Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 January 2015

Tak Tau Pi Tanya La...

Bhai/DeeDee semua...

Ini aper Suhaizan mengarut nih... Kalo tak tau motif dan tujuan pelukis tue pi la jumpa dan tanya sendiri... Tak payah la bagi komen macam bangang... Hahaha.. Cukup-cukup la machai-machai kaki ampu yang bersepah dalam UMNO, JATI, PERKASA dan ISMA.... jangan la tambah korum... Aper daa...



Kalo lukis gambar dari belakang tabley.. Lain kali semua jurufoto tabley amik la gambar dari belakang atau sisi... Salah tue... Kena semua amik dari depan... Maknanya.. Setiap kali abis aper-aper upacara.. Semua kamera / video kena kasik semak ngan PDRM... kalo ader yang terambil gambar dari belakang atau dari sisi... kenakam hukuman.. Tangkap dan dakwa...

Ader plak machai mengaitkan isu nih sebagai penghinaan kepada Melayu dan Islam.... Lagi la lawak siot... Biler masa aaa ianya menghina Islam dan Melayu... Melayu dan Islam tak kena hina la.... Kalo Sultan / Raja / Agong minum arak atau main judi atau main betina baru la patut ianya menghina Melayu dan Islam...

Aper daaa... Sampai dah tak tau beza dah antara aper itu Islam dan Melayu.... Bangang ker aper nih...



Satu lagi..... Dalam Sejarah Islam... Selama 1400 tahun lebih.... Mana pernah ader Ketua Agama.... Khalifah bukan Ketua Agama... Muhammad Ibni Abdullah tue pon bukan Ketua Agama tetapi dier Rasul Allah...  Melayu Malaysia ja memandai-mandai ader Ketua Agama Islam... Kalo Ketua Agama Islam dan keturunan dier betul boleh jadi contoh kehebatan Islamnya takper la jugak.... Nih banyak Ketua Agama dan keturunan dier kaki maksiat... Kaki zina... Kaki judi... Kaki arak ... Lagi mau sanjung dan angkat jadi Ketua Agama...

Agak-Agak la wei...

Islam tak perlukan Ketua Agama..... Kristian atau Yahudi mungkin la patut ader Ketua Agama....... Cukuplah Muhammad Ibni Abdullah itu sebagai Rasul Allah yang terakhir.... Jangan memandai-mandai nak buat kategori dan kasta dalam Islam...

By the way.... Lain la kalo mamat tue lukis gambar Agong dan Permaisuri dari belakang tak pakai baju... Kalu itu barulah dikira menghina.... Aper ke bdodh dan bangangnya la machai-machai kaki ampu nih... Geng Sarban pon boleh terpengaruh samer ka?

Lagi satu.... Sembah hanya pada Allah Taala... Muhammad Ibni Abdullah yang Rasul Allah tue pon tabley dan tak layak disembah.... Rasul Allah tue.... Ini kan pulak kaki maksiat lu orang mau sembah... Siap sampai ader yang sembah dalam keadaan ruku' dan sujud lagi... Bangang... Mana boleh sembah makhluk..... Syirik la wei... Sesat kesyirikan wei... Dosa besar yang Allah Taala tak ampunkan... Sila baca dan rujuk buku Hadi Awang bertajuk "Beriman Kepada Allah".



P/S : thanks buat Pok Dee sebab cover blog nih semasa ketiadaan gua.... Hahaha.. Lain taun gua belanja... Hahaa

TAMBAHAN : ini gambar yang kecoh kepoh tue...


29 January 2015

Razak Baginda Sebenarnya Tidak Keruan

Kah Kah Kah.

Ada pula pembunuhan biasa guna bahan letupan plastik C4. Itu baru perbunuhan biasa. Agak-agak kalau pembunuhan luar biasa guna cara apa? Bom Fosforus kah? Plutonium kah? menggunakan Bom Hidrogen kah? Atau menggunakan Bom Neutron? 

Hebat Malaysia. Pembunuhan biasa guna C4. Kalau ada pembunuhan menggunakan pisau atau parang, itu mungkin akan diklasifikasikan sebagai pembunuhan main-main sahaja kalau ikut pandangan Razak Baginda. Bagaimana pula kes pembunuhan Sosilawati? Apa kategorinya?

Kah Kah Kah.

Bagaimana pula kes Mona Fandey yang melakukan pembunuhan dengan cara kerat 18 bahagian. Adakah ini hanya pembunuhan skala anak-anak? Huh. Nampaknya Razak Baginda sudah semakin sewel. Terserlah sisi sebenar Razak Baginda yang tertekan hidupnya selama lebih 10 tahun ini. Tidak perlulah Razak Baginda berlakon. Lenggok badan pun orang boleh kenal.

Kah Kah Kah.

Kalau Razak Baginda dulu disabitkan bersalah, adakah dia akan mengatakan bahawa pembunuhan ini adalah pembunuhan biasa? 

Kah Kah Kah.

Kepada Razak Baginda. Jangan risau berkenaan kes ini. Ianya pasti akan menghantui anda sampai anda meninggal dunia. Orang ramai akan tetap ingatkan anda tentang kes ini. Dan pastinya tidur anda tidak akan lena sampai anda meninggal dunia.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu.

28 January 2015

Suka Kita Lah

Kah Kah Kah.

Suka kita lah mahu sokong atau tidak. Kita bukan tidak ada akal fikiran. Kita bukan angguk-angguk geleng-geleng "wa ampu sana wa ampu sini". Allah Taala beri kita akal fikiran, jadi kita kena gunakan ditempat yang sepatutnya. Pemimpin mahu masuk lubang tahi tak mungkin kita juga akan ikut sama. 

Kah Kah Kah.

Memang arahan macam ini nampak sangat kebodohan dan kebebalan tahap mengampu. Jangan guna agama untuk menjustifikasikan kenyataan bodoh diri sendiri. Jangan seret Allah Taala dalam kebodohan diri sendiri.

Kah Kah Kah.


Jangan ingat kami semua ahli biasa PAS bodoh macam pimpinan PAS yang gila kuasa. Kalau pimpinan PAS nak jadi bodoh, sila jadi bodoh sendiri-sendiri. Jangan babitkan orang lain.

Kah Kah Kah.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

25 January 2015

Tidak Perlu Pilihanraya

Kah Kah Kah.

Kalau mengikut idea Hadi Awang, Malaysia tidak perlukan Pilihanraya. Jika ada pilihanraya tentulah akan ada pergaduhan yang memungkinkan darurat. Berkemungkinan apabila ada pilihanraya akan menjadi penyebab rusuhan ala 13 Mei.

Kah Kah Kah.

Otak Hadi Awang amatlah bergeliga. Selepas ini tidak perlu Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil. Cukup sahaja dibuat lantikan ikut suka kepala otak pimpinan parti sahaja untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen. Sama seperti lantikan suka-suka tanpa merit bagi Ahli Majlis Bandaraya / Perbandaran yang sekarang ini digunapakai oleh orang politik.

Gila. Semakin lama dalam politik makin bertambah gila idea Hadi Awang.

Agaknya inilah saranan terbaik Hadi Awang sebenarnya kepada perwakilan Muktamar PAS pada Jun 2015. Tidak perlu ada pengundian dan pemilihan. Cukup sekadar semua lantik kekal ikut suka kepala pimpinan. Hadi Awang tidak perlu dicabar dalam pemilihan Muktamar nanti. Jika Hadi Awang dicabar pemilihannya, mungkin akan berlaku rusuhan ala 13 Mei dalam PAS.

Kah Kah Kah.

Dulu Hadi Awang takfirkan UMNO. Tapi kini tampaknya Hadi Awang sudah tarik balik takfir itu dalam senyap tanpa sedar. Memang kelakar.

Kah Kah Kah.

TAMBAHAN : Sebelum Hadi Awang mahu komen macam-macam, sila pastikan diri hadir dalam setiap Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat. Kalau asyik selalu ponteng, macam mana boleh dapat penerangan yang jelas dari parti gabungan. Dulu agaknya sewaktu bersekolah, berkemungkinan Hadi Awang selalu ponteng?

Pok Dee,
Tanjung Jara, Dungun, Terengganu

23 January 2015

Wat Hepeng To PAS Ganti UMNO?

Kah Kah Kah.

