Sebab...
1. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang layak untuk mendapat sara hidup sebulan sebanyak RM41.60 sekeluarga.
2. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang memberikan peluang untuk Felda mempergunakan wang KWSP sesuka hati.
3. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju membenarkan ramai warga asing mendapat segala kemudahan yang diperuntukkan untuk warganegara Malaysia.
4. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju untuk membayar hutang negara yang makin meningkat hasil dari salah urus tadbir negara.
5. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju menggalakkan perkauman dan pergaduhan kaum.
6. Denngan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju segala aset negara dimilikperibadikan dan dimonopoli.
7. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju harga minyak dinaikkan setinggi yang boleh.
8. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju untuk berhutang dengan banyaknya semata-mata untuk mendapatkan pendidikan.
9. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju bahawa kekayaan negara hanya untuk kumpulan tertentu sahaja dan bukannya kepada rakyat keseluruhannya.
10. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju harga barang keperluan naik mendadak tanpa sekatan.
11. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju bahawa tanah negara ini digadaikan kepada Singapura.
12. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan urusniaga Malaysia dengan Israel.
13. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan tindakan Polis membelasah rakyat yang berhimpun secara aman dengan ganasnya.
14. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan korupsi yang dilakukan oleh pemimpin negara.
15. Dengan mengundi Barisan Nasional, lu orang bersetuju dengan segala tindakan jenayah yang dilakukan oleh pimpinan Barisan Nasional.
Pergh... Tak larat lar nak tulis pakai handphone nih... Giler aper... Panjang berjela dah nih.. Kalu nak tulis kesemuanya... Mau sampai habis bateri handphone nih gua rasa... Mau sampai lenguh jari gua layan keypad kecik nih...
Lain la kalu pakai PC... 20 mukasurat pun boleh tulis... Hahaha...
Aper-aper pon... Marilah kita mengundi Barisan Nasional... Sebab geng-geng UG pon sokong UMNO dan BN gak... Hahaha... Diorang "alim ulama" bhai.. Lu kena ikut contoh... Lagipon lu ngan gua bukan golongan ulama... Baca Al Quran pon mengeja jer... Merangkak-rangkak...
Hahaha....
Stakat baca Al Quran hebat dengan tarannum dan bayan... Tapi haram tak paham maksud dan isinya ... Lupakan sajer la.... Hahaha
nampak gayanya gua boikot la gak PRU13 nih....muahahaha...Nak undi UMNO, gua rasa undi beruk je, nak undi PAS, PAS pun nak join beruk gak, nak undi PKR...calonnya lebeh teruk dri umno....muahahaha..emmmm...gua nak berniaga je PRU13 nih...gua nak jual seme produk parti2 politik...hahaha...
ReplyDeleteKah kah kah.... dengan undi barisan nasioanal maka pas akan kekal sebagai pembangkang sampai kiamat seperti yg diidam2kan oleh puak ug.
ReplyDeletecantik! pinjam
ReplyDeletehttp://thecybersniper.blogspot.com/2013/02/15-sebab-kita-wajib-undi-bn.html
ReplyDeleteBhai-Bhai sumer...
ReplyDeleteHahahaha... inilah Malaysia... kan best kan.... gua rasa gua nak undi Parti Chop Duit.... err... mesti gua boleh dapat duit banyak.... hahaha
Errr... ader ker Parti Chop Duit nih???
ada parti cop duit.ko pi mintak ngan bapak ko dah tentu kena penampau...kutuk malaysia tp duduk malaysia.baik ko pegi mati lagi baguih la
ReplyDeleteBhai/DeeDee Anonymous...
ReplyDeleteHek eleh... gua kutuk Malaysia yang dah jadi bangang dek sebab 56 tahun UMNO/BN memerintah... lu nih aperhal... beza antara kenegaraan dan kepartian pon tak tau beza ka.... hahahaha....
Nak buat camana kan... dah 56 tahun dibangangkan... tue yang jadi kekal bangangnyer.... hahahaha
itulah kau yg bangang tak reti beza tulisan kau sendiri..kau tulis lain kau jawap lain...sesuailah dgn nama kau ni...CIPAN TAPIR,TENUK ,B...je tak dak
ReplyDeleteBhai/DeeDee Anonymous...
ReplyDeleteLu paham ker aper sebenarnya Cipan Tapir Tenuk tue... hahaha... baca balik betul-betul nama blog nih... hahaha... sure lu tak tahu aper beza antara ketiga-tiga nama makhluk Allah bernama Cipan, Tapir dan Tenuk nih....
Kesian lar kat lu.... tolong aaa... tolong jangan memalukan diri lu sendiri ... lain kali kalu tak tau bertanya la... jangan malu dan segan.... hahahaha