
Tapi... peniaga barangan basah di Pasar Payang yang baru tue nanti kena la professional... kena la jaga kebersihan... kena la ikut prosidur... tambah lagi Pasar Payang nih jadi tempat tumpuan pelancong.... Gua punya cadangan tambahan aderlah dengan pihak Kerajaan menyediakan pengawal keselamatan di kawasan itu. Kita tau yang anggota Polis biasa mengawasi kawasan ini... tapi dengan adanyer pengawal keselamatan... keadaan keselamatan dapat lebih terjamin...
Gua berharap... Pasar Payang yang baru dilengkapi dengan kemudahan perbankan dan juga pusat setempat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memudahkan urusan peniaga dan pelancong. Pejabat TDC juga wajar ditempatkan disini...
Apa pon... gua tahu sentimen yang dibawa oleh Pakatan Rakyat... tapi demi kepentingan semua pihak termasuk pelancong... gua lebih suka cadangan terkini yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Pasar Payang aderlah trademark Terengganu... dan ianya perlu kekal sebegitu dengan dipertingkatkan lagi kemudahan asas dan infrastruktur.
KUALA TERENGGANU – Kemelut peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berakhir apabila Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan peniaga barangan basah seperti ikan, daging dan sayur beroperasi di bangunan baru pasar tersebut apabila pembinaannya siap kelak.
Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Besar Kedai Payang empat tingkat dan berdingin hawa kerana peniaga ikan dan barang-barang basah yang berniaga di situ sejak sekian lama akan dipindahkan ke Pasar Cabang Tiga.
Bagaimanapun, selepas perbincangan antara Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dengan ahli jawatankuasa Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu ((PPPKM) kelmarin, kerajaan negeri bersetuju untuk mengekalkan semua peniaga, dengan syarat mereka menjaga kebersihan di premis masing-masing.
Dalam pertemuan itu yang diadakan di Kediaman Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.
“Atas permintaan persatuan, kita bersetuju menerima cadangan untuk menempatkan semula semua peniaga dengan syarat mereka bersedia memenuhi peraturan kita. Saya tak mahu terjadi seperti mana tapak pasar sekarang dengan menghadapi masalah bau.

“Sebab kita menyediakan kemudahan terkini, dengan menyediakan ‘freezer’ dan sistem ‘piping’, mereka perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan. Sekiranya ada individu yang melanggar syarat, tindakan akan diambil termasuk menyingkirkan mereka daripada mengusahakan perniagaan di pasar,” katanya.
Hadir sama, Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd Dagang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan juga Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Ibrahim Mohd.
Keadaan sudah tidak sesuai
Sebelum ini, Kerajaan Negeri merancang pembinaan bangunan baru bagi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang sedia ada selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengesahkan ia tidak selamat diduduki dengan kos RM80 juta untuk pasar sahaja.
Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartmen 30 tingkat akan turut dibina di tapak yang sama dan projek itu akan dimulakan pada tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan kos keseluruhan lebih RM400 juta.
“Buat sementara waktu, peniaga ditempatkan di pasar sementara yang akan dibina di Pulau Warisan dengan kos RM8 juta dan pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini. Ia mengambil masa enam bulan,” katanya.
Ahmad berkata, keadaan Pasar Besar Kedai Payang yang ada sekarang sudah tidak sesuai kerana sempit, kotor dan mencemarkan imej Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri memutuskan untuk membina semula pasar dengan pelbagai kemudahan moden dan struktur baru supaya lebih selamat dan mampu menarik lebih ramai pelancong membeli-belah di situ. - SUMBER
hopefully hrga brg xder la ke dalam payang .
ReplyDeleteSalam C++
ReplyDeleteYong pernah cuba nak singgah pasar payang. Tapi tak jadi sebab tak dapat parking.
Cumer 1 perkara Yong heran. kalau kat pasarraya kedai jual barang basah boleh jadi bersih. Kalau kat luar mengapa kotor? Tak caya pergi ke ke food court yang terbuka, di bawah seliaan bandaraya. Di jamin kotor!
Bhai Carlos...
ReplyDeleteHahaha... gua pon harap barang takder kena markup... hahaha
DeeDee Yong...
Itu satu masalah tue... parking... sebab tahun 70'an dan 80'an dulu biler ader bangunan baru... memang jarang disediakan kemudahan parking... memang susah nak ader...
Tentang kebersihan tue ... itu yang pelik tue... gua pon tak paham... cuma di Terengganu nih.... tandas awam yang berada dikawasan peranginan (biasanyer ader kedai kecil skali) ... memang terjaga kebersihannya...