Patutlah slogan PAS Ganti UMNO sudah tidak digunapakai sebab PAS Terengganu sudah menjelma lebih UMNO dari UMNO. Kalau bab melabelkan dan maki hamun, semuanya PAS Terengganu yang boleh bolot. Malah PAS Terengganulah yang sentiasa perasan mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat Melayu di Terengganu.

Kah Kah Kah.

Mimpilah sampai kebulan, Terengganu tidak akan PAS berjaya pegang kembali kuasa negeri. Pesuruhjaya Negeri pun sombong dan perasan bagus. Perasan yang dia adalah Ahli Luar Biasa. Pandang sebelah mata pada ahli-ahli PAS peringkat bawahan yang semuanya dilabelkan tidak penting. Walhal untuk menjadi pemimpin pandai pula mahukan sokongan akar umbi. Itulah Istidraj yang Allah Taala berikan kepada Satiful Bahri ( PJ PAS Terengganu) yang sombong dan angkuh dengan jawatan yang dia sedang sandang.

Himpunan Harapan Semua sepatutnya menjadi Himpunan Mengharap Sangat Ada Sokongan.

Kah Kah Kah.



Pok Dee
Dungun, Terengganu

P/S : Admin C++ diberitakan "kurang sihat".  Harap doakan dia. Sementara itu biar Pok Dee kendalikan laman blog ini.

22 January 2015

ADUN / Ahli Parlimen Perlu Mati

Bhai/DeeDee semua...

Masuk hari nih sudah hampir sebulan bencana banjir berlaku di Kelantan yang meranapkan sama sekali prasarana awam dan peribadi di Gua Musang, Kuala Krai, Tumpat, Pangkalan Kubor, Tanah Merah dan Rantau Panjang serta beberapa kawasan lain...

Bagi kawasan yang terjejas paling teruk seperti di Gua Musang, Manek Urai dan Kuala Krai... Untuk memperbaiki prasarana dan membersihkan saki-baki kesan banjir mungkin mengambil masa paling kurang 3 bulan...

Tapi...

Percaya tak kalu gua katakan ini semua boleh diselesaikan dalam masa 60 hari ja maksima... Silap-silap boleh selesai baikpulih prasarana dan membersihkan saki-baki banjir tue dalam masa kurang 2 minggu...

Hahaha.... Tarak percaya ka???

Senang ja... Kalo ADUN / Ahli Parlimen bagi kawasan-kawasan bencana nih mati  @ kojol ... Sure akan cepat segala urusan... Percayalah... Sebab dalam tempoh 60 hari... SPR perlu buat satu Pilihanraya Kecil... Dan kalu ader PRK nih .... Hahaha... Mesti setel semua masalah... ADUN / Ahli Parlimen perlu mati baru cepat setel masalah akibat bencana.... 

Gua paling ingat lagi kat PRK Ijok masa Khalid Ibrahim lawan satu Calon India tue... Pagi gua lalu Pekan Ijok takder mender kat simpang... Sibuk semacam ja...  Biler petang gua lalu kat simpang tue... siap dah ader lampu isyarat trafik beroperasi dengan baik (fully configured) ... Hahaha ... boleh plak buat siap cepat tak sampai sehari.... 

So ... Gua percaya kalo ader PRK pasai ader ADUN / Ahli Parlimen yang mati mesti Gua Musang, Manek Urai, Kuala Krai, Pangkalan Kubor dan banyak lagi akan dapat setel masalah berkaitan banjir.... Hahahaha

Tengku Razaleigh pon rasanyer dah lama idup.... Tunggu masa ja Malaikat Maut nak queue...


20 January 2015

Gua Start Kempen Sokong Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Lu orang sumer mesti tau kan... Skrang nih sudah bermula perang besar antara dua kem dalam UMNO... Perang Dingin ala Amerika dan Russia... Masing-masing sabotaj musuh mereka... 

Satu pihak lead by Mahathir Mohamed dan kuncu-kuncunya... Manakala satu lagi pihak di lead oleh Najib Razak dan kuncu-kuncunya...

