Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

23 February 2013

UMNO Rugi Jika Pakatan Kekal Kuasa Di Selangor

Bhai... Hahahaha... hari cuti hujung minggu nih penuh dengan gelak ketawa la... tambah lagi biler baca berita yang kelakar... hahaha... berita yang menunjukkan nampak sangat la UMNO terdesak... nampak sangat la BN dah sampai tahap kronik... terdesak nak mampus.... hahaha... dah tak dapat nak tolong dah.... kebebalan tahap melampau...

Kesian kat UMNO... Kalu lepas PRU13 nanti UMNO kekal kalah di Selangor... rasanyer ramai yang akan bunuh diri kot... Khir Toyo sorang daripadanyer... Noh Omar pon sorang daripadanyer... hahaha.... Sebab tue la Noh Omar dok tak abis-abis mengugut rakyat dan pengundi di Selangor supaya mengundi UMNO/BN pada PRU13... sebab tue la Ezam Mohd Nor, Ruslan Kassim dan Hassan Ali dikerahkan berkempen habis-habisan di Selangor...

Tue belum kira lagi Sohaimi Shahadan, Ibrahim Ali dan ramai lagi... siap dengan bantuan gerombolan KIMMA dan PRESMA lagi... hahaha... dengar katernyer.. 18 ribu kedai/restoren Mamak akan bersatu dan bekerjasama berkempen untuk UMNO/BN ...... hahahaha.... macam mana la Parti Melayu katernyer boleh jadi "mendung" dek kehadiran Mamak Tulekek... hahaha

Dana plak semua disponsor dek SYABAS .... hahaha

Aper daa....
Boleh caya ker MAMAK KIMMA @ PRESMA sekoq nih???
SHAH ALAM - Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata ini kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.

Katanya keadaan ini jelas bilamana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah telah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah telah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Selain itu, katanya Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.

"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang sahaja," katanya.

Noh juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Noh berkata begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata, kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu telah mendapat persetujuan Sultan Selangor.

Katanya mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar telah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan telah mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.

Bagaimanapun, Noh berkata sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri dahulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap NGO, merupakan kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.

Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini merupakan himpunan keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor, katanya.

Beliau berkata program yang bermula November tahun lepas dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan

1 comment:

  1. boikot semua kedai mamak tongkang pedukang pak arus !ABU !

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja