Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 February 2013

Anwar Ibrahim Patut Minta Maaf

Bhai... Gun tuntut Anwar Ibrahim minta maaf kat sekalian pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baru pasai dulu dier lantik Zulkifli Nordin sebagai calon PRU12. Zulkifli Nordin nih sepatutnya tidak layah duduk diangkat menjadi calon PRU12 bagi Parlimen Kulim Bandar Baru pasai jasanya dan kerja buatnya dalam Parti masa tue amat kurang...

Kalu dier berceramah tue... banyak yang karut keluar dari mulut dier... Ramai yang dah nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan calonkan Zulkifli Nordin di Parlimen Kulim Bandar Baru... Tapi Anwar tak dengar cakap... Anwar Ibrahim tak mau nak dengar nasihat...

Sekarang nih.... Anwar Ibrahim patut turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru dan minta maaf kat sekalian pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim kena cepat turun ke Parliemn Kulim Bandar Baru kalu nak kerusi Parlimen nih kekal milik Pakatan Rakyat.... Lagi lambat Anwar Ibrahim turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru... lagi payah....

Nih gua nasihatkan... Anwar Ibrahim patut minta maaf....

Berkaitan :

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.

“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.

“Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju,” katanya,

Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

“Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah.

"Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13,” katanya.

3 comments:

  1. PAS perlu buat ukhwah dgn PKR. supaya tiada lagi PKR dan hanya menggunakan PAS.Kalau anwar bubar PKR dan hanya menggunakan PAS. rasanya lagi boom PRU 13 ni.

    ReplyDelete
  2. Anwar ni bkn jenis nak dengar ckp org. Degil kepala batu. Dia pilih calon yg pandai 'amik hati' dia. hahaha...kira2 jenis manusia yg suka di puji gak anwar nih. Cuma Anwar ni jauih lebeh baik dri pemimpin umno. Cuma kalau kali ni dia letak calon yg sama bertanding di parlimen Temerloh...mmg gua akan pastikan calon tu lepas pru13 x angkat muka dah...

    ReplyDelete
  3. Bhai Carlos...
    Gua masih stuju kalu PKR ader.. sebab senang nak tengok baka UMNO yang bersarang dalam tue... hahaha

    Bhai BunBinBan...
    Hahaha.... tue la masalah Anwar Ibrahim yang paling jelas... susah nak dengar nasihat orang yang bukan dekat dengan dier... hahaha .. dier lebih percaya pelobi dier jer...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1