Mahathir Mohamed kalo dapat jatuhkan Najib Razak... Pastinya akan memprojectkan anak dier sama ader sebagai Timbalan Perdana Menteri ataupon Menteri Dalam Negeri/Pertahanan... Tak pon akan diletak kat Menteri Kewangan... Jangan lu ingat Muhyiddin Yassin akan senang-senang duduk kat takhta PM melainkan sekadar boneka ja.... HAhaha

Kalo Mahathir Mohamed menang dalam perang nih... Lagi cepat Malaysia nih dijadikan milik peribadi... Dulu Mahathir Mohamed gunakan Daim Zainuddin untuk jadi proksi dier... Berapa banyak harta negara yang dah tukar hak milik.... Hahaha ... 

Kalo nak jatuhkan Mahathir Mohamed nih  kena pasang banyak strategi... Susah dan payah.. Amik masa banyak...

Tapi...

Tapi kalo Najib Razak yang menang dalam perang nih... Cukup senang nak kawal dan pegang dier nih... Sebab dier nih punya fail skandal cukup banyak dan mudah nak ejast... Liabiliti dier cukup jelas... Hahaha...

Sebab tue la gua start berkempen sokong Najib Razak.... Sebab dier nih lagi mudah nak kawal berbanding Mahathir Mohamed... Hahaha.. Najib Razak perlu kekal jadi PM... Sebab didepan Najib Razak aderlah Rosmah Mansor... Hahaha...

Ini ader satu tip gua nak kepohkan...

Kalo Mahathir Mohamed nak menang mengalahkan Najib Razak... Aper yang perlu Mahathir Mohamed buat aderlah lawat, ziarah dan mintak maaf ngan Nik Abdul Aziz Nik Mat... Itu ja... Hahahaha... Sure "Geng Ostad" dan "machai" kat dalam PAS akan sokong dan bantu Mahathir Mohamed mengalahkan Najib Razak.... Hahaha

19 January 2015

Berita Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Wan Junaidi nih bangang ker bijak? Sekali pandang nampak cam bijak... Tapi dua kali pandang memang terserlah kebangangannya... Aper dier ingat Hakim dan Mahkamah kat Australia tue boleh diperkotak-katikkan macam Hakim dan Mahkamah kat Malaysia ker?

Walaupun kat Australia tue banyak Kanggaroo.. Tapi... Tapi Mahkamah dier bukan Mahkamah Kanggaroo macam kat Malaysia... Hahhaa.. Nanti dari untuk secupak... Boleh rugi segantang... Hahaha... Mampuih... Habis semua terbocor nanti... Hahaha... Gua saspek Wan Junaidi nih agen Mahathir Mohamed la... Hahahaha ...

Aper-aper pon... Ahli Kabinet dan Menteri/Timbalan Menteri yang ader kat Malaysia nih memang bangang-bangang belaka... Sebab diundi naik jawatan oleh para pengundi yang bangang... Hahaha.... Hahaha....




18 January 2015

Bila Awang Selamat Sokong Hadi Awang ...

Bhai/DeeDee semua....

Hahahaha... Satu perkara yang diluar tabi'e dapat kiter lihat dan baca hari nih bila Awang Selamat sokong Hadi Awang untuk kekal memegang kuasa Presiden PAS.... Hahaha.... Best dan terbaek la mainan Awang Selamat nih...

Sure lepas nih pencacai PAS Ganu akan mula anggap Awang Selamat sebagai "saviour" dalam usaha Hadi Awang mengekalkan kuasa... 

Untuk pengetahuan... Gua tak terkejut kalo perwakilan PAS masa Muktamar nanti akan berbondong memilih Hadi Awang  kekal sebagai Presiden tanpa ader bantahan sikit pon... Sebab gua tau... Majoriti perwakilan yang ader nanti dalam Muktamar bukannyer jenis "looking forward" tapi jenis nak jaga periuk nasik masing-masing...

Perwakilan PAS dan UMNO sebenarnya samer jer level kapla otak... Pasai tue la susah nak berubah... Hahaha... Lantak pi lu orang ... Kekal akan kena kencing dek pimpinan sampai biler-biler... Hahaha




16 January 2015

Kasihan Betul

Bhai/DeeDee semua...

