Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 February 2013

Bila Mamak Terbelit Lidah Sendiri

Bhai.... Lu pernah tengok mamak terbelit lidah tak.... hahaha.... Wei... bukan senang nak tengok mamak terbelit lidah... tapi pasai punya banyak belit dan pusing keliling.... rupanyer ader chan kiter kat Malaysia nih tengok seorang mamak yang dah nyanyuk terbelit lidahnyer... Sudah la nyanyuk... Itu lagi ader hati nak lead negara nih.... Poodah la mamak tongkang wei.... Poodah chit la Mahathir A/L Mohamed Iskandar Kutty.... Hahahaha

Maknanyer selama 22 tahun negara nih dah kena tipu.. teruk punya tipu... level budak sekolah jer yang dilantik jadi Perdana Menteri... err... macam mana la dier nih boleh dapat Ijazah... dan jugak berpuluh Ijazah Kehormat.... dulu masa kat Universiti tiru masa exam ker wei.... hahaha....  Skrang nih pencacai BN aper nak citer... hahaha

Gua rasa ini kes sudah main taik sendiri nih... sudah nyanyuk level keempat... dah tak lama lagi dah.... tiga empat jemaat jer lagi... kedalam la dier.... hahaha.... Wei... Mahathir... bawak-bawak la pi lepak kat Masjid... berlajor agama.... umur lu pon dan sezen... dah masa kecederaan... tunggu tiupan wisel jer...


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dalam perbicaraan kes menipu membabitkan bekas menteri pengangkutan, Dr Ling Liong Sik hari ini bahawa beliau telah memberikan keterangan yang bercanggah, tetapi menafikan beliau seorang saksi yang tidak bercakap benar.

Memberi keterangan dalam perbicaraan Ling, yang dituduh menipu dalam urusniaga tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Mahathir mengakui beliau telah tersalah menyatakan harga tunai tanah tersebut, iaitu RM25.82 sekaki persegi (skp), semasa pendengaran tahun lepas.

Beliau kemudian membetulkan angka itu kepada RM21 psf semasa pemeriksaan balas oleh Ketua Pendakwa yang juga Timbalan Ketua peguamcara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah apabila perbicaraan di sambung semula semalam.

"Saya mungkin telah salah gunakan istilah 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', tetapi saya perlu akui saya bukan seorang akauntan," kata Mahathir kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Aswani.

Bagaimanapun, Tun Majid kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan jawapan Mahathir, yang merupakan saksi keempat pembela. Tun Majid berkata, tidak perlu menjadi seorang akauntan, peguam atau doktor untuk memahami perkataan 'tunai'.

Malah, katanya, budak sekolah pun tahu perkataan itu, dan menyarankan kepada Mahathir bahawa beliau tidak bercakap benar. Mahathir bagaimanapun menafikannya sambil menegaskan bahawa beliau mungkin telah menggunakan istilah itu secara tidak tepat kerana beliau tiada biasa dengannya.

Mantan perdana menteri itu menambah, budak sekolah mungkin memahami 'tunai', tetapi mungkin tidak faham 'harga tunai', 'harga istimewa' dan 'harga kontrak', sambil menambah, beliau mungkin macam mereka pada masa itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam prosiding hari ini, Dr Mahathir memaklumkan cadangan harga pembelian tanah bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikemukakan Dr Ling adalah lebih rendah berbanding penilaian semula oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Dr Mahathir berkata berdasarkan surat bertarikh 29 Jun 2002 yang dihantar Dr Ling kepada beliau, kadar pembelian tanah adalah RM25 skp manakala penilaian semula JPPH pada Okt 2000 ialah RM25.85 skp.

Bekas perdana menteri itu juga berkata Dr Ling tidak mengelirukan beliau. Katanya, projek PKFZ adalah perkara mendesak dan Kabinet akhirnya memutuskan untuk membeli tanah itu daripada pemiliknya 2002.

"Ia tertangguh lebih tiga tahun. Peguam Negara memberi komen berhubung kemungkinan berlaku tipu muslihat dalam projek ini, ada juga idea berhubung pengambilan tanah secara wajib, dan terdapat banyak rayuan," katanya. Beliau juga berkata Jebel Ali (seorang pelabur) telah menarik diri dan kerajaan kerugian berbilion ringgit.

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp, iaitu RM1,088,456,000. Ling, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

2 comments:

  1. Bhai Carlos...

    Hahaha... punya la lama kiter semua tunggu kan... kan... kan... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja