 2013

Warganegara Lagi Hina Dari Banduan Warga Asing

Bhai....  lu tau dak... kat Sabah jer ader 4 penjara untuk simpan tahanan warga asing.... yang total banduan aderlah lebih kurang 46 ribu orang.... pergh.... hahahaha ... hebat kan.... hahahaha

Jadi... setelah gua congak campur, darab, bahagi dan tolak.... gua dapat calculation kos untuk menjaga seorang banduan warga asing di 4 penjara di Sabah nih aderlah sekitar RM5.15 sehari..... hahahaha

RM5.15 sehari tue... kalu kiter darabkan dengan 30 hari.... hahaha... RM154 tue.... hahahaha..... pergh..... hebat betul lar.... memang hebat... prihatin dan sayang betul lar Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional nih terhadap warga asing.... Yer la... warga asing yang ditahan jadi banduan di penjara kat Sabah tue mengabiskan cukai Malaysia sebanyak RM154 seorang sebulan...

Walhal... kalu ikut cakap Najib Razak.... satu keluarga warganegara Malaysia cuma layak dapat RM41.60 jer sebulan.... Maknanya warganegara lagi hina dari banduan warga asing ..... hahaha... yer la... Warganegara tak layak dapat lebih dari RM41.60 sebulan... walhal banduan warga asing boleh plak dapat RM154 sebulan.... mewah betul lar... hahaha...

Sayang betul lar Kerajaan Malaysia kepada warga asing daripada warganegara sendiri.... Gua caya lu aaa Najib Razak ooi.... hahahaha.... Oleh yang demikian.... sebagai warganegara Malaysia... kita selayaknyer wajib mengundi dan memberi mandat kepada Barisan Nasional... kerana dengan memberi undi dan mandat memerintah kepada Barisan Nasional... kepentingan banduan warga asing lebih terjaga di Malaysia....

Rakyat warganegara Malaysia biaq pi la mampus kebulur.... yang penting banduan warga asing punya kepentingan terjaga....... hahaha.... bijak.. bijak.... hahahaha

Mana lagi hina... warganegara yang dapat RM41.60 sebulan atau banduan warga asing yang dapat RM154 sebulan....Hahahaha.... sembang lebih tarak guna la bhai.... hahaha... kalu lu tak terasa terhina... gua rasa lu mesti sudah jadi mayat nih... hahaha... hanya mayat jer yang tak terasa dihina.... hahahaha...

Kerajaan Belanja Lebih Setengah Bilion Tampung Kos Rakyat Asing Dipenjara

KOTA KINABALU: Kerajaan membelanjakan lebih setengah bilion ringgit bagi menanggung kos pengurusan banduan warganegara asing di empat penjara di Sabah sejak tujuh tahun lepas.

Timbalan penguasa penjara Kota Kinabalu Kalbin Mohd Said memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa sejumlah RM604,080,480 telah dibelanjakan kerajaan untuk kos lebih 46,000 banduan dewasa lelaki dan wanita sejak 2006 hingga Oktober 2012.

Saksi ke-62 itu berkata kos itu meliputi makan dan minum, perubatan, tempat tinggal, pakaian, eletrik, air dan program-program yang diberikan kepada banduan rakyat asing itu.

Beliau berkata kos pengurusan itu bermula daripada banduan yang antaranya dari Filipina, Indonesia dan juga Pakistan itu masuk ke penjara sehingga mereka dibebaskan.

Menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, Kalbin berkata jumlah kos itu adalah di empat penjara iaitu Penjara Pusat Kota Kinabalu yang menempatkan banduan lelaki, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan Penjara Sandakan. Ditanya mengenai statistik sebelum tahun 2006, saksi itu menjelaskan beliau tidak mempunyai rekod itu kerana sebelum tahun berkenaan rekod dibuat secara manual.

Beliau berkata banduan terbabit ditahan di situ atas pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kesalahan jenayah lain mengikut Kanun Keseksaan, sanjata api dan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Kalbin juga berkata mengikut statistik tahun 2006 hingga Oktober tahun lepas jumlah banduan warganegara asing di empat penjara itu lebih ramai berbanding rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata terdapat peningkatan jumlah banduan di dalam penjara menyebabkan berlaku kesesakan, bagaimanapun pihaknya melakukan penambahbaikan dengan menempatkan banduan ke penjara yang kurang padat.