Semalam satu Jementah berbau "harum" ... Hahaha... Bau panggang... Bau khinzir terpanggang... Hangit pon ader.. Gua cukup kasihan dekat anggota Bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran kandang khinzir bagi menyelamatkan lebih 1000 ekor khinzir yang lain... Rasanya semua anggota Bomba nih aderlah berbangsa Melayu... Pastinya tidak dapat tidak pakaian mereka perlu di"sertu" selepas selesai tugasan memadamkan kebakaran..

Yang mati terpanggang hangus cuma 30 ekor sahaja.... 

Mesti ader yang menyebut perkataan "babi" berulang-ulang kali semasa memadamkan kebakaran... Kasihan ... Salut buat anggota Bomba... Mereka orang hebat...


15 January 2015

PDRM : Pelik Bin Ajaib

Bhai/DeeDee semua...

Kat bawah nih tetiba jer PDRM publish dua gambar tertuduh (Sirul Azhar dan Azilah Hadri) nih kepada public... Dah lebih 10 tahun rasanyer tak pernah publish... Tetiba hari nih PDRM publish... Why? Why?

Gua tak sempat tanya kengkawan di Jabatan "E" Bukit Aman... Nantila biler free...

Hehehe... Pelik bin ajaib la.... Memang sungguh pelik...




Aiyo... Australia tak kasik ekstrakdiksi la plak... Takkan la nak guna "hitman" kot?

P/S : Siapa agaknya yang belanja (sponsor) tambang Kapal Terbang dan kos sara hidup Sirul Azhar di Australia sejak Oktober 2014? Sebab gaji dier sebagai anggota PDRM bukankah sudah dan sedang digantung.

ISIS Dan Harga Minyak

Bhai/DeeDee semua...

Lewat malam semalam... Bos besar kat Agensi call gua... tanya khabar.... tanya biler mau turun KL .. lepak kat Opis.... Gua seperti biasa... gelak jer biler Bos besar cakap camnie.... sebab tawaran dier hari tue pon gua tak bagi kata putus.... tawaran untuk jadi trainer...

Hahaha... penat aaa buat kerja trainer nih.... tambah lagi ramai staff kat Agensi yang bekas anak didik gua dah pon level trainer.... kasi chan la diorang buat kerja tue... Gua nak relaks... gua nak rehat... Gua nak menulis.... hahaha

Bos besar tanya pandangan gua.... tentang ancaman dan arahan ISIS (IS) akan ader perang jihad kat seluruh dunia.... Hahaha.. gua cakap kat Bos besar.... aper hat tanya pandangan gua... bukannyer Bos besar tabley agak aper yang gua akan cakap.... Hahaha ... Bos besar kata ... sajer jer mau tau pandangan gua.... Hahaha...

Jadi gua citer panjang lebar ngan dier... ader la dalam 3 jam bersembang dalam tepon.....

So.... inilah pandangan gua....

SYRIA ..... kenapa Syria menjadi tajuk utama gua.... Hahaha... ini kerana aper yang "kunun"nyer berlaku di Syria ... "kunun" ader isu Sunni Syiah nih aderlah kerja-kerja haram jadah yang sengaja dibuat... Kononnya Presiden Syria bunuh dan serang warga Sunni..... giler aaa....

Ini semua kerana satu benda jer....

Semua kerana harga Minyak.... lu tarak percaya ka.... Ancaman dan Amaran ISIS pon semua berpaksikan kepada Minyak.... Hanya ader satu cara jer nak naikkan harga minyak mentah dunia.... takder cara lain... semuanya hanya boleh dilakukan dengan membuat (melakonkan) satu peperangan...

Ingat.. perang dunia pertama dan kedua.... kedua-duanya disebabkan oleh isu ekonomi... Macam mana zaman kemelesetan cuba diubah untuk menjadikan ekonomi lebih kuat... Lu orang jangan naif sangat... Ingat... masa perang Teluk dulu... berapa harga minyak mentah... ingat... masa perang Iran Iraq dulu... berapa harga minyak mentah dunia...

Wei... semua tue hanya kerana emas hitam... minyak... takder sebab lain....

So... dalam kes yang ader sekarang nih... dikala harga minyak dibawah paras USD50 setong..... sure takder jalan lain nak naikkan harga minyak melainkan dengan cara "melakonkan" satu peperangan... Itu ja caranya...

