Cerita tentang pelajar sekolah yang membawa motorsikal ke sekolah tanpa lesen dan topi keledar... Isu ini memang ketara... tak kisah la dibandar atau di hujung kampung... Semuanya tetap sama... memang penyakit ini gua salahkan kat ibubapa, guru, pihak Polis, pihak JPJ dan juga Kerajaan Malaysia. Kerana apa gua salahkan semua ini... sebab kalu ibubapa tidak membenarkan pelajar menunggang motorsikal ke sekolah mestilah perkara ini tidak berlaku.
Para guru juga salah kerana gagal untuk menunjukkan sikap dan contoh teladan kepada pelajar sekolah disebabkan oleh beberapa orang guru yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal ke sekolah. Alasan yang selalu gua dengar aderlah "Ala... rumah gua dekat jer dengan sekolah, Tak perlu la pakai helmet" .... Bodoh... Bangang...... Guru kencing berdiri... anak murid kencing berlari... Itu belum tengok lagi guru-guru yang membawa kereta dengan tidak mengenakan tali pinggang keselamatan.... Bodoh... Bangang....
PDRM dan JPJ gua salahkan sebab kurang nak buat pemantauan pada waktu pergi dan balik sekolah... malah pernah gua tengok pegawai PDRM dan JPJ buat derk bila kenderaan diorang dipotong oleh pelajar sekolah nih tanpa pakai helmet... Warning pon tidak... inikan pulak nak kejar dan tahan.... hahaha
Kerajaan Malaysia gua salahkan pasai menyusahkan pengusaha bas sekolah... patutnya Kerajaan Malaysia membantu mentransformasikan perkhidmatan bas sekolah agar sejajar dengan matlamat piawaian pengangkutan sekolah.. tapi tidak... Belum pernah lagi ada cadangan bernas dari pihak Kerajaan Malaysia terutamanya SPAD untuk membantu dan mengubah perkhidmatan bas sekolah.
Sebenarnya... cara terbaek untuk mengekang pelajar pergi ke sekolah dari menunggang motorsikal adalah dengan cara memaksa (mandatori) bagi semua pelajar untuk naik dan gunakan perkhidmatan bas sekolah setiap hari (pergi dan balik). Pihak kerajaan boleh memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah ini mengikut bilangan murid yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ibubapa cuma perlu membayar kos paling minima kepada pengusaha bas sekolah.... sekitar 10 ~ 20 % nilai tambang... dimana 80 ~ 90 % lagi dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Inilah yang sepatutnya Kerajaan Malaysia buat dan bukannya memberikan BL1M kepada pelajar.
Dengan cara ini, kita dapat melakukan empat (4) perkara.
- Memantau pergerakan pelajar sekolah (tidak ada yang melepak tidak tentu hala apabila mereka menaiki motorsikal sendiri seperti sekarang)
- Mengelakkan kesesakan jalanraya akibat dari pelajar yang bersimpang siur menunggang motorsikal diwaktu pergi dan balik sekolah
- Mengurangkan dan mengelakkan kemalangan maut dan kecederaan akibat dari teribat dalam kemalangan motorsikal
- Mendisplinkan para pelajar (tepati masa)
Tolong aaa... tolong fikir dengan rasional
Berkaitan : Borang BL1M Dipalsukan?
betul..kalau bg lesen banyak2..risiko excident lagi tinggi. tapi monteri hanya pikir nak cr $$$..mana dia pikir keselamatan. anak mereka pergi sekolah pakai driver.
ReplyDeletekat umah aku bersepah mat indon and bangla naik moto tak pakai topi keledar . Lesen..........
ReplyDelete