Saksi itu berkata penjara di negeri berkenaan juga mengikut standard prosedur antarabangsa. - SUMBER

RM41.60 Sebulan ... Mari Kita Kira

Bhai... Gua nak tanya lu aaa.... boleh tak lu idup sebulan laki bini dengan dua orang anak...... dengan kos sara hidup sebanyak RM41.60 sebulan... Hahaha..... Mari kita kira sama-sama aaa...

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg  : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50  ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie....  Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Aiyark... gua lupa nak masukkan harga gula la.... hahaha... takper la.. minum air suam ajer la yer... jaga kesihatan... kalu nak pi ke Klinik 1Malaysia ... terpaksa la korbankan duit simpan RM1 untuk kos rawatan.... jadi... boleh simpan kalu cuma sepuluh sen jer.... hahaha... seposen.... mampuih....

Gilo ko apo.... Hahaha.... biler Najib Razak kata nilai sebanyak RM41.60 nih cukup untuk sebulan.... hahaha .... Bangsat betul la ader PM yang menghina rakyat dier sendiri.... bangang ker aper nih.... cilakak tul lar...

Berkaitan : Warganegara Lagi Hina Dari Banduan Warga Asing

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.- SUMBER

13 February 2013

Berilah Najib Peluang Sekali Lagi

Bhai... gua cukup pelik biler membaca artikel di Sinar Harian. Pelik bukan pasai aper. Pelik pasai P. Kamalanathan dok cakap banyak-banyak kali yang berilah Najib Razak peluang sekali lagi ... errr..... biar betul nih.... Sejak biler Najib Razak pernah dapat peluang mendapatkan mandat memerintah melalui satu Pilihanraya Umum... Sejak biler aaa...

Dier amik dari tangan Abdullah Ahmad Badawi itu hari pon bukan melalui Pilihanraya Umum. Jadi aper kejadahnya berilah peluang sekali lagi kepada Najib Razak... hahaha,.... memang tak kena langsung.. aper daaa..

Cer lu orang baca kat sini... hahaha

SUNGAI SELISEK - Pelbagai bentuk transformasi berjaya dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, sekiranya rakyat memberi sekali lagi peluang dan kepercayaan kepada Najib, sudah pasti lebih banyak pembaharuan dan perubahan dibawa.

“Saya pasti lebih banyak transformasi dan manfaat yang akan diberikan kepada rakyat. Tapi untuk melaksanakan semua itu perlukan kepercayaan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, di sini.

Turut hadir, Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Nilam, Harizan Harun.

Kamalanathan berkata, perjuangan yang dibawa Najib tidak pernah lari daripada landasan memartabatkan rakyat.

Katanya, usaha Pengerusi BN itu sentiasa melihat dan menekankan keperluan rakyat di semua peringkat.

“Beri beliau satu peluang dan berikan beliau kepercayaan.

“Peluang untuk tingkatkan BR1M sudah pasti dapat dilakukan sekiranya ekonomi dapat ditingkatkan menerusi urus tadbir ekonomi yang baik,” katanya.

Terdahulu, Kamalanathan berkata, penerima bantuan BR1M 2.0 di daerah ini dijangka terus meningkat sehingga tempoh pemberiannya berakhir 28 Februari ini.

Menurutnya, tahun lalu sahaja seramai 27,000 penerima dengan jumlah keseluruhan RM14 juta mendapat manfaat daripada program BR1M.

P/S: Aiyark.... macam mana nau tulis skema... hahaha... kapla sudah gelong... tarak reti lar mau tulis skema.... hahaha.. mampuih... bahasa gua dah jadi rojak.... nakharom betul lar... hahaha

30 December 2012

BR1M Menguntungkan LHDN

Bhai... Tahniah kepada LHDN kerana berjaya membuat kutipan lebih RM20 bilion daripada nilaian kutipan tahun sebelumnya... Hebat... Hebat... Dan ini jugak hasil daripada BR1M... Sebab dengan adernyer BR1M ... LHDN dapat memantau dan mengenalpasti sasaran cukai yang baharu...

Aper pon... Memang hebat la LHDN.... Dan seperti biasa ... Kakitangan LHDN akan dapat manfaat terbaek... Iaitu bonus tahunan yang meningkat juga... Tahniah...

Maybe tahun 2013 nanti kutipan cukai boleh naik berganda lagi skali dengan adernyer skim BR1M 2 dan beberapa skim aokongan lain seperti rebat smartphone untuk belia yang berpendapatan bawah RM3k....

Bagoosh...

06 December 2012

JPJ Sudah Pandai Mengugut

Bhai... hahaha... tak sangka gua.... JPJ pon sudah pandai mengugut... Kalu Pulau Pinang tak bagi pasang AES... JPJ ader cara nak laksanakan AES jugak... hahaha.... whoa... hebat la JPJ.... cayalah.... 

Gua boleh agak camana JPJ akan buat... sebagai memaksa Kerajaan Pulau Pinang untuk terima AES... mau tak mau kat area Pulau Pinang .... wajib pasang AES... cara mana diorang akan pasang.... hahaha.... macam yang diorang sedang test di lebuhraya Pantai Timur la bhai.... 

Pasang kamera AES mudahalih dan letak dalam van atau MPV ..... hehehe.... dan letak tepi jalan/lebuhraya.... Kerajaan Negeri Pulau Pinang tabley nak kata aper kalu ini penyelesaian yang akan dibuat oleh JPJ...

Ader satu lagi teknik pemasangan AES yang Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan tabley nak kacau gugat... tabley nak halang.... hehehe... iaitu dengan cara memasangnya pada struktur awam (utiliti seperti tiang elektrik atau telefon) ataupun pada papan iklan (billboard post)....

Kalu kamera AES dipasang pada struktur papan tanda jalan (penunjuk arah dan sebagainya) pihak berkuasa tempatan juga tabley nak kata aper...  hahaha... bijak... bijak JPJ nih..... janji masyuk.... hahaha.... aper pon... gua rasa elok jugak dibiarkan AES bermaharaja lela... sebab senang skit nak tumbangkan UMNO/BN.... hahaha.... biler ramai yang kena saman nanti.. lagi ramai yang akan menyampah... hahaha....

Contoh terbaek... Pak Mertua gua karat biru UMNO .... tapi biler kena saman AES baru-baru nih kat Selangor... dier siap tanya kat gua... camana .. boleh tak kalu taknak bayar saman AES nih.. gua cakap deal la ngan KASE... dier stuju... hahaha.... first time gua dengar dier merungut marahkan saman AES nih... katanyer.. bagi BR1M ... tapi amik balik guna AES.... 

Hahaha... gua harap Pak Mertua gua selalu la kena itu saman AES... nanti mudah skit gua nak ayat dier sokong PR.... hahahah

10 August 2012

Lawak Lorong Belakang

Hahaha... nih gua masuk entry untuk Belah & Bagi anjuran member blogger gua En NaZha Anua (Kartunster)

Gua tak tau .. caption nih boleh ker dikategorikan sebagai lawak ker mender ker... hehehe ... So baca jer la yer... hahahaha



16 February 2012

Pemuda UMNO Pahang

Hahahaha..... gua tak tahan betul la hari nih.. Untuk pengetahuan lu orang sumer... hari nih ader Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyampaian BR1M untuk warga Balok, Pahang Darul Makmur... Muhyiddin Yassin yang datang mari.... siap bawak beberapa kengkawan dier samer...




Tapi itu sumer bukan aper yang gua nak citerkan...

Yang gua nak citerkan kat lu orang sumer aderlah.... gambar yang dibawah nih... yang gua amik tadi.... masa event tue... sporting betul la brother tue.... lu orang tengok jer la gambar kat bawah nih... dan lepas tue kasi skit komen... hahaha

21 January 2012

Peguam Negara Merayu Kes Liwat

Hahahaha..... akhirnya Peguam Negara terperangkap gak... hahaha..... tak sangka Peguam Negara terperangkap dengan mainan kata-kata TukarTiub ... hahaha...

Peguam Negara memang berbelah bahagi... kalu dier tak merayu kes liwat Saiful Bukhari Azlan... makanyer betul la aper yang TukarTiub kater,.... itu sumer konspirasi... dan ini akan memburukkan lagi imej UMNO/BN pimpinan Najib Razak dimata rakyat (yang sekarang nih dah makin baik)

Tapi kalu Peguam Negara buat rayuan... hehehe... nak bagi cerita Saiful Bukhari Azlan nih benar belaka... maka....isu konspirasi mungkin hilang.... tapi kesan buruknya aderlah kat UMNO/BN serta Najib Razak gak... hehehe... mungkin parah gak dalam PRU13... hehehe

Dalam kedua-dua senario... yang rugi aderlah Najib Razak... hahaha.....

Memang kantoi la lepas nih... kiter tengok sejauh mana diorang nak "play" plot nih... hahaha... berapa lama... hahaha... sementara tue... ader peluang la kiter kasi bakar lagi sentimen rakyat .... Penat-penat jer Najib buat baik dengan rakyat... bagi BR1M .... nak kasi naik imej... tetiba Peguam Negara buat taik la pulak... hehehe

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1