Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

07 February 2013

Terkini : Felda Bakal Memiliki Hospital Sendiri

6 Februari 2013

SEREMBAN - Pembinaan hospital milik Felda di Jengka, Pahang dijangka bermula awal bulan depan dan siap dalam tempoh dua tahun, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau berkata kontraktor untuk pembinaan hospital itu telah dilantik minggu lepas.

Hospital baharu ini dianggar menelan belanja sekurang-kurangnya RM80 juta dan boleh menampung 300 pesakit pada satu masa, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurut Mohd Isa, pembinaan hospital itu adalah fasa pertama dalam pembinaan kompleks kesihatan bersepadu yang meliputi pembinaan beberapa kemudahan kesihatan yang lain.

"Bagaimanpun ini bergantung kepada pemaju kita yang juga mempunyai tanah. Ini mengikut perbincangan kita untuk fasa kedua. Fasa pertama dikhususkan untuk pembinaan hospital baharu ini," katanya.

Mengulas isu berkaitan, Mohd Isa berkata Felda juga telah merancang untuk mewujudkan tiga lagi kompleks kesihatan dan perubatan iaitu di Gua Musang, Kelantan; Alor Setar, Kedah dan satu lagi di selatan tanah air.

Setakat ini Felda telah memiliki sebuah fasiliti kesihatan iaitu sebuah Dispensari di Kuantan, Pahang, katanya. Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 50 anak Felda yang menjalani latihan pegawai perubatan di Akademi Perubatan di Wales, United Kingdom dari 11 Nov hingga 5 Dis lepas.

Program itu diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Karnival kesihatan Felda (Felda Health Carnival - FHC) di ibu negara April lepas. Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FHC Sdn Bhd Datuk Chan Tien Ghee.

NONAMA News Agency - NNA
(edisi sarkastik dari NNA)


9 comments:

  1. slm..
    nak tanya skt..Dispensari kat Kuantan tu kat mana...nama apa...pah tu kursus perubatan apa 3 minggu weh...hehe...lawak laa...

    ReplyDelete
  2. Felda akan ada macam-macam sendiri bikin punya..pembangunan bahi...such as the Bank United Felda + ATM yg tak-mudah-dilarikan-penyamun, Pasaraya Felda (a la Giant, Carrefour) yg memasarkan semua brgn dapur jenama "Felda 1st" dgn harga yg lebih murah 5 sen drp harga siling + bekalan daging lembu drp pojek NFC.

    Selain tu Felda nak uat gak Kereta nasional Felda (copy & paste a la Naza tapi buatan China la kot) yg termurah di Asean dgn syarat : peneroka atau waris dia sukarela beli saham secara berhutang dgn bank at least 10 lot FGV !




    ReplyDelete
  3. Aku bila Isa pendek dan Najib nak buat benda ni....
    Satu benda je dalam kepala aku...

    Berapa masuk poket diorang...KAHKAHKAH

    Sorry Isa pendek dan Najib....kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Idian... you're not alone...

    COBOL

    ReplyDelete
  5. projek mengangakan mulut2 peneroka...hahaha...nganga je la.

    ReplyDelete
  6. hospital jengka kan dah ade..g sibuk2 nak wat lagi pehal..lagi satu kalo nak pakar g hospital temeloh..bukan jauh pon dari jengka..hiway kan ade..da la peneroka daripada tak behutang die paksa bhutang..bongok nye doremon..

    ReplyDelete
  7. Bhai dan DeeDee sekalian...

    Gua jawab secara borong aaa... ini artikel sarkastik dari gua... hahaha.. kira macam gua menghina Isa Samad punya idea nak buat Stadium la...

    Dari buat stadium yang akan pastinya banyak kosong tempat duduh setiap kali ader tournament ... lebih baik buat spital.... ader gak pekdahnyer... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja