Maklumat nih gua dah dapat dalam tiga empat hari sudah... tapi gua belum nak publishkan... sebab nak tengok sejauh mana benarnya benda nih... rupanyer JPAM sendiri yang kasik kecoh isu nih... hahaha...
So ... lu tengok la maklumat nih aaaa.. (errr... harap ini bukan dibawah OSA) .... hahaha ....
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata pada ketika ini jabatan itu sudah mula memantau, mengenal pasti dan melihat senarai status setiap anggotanya dalam memastikan mereka menunaikan hak masing-masing.
"Kita juga perlu bantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan anggota dan sukarela kita sendiri turun dan laksanakan tanggungjawab mereka dalam usaha menambah undian dalam kalangan sukarelawan ini.
"Mungkin orang politik, macam ketua bahagian dah panggil dah...Kita hanya bantu sahajalah untuk pastikan anggota kita tidak terkecuali dari berbuat demikian (mengundi)," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya semalam.
Ketika ditanya mengenai tugasan jabatan itu ketika berlangsungnya pilihan raya, Selamat berkata JPAM tidak meletakkan sesuatu jumlah anggota yang tetap untuk mengawal perjalanan pilihan raya namun ia membuka bilik gerakan di setiap daerah yang beroperasi 24 jam.
"Nak kawal semua tempat memang kita tak mampu. Cuma kita siap sedia letakkan anggota kita dalam jumlah yang ramai di kawasan yang 'panas' untuk bantu mengawal di pusat-pusat mengundi. Kita ada 12,000 anggota sukarela yang aktif (seluruh negara), yang boleh dikerah dalam masa sejam sekiranya terdapat sebarang kecemasan, bencana atau memberi bantuan dalam proses pilihan raya.
"Macam tempat yang panas pun, kita dah boleh ramalkan lebih awal sebab ada Cawangan Khas (SB) polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ada maklumat awal mengenai keadaan di sesebuah kawasan," katanya.
Pasukan penyelamat JPAM memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.
JPAM terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dan melaksanakan tugas di bawah Akta Pertahanan Awam 1951, akan menyambut ulang tahun ke-61 pada 24 Mac depan yang dirai setiap tahun dalam sambutan Hari Pertahanan Awam Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???