Harga minyak yang rendah nih baik untuk Amerika Syarikat mengenakan (mendajaikan) Russia dan Venezuela .... tapi... kalo harga minyak terlalu rendah... Amerika Syarikat pon tercungap-cungap gak... sebab dier kena support Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan beberapa negara lagi.... Tapi dikala minyak rendah nih.... China makin berkuasa....

So... pada pandangan gua... kemungkinan akan berlaku perang (lakonan) dalam masa kurang 5 tahun nih semata-mata kerana mahu menaikkan harga minyak dan menstabilkan ekonomi... So... bersedialah dengan kerja buat ISIS (yang gua pasti aderlah boneka CIA) diserata dunia...



Bos besar gua stuju ngan pandangan gua... dan dier punya pandangan pon lebih kurang samer macam gua gak... Aper pon... operatif Agensi skrang nih dok pantau ISIS nih .... sekadar pantau ja.... Hahaha

Ader paham ka???

P/S : Ingat kes Charlie Hebdo tue....  gua saspek itu semua kerja covert-ops ... sengaja mau triggerkan sesuatu....

14 January 2015

Bila EEE Menguasai PERKASA

Bhai/DeeDee semua...

PERKASA nih satu NGO yang betul-betul bodoh... Betul-betul NGOK ... pasai apa... Pasai saranan diorang yang mahukan pintu masuk kuil diarahkan mengikut kat mana ramai penduduk yang menganut Hindu... Giler aper... Ini kerja memalukan dan merosakkan nama baik Islam... Ini satu bentuk intimidasi... Rasulullah s.a.w tak pernah ajar buat benda macam nih...

Sebab... Nanti pasai statement bangang PERKASA macam nih membuatkan orang lagi membenci Islam... Maka akan dikatakan Islam itu agama yang teruk, ngarut dan sebagainya oleh mereka-mereka yang tak kenal apa itu Islam sebenarnya... sebab diorang nampak PERKASA itu macam Islam... Walhalnya... PERKASA tue memang memalukan Islam...

Bodohlah PERKASA nih...

Sebab tue la lagi ramai orang susah nak terima kesyumulan Islam... Sebab adernyer PERKASA yang bangang nih... Aper daaa...


Mamat EEE nih tak tau kat kat Banting cukup ramai orang Islam... Aper daaa... Ini memang kerja EEE... Sengaja cari gaduh.... Sejak zaman Raja Mandeliar lagie.... Muka dah sohih EEE...




HAHAHA

Hahaha ... Hahaha ... Hahaha ...




Geng Ustad tue... Hahaha ....

Sori la Tuan Hakim... Gua dah maleh nak hujah dah... Hahaha ... I rest my case la ... Hahaha


13 January 2015

Kenapa Gua Tak Komen?

Bhai/DeeDee semua...

Ader ramai orang tanya gua.... kenapa gua tak komen pasai Sharifah Sofea punya artikel ....  Sebab diorang kata artikel Sharifah Sofea berkenaan MH370 cukup viral dalam Internet..... Hahaha.... Gua cuma sekadar gelak ja....

Hahaha.....

Pada gua aaa.... kalu gua komen tentang artikel Sharifah Sofea tue.... ianya secara otomatik akan menyebabkan gua akan dilabelkan macam-macam.... Hahaha.... jadi terbaeknyer gua takder komen aper-aper artikel dier tue yang teramatlah mengarut dot com (ops... terkomen la plak) .... Hahaha

Jadi....

Kepada Sharifah Sofea dan para pengkagum dier.... sila jawab soalan gua nih.....

SOALAN: Pesawat MH370 sebesar 4 bas sekolah nih macam mana nak buat "terrain masking" pada ketinggian bawah 500 kaki (ketinggian radar awam) atau pada ketinggian 10 kaki (ketinggian radar tentera) dari paras laut untuk mengelak dan terbang sama ader ke Maldives / Diego Garcia atau ke Ukraine .... (opss... lupa gua yang citernyer telah berubah dari Diego Garcia menjadi ke Ukraine) tanpa terhempas dan tanpa mengeluarkan bunyi bising dan api enjin yang marak besar? siap cross Banjaran Titiwangsa tue .... hahaha  .... malah siap lalu kawasan bergolak yang penuh dengan radar dan sistem anti pesawat udara ... Puak Karen di Myanmar yang terlibat kendalikan ladang poppy pon ader sistem STINGER dan radar mobile...


