Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 February 2013

Berilah Najib Peluang Sekali Lagi

Bhai... gua cukup pelik biler membaca artikel di Sinar Harian. Pelik bukan pasai aper. Pelik pasai P. Kamalanathan dok cakap banyak-banyak kali yang berilah Najib Razak peluang sekali lagi ... errr..... biar betul nih.... Sejak biler Najib Razak pernah dapat peluang mendapatkan mandat memerintah melalui satu Pilihanraya Umum... Sejak biler aaa...

Dier amik dari tangan Abdullah Ahmad Badawi itu hari pon bukan melalui Pilihanraya Umum. Jadi aper kejadahnya berilah peluang sekali lagi kepada Najib Razak... hahaha,.... memang tak kena langsung.. aper daaa..

Cer lu orang baca kat sini... hahaha

SUNGAI SELISEK - Pelbagai bentuk transformasi berjaya dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan negara.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkata, sekiranya rakyat memberi sekali lagi peluang dan kepercayaan kepada Najib, sudah pasti lebih banyak pembaharuan dan perubahan dibawa.

“Saya pasti lebih banyak transformasi dan manfaat yang akan diberikan kepada rakyat. Tapi untuk melaksanakan semua itu perlukan kepercayaan rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, di sini.

Turut hadir, Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Sungai Nilam, Harizan Harun.

Kamalanathan berkata, perjuangan yang dibawa Najib tidak pernah lari daripada landasan memartabatkan rakyat.

Katanya, usaha Pengerusi BN itu sentiasa melihat dan menekankan keperluan rakyat di semua peringkat.

“Beri beliau satu peluang dan berikan beliau kepercayaan.

“Peluang untuk tingkatkan BR1M sudah pasti dapat dilakukan sekiranya ekonomi dapat ditingkatkan menerusi urus tadbir ekonomi yang baik,” katanya.

Terdahulu, Kamalanathan berkata, penerima bantuan BR1M 2.0 di daerah ini dijangka terus meningkat sehingga tempoh pemberiannya berakhir 28 Februari ini.

Menurutnya, tahun lalu sahaja seramai 27,000 penerima dengan jumlah keseluruhan RM14 juta mendapat manfaat daripada program BR1M.

P/S: Aiyark.... macam mana nau tulis skema... hahaha... kapla sudah gelong... tarak reti lar mau tulis skema.... hahaha.. mampuih... bahasa gua dah jadi rojak.... nakharom betul lar... hahaha

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1