Hahaha.... aper pon.... ader satu artikel Sharifah Sofia nih paling lawak..... ala... yang ader gambar-gambar satelit dan radar tue la..... Hahaha.... agak-agak la kalu nak sembang bab teknikal radar dan satelit nih Cik Puan ooi.... Hahaha....

By the way.... misi pencarian MH370 di pihak Agensi kini lebih kepada lokasi XXXXXXX di Asia .... sori aaa tabley nak citer ..... stakat itu ja yang gua dibagitau....

P/S : Kalu nak tau berapa tinggi 500 kaki tue.... hahaha... amik ja tinggi 6 hingga 8 batang pokok kelapa biasa yang dah berumur dalam 30 tahun



Isu Awam Isu Tentera

Bhai/DeeDee semua...

Untuk pengetahuan lu orang sumer... Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah dibawah kuasa YDP Agong namun Menteri Pertahanan la yang selalu memandai-mandai memainkan agenda manakala PDRM pula dibawah kuasa Menteri Dalam Negeri...

Kedua-dua cabang perkhidmatan ini tetap dibawah kuasa para Menteri Kabinet Malaysia... Yang mana kita semua maklum Menteri-Menteri nih memang jenis cilanat yang tak tau membezakan antara politik kepartian dengan agenda kenegaraan...

Bukanlah kedua-dua Menteri nih bodoh... Tetapi dek kerana bangangnya mereka bab berpolitik dan kenegaraan... Maka jadilah Malaysia nih macam nih... Maka jadilah ATM dan PDRM nih semacam budak suruhan yang takder akal sendiri nak pikir... Sungguh kasihan...

Sebab itulah maka tindakan ATM dan PDRM walaupun katanya tidak partisan... Tapi lebih mengikut telunjuk bangang orang politik... Takut tak bertempat... Mengikut arahan walaupun datang arahan bangang dari orang yang bangang.... Hahaha... Kesian...

Nasib baik la AGENSI (dimana gua pernah berkhidmat dulu) walaupun dibawah kuasa YDP Agong... Tapi memang tidak partisan... Malah pada "kitorang" ... Pegi mampus sama orang politik... tak kisah la belah mana... Dan semua urusan kitorang takder masa nak layan tuntutan orang politik... Ngarut... Stakat bagi laporan dan buat pemantauan boleh aaa... Lebih dari tue "pigi mampus" la...

So....

Orang politik nih memang lahanat... Semua tindakan mereka bukan untuk kepentingan rakyat dan negara... Tapi lebih kepada kepentingan politik dan perut mereka... 

Sebab itulah lu boleh tengok ATM, PDRM, Kehakiman, Pendidikan malah pelbagai agensi kerajaan Malaysia yang memang sohih mengikut telunjuk bangan orang politik yang dah sah bangang... Hahaha...

Nasib la lu dan gua jadi rakyat Malaysia... Hahaha... Tak dapat la nak nolong...

P/S : gua tak citer pasai Kerajaan Pusat ja aaaa.... Ader akai sure boleh paham aper yang gua maksudkan.... Hahaha

12 January 2015

Mahkamah Tentera Hilang Kredibiliti

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih hilang sudah kredibiliti Mahkamah Tentera.... Sure rakyat marhaen dapat lihat bagaimana kononnya Mahkamah Tentera impartial... Tapi lebih tunduk kepada telunjuk penguasa... Soalan yahg perlu ditanya.. Kenapa Mahkamah Tentera tidak memanggil SPR dan pembekal dakwat kekal dalam isu ini?

Lagi satu .... Memang telah terbukti yang dakwat itu tidak kekal.. Jadi kenapa ianya terus menjadi isu oleh ATM? Aderkah ianya sekadar nak jaga air muka Kerajaan Malaysia dan SPR?

Betul... Mejar Zaidi tidak memdapat kelulusan dari ATM sebelum dier mengeluarkan pandangannya.. Namun kenapa tidak wartawan media cetak dan elektronik yang memaparkan temubual itu yang patut dipersalahkan?

Aper-aper pon... Yang pasti Mahkamah Tentera kini  sudah jadi bahan lawak... Hahahaha...




05 January 2015

Idea Bangang Saekor Machai

Bhai/DeeDee semua...

Jangan ingat biler dah jadi ketua tue takkan jadi bangang dah... Kalo dah spesis bangang... Tetap akan sentiasa bangang... Samer gak kali dah level machai... Tetap akan kekal jadi machai... Hahahaha... Lawak siot... 

Gua tak tau la aper yang ader dalam kapla otak machai bangang saekor nih... Mungkin dalam kapla dier kosong ja... Kosomg.... Kosong... Hahaha ... Inilah contoh presiden kesstuan sekerja kat Malaysia nih... Patut la pon warga pekerja asik kena buli ja... 

Wei ahli kesatuan... Korang memang bodo kalu mengekalkan lagi presiden yang bangang macam nih... Tak kemana kesatuan sekerja boleh pergi... Level bangang macam nih yang pilih.. Patut la British mengharamkan Partai Buroh Malaya dulu... Pasai kalo tidak takder la jenis bangang camnie boleh dilantik ketuai Kesatuan Sekerja... Aiyo....

Ini betul-betul menghina Allahyarham bapak gua nih... Antara yahg terlibat mengasaskan budaya UNION (Kesatuan) dalam Malaya dan Malaysia dulu kala menggunakan gerakan Partai Buroh Malaya... Gua nampak CUEPACS nih jadi bangang nih semenjak dari penguasaan Zainal Rampak lagi... Ayah gua pernah berkata... Zainal Rampak nih tak layak lead UNION pasai dier golongan kapitalis... Dan setiap kali ader Zainal Rampak bagi komen bangang ja... Mesti ayah gua akan maki hamun si Zainal nih...

La nih satu lagi spesis bangang ader dalam UNION... hancur la UNION....



Samer macam idea machai mangkuk kat bawah nih... Idea nampak macam bijak.. Tapi rupanya bangang nak mampos... Hahaha... Nih gua nak bagitau machai nih... Daripada kutip nak bagi cukup RM260 juta... Baik mintak suami Shahrizat Jalil (duit NFC) bayar balik duit lembu sebanyak RM250 juta tue dulu... Itu lagi wajar...



Kenapa la bangang sangat machai-machai nih.... Hahaha ... Sebelum nak sembang pasai potong gaji kakitangan kerajaan nih... Sila pastikan takder ketirisan dalam pemerolehan kerajaan... Sapa yang luluskan kalo bukan pihak atasan... Kakitangan N17 mana borh buat keputusan luluskan bajet pemerolehan... Tue yang tiris tue pasai orang atasan kuat rasuah... Temgok ja kes Rafidah Aziz dan Shahrizat Jalil.... Aper cer...

02 January 2015

Ops Banjir : Kuala Krai / Tanah Merah / Manek Urai

Bhai/DeeDee semua...

Skrang gua berada di Tanah Merah... Ops Banjir untuk kawasan Kuala Krai / Tanah Merah / Manek Urai...

Tapi gua ikut team kengkawan yang dok bawak peralatan persekolahan... Hari nih aderlah hari pertama ekspedisi kitorang...









01 January 2015

Sori Aaa...

Bhai/DeeDee semua...

Dalam kekalutan tadi... Gua ader terdelete satu komen Anonymous yang "menibai" gua... Biasanyer gua takder delete lu orang punya komen... Tak kisah la aper isi komen lu orang.. Nak bodek ka... Nak maki ka... Nak belasah ka... Nak ugut ka... Nak hantam ka... Nak support ka... Atau komen-komen yang bersifat ilmiah... Gua tak kisah saper nak komen...

So...

Kepada sesiapa yang gua dah terdelete komen "dalam bahasa Ganu" tue... Yang penuh ngan ayat mengutuk dan mencabar tue... Sila tolong antar balik komen tue aaa... Nanti gua approvedkan untuk siaran... Tolong aaa...

Lagi satu... "Abang Utama" dalam komen lu tue saper aaa.. Aper cabaran dier aaa???

Choikin..... Hahahaha

P/S : Aper kelas jadik hero... Baik lagi jadi ostad sampul... Lagi banyak masyuk... Boleh berbini ramai... Hahahahahahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1