Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 January 2015

Mahkamah Tentera Hilang Kredibiliti

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih hilang sudah kredibiliti Mahkamah Tentera.... Sure rakyat marhaen dapat lihat bagaimana kononnya Mahkamah Tentera impartial... Tapi lebih tunduk kepada telunjuk penguasa... Soalan yahg perlu ditanya.. Kenapa Mahkamah Tentera tidak memanggil SPR dan pembekal dakwat kekal dalam isu ini?

Lagi satu .... Memang telah terbukti yang dakwat itu tidak kekal.. Jadi kenapa ianya terus menjadi isu oleh ATM? Aderkah ianya sekadar nak jaga air muka Kerajaan Malaysia dan SPR?

Betul... Mejar Zaidi tidak memdapat kelulusan dari ATM sebelum dier mengeluarkan pandangannya.. Namun kenapa tidak wartawan media cetak dan elektronik yang memaparkan temubual itu yang patut dipersalahkan?

Aper-aper pon... Yang pasti Mahkamah Tentera kini  sudah jadi bahan lawak... Hahahaha...




10 comments:

  1. Keputusan Mahkamah Tentera ini sungguh bagus. Dgn satu keputusan saja ia menunjukkan berapa busuknya sistem pengadilan di Mesia. Hakikatnya hak mengundi hak semua rakyat dewasa. Mejar bermisai ni bercakap pasal hak mengundi, hak sebagai rakyat, apasal TUDM pula sebok. Tak cukup malu ka ....asyik bawa orang shopping sana sini, radar pula dikatakan tak berapa nak cerap laluan mh370... Lagi pula SPR dah macam mengaku, selepas meroyan sekejap. Semua memain peranan dgn baik 'pi balek noreh la', pendakwa pula buboh lagi, 'dah kerja 20 tahun pun, tak paham2 lagi...bagi dia hukuman berrrat, ajar dia! Ajarrrr yg lain sama...jangan bagi muka.' Lantas jawab mejar kita 'See you in Allah's court'. Sini tak berapa jelas. Mungkin dia maksud Saadon & geng, mungkin dia maksud yg nak terkencing di sebalik tabir. Justeru kena berfalasapah sikit ~ on a clear day, you can see forever.

    ReplyDelete
  2. Itu baru isu dakwat kekal Mejar Zaidi sudah di dapati bersalah oleh mahkamah tentera. Mungkin tindakan yang sama akan di kenakan sekira nya ada pegawai pegawai yang takut kan ALLAH yang akan mendedah kan perbuatan mereka memangkah beribu ribu kertas undi kerana mengikut arahan pehak "ATASAN". Bukan kah salah laku ini sudah lama berlaku. Hendak nya akan muncul pegawai pegawai saperti Mejar Zaidi.

    ReplyDelete
  3. Sokong Mejar Zaidi 100%, inilah pegawai yg berani menegakkan kebenaran dihadapan pemimpin yg zalim spt dinyatakan oleh Rasullulah SAW. Semoga Allah berkati beliau serta keluarga dan murahkan rezeki..............................Amin.

    Abuamir

    ReplyDelete
  4. Amat bersimpati dengan nasib yang menimpanya...

    semoga tabah menghadapi dugaan ini...

    bhai...

    kawat tumpangan rasmi tentera tu apo ko bondo eh?

    ReplyDelete
  5. Hakim yg menjatuhkan hukum kpd Mejar Zaidi itu yang sabenar,dia menhukum mengikut script.Kalau tak ikut nanti soru miss,kerana dia bertuhankan kepada manusia.

    ReplyDelete
  6. Sayyidina Umar r.a. pernah berkata :

    " Aku bimbang datangnya hari dimana kaum kafir bangga dengan kebatilkan
    sedangkan kaum Muslimin malu dengan keiman mereka."

    ReplyDelete
  7. Hak mengundi dalam PRU adalah hak yang diiktiraf dan diperuntukkan dalam perlembagaan! Menyuarakan sesuatu yang benar @fakta berhubung hak individu yàng berkaitan dengan kepentingan awam sepatutnya dianggap sebagai satu tugas murni sebagai warga yang bertanggungjawab! Mungkin Mejar Zaidi telah dihakimi oleh panel yang berpandangan 'juling' dan fikiran ' bantut' ? Sedari awal lagi pendakwaan terhadap Mejar Zaidi digerakkan menerusi wahyu politik yang sedar bahawa 'political awareness' dikalangan tentera perlu dibonsaikan! Dengan khidmat yang cemerlang tanpa masalah disiplin selama 26 tahun, mengapa tidak dibeei amaran sahaja? Mesti ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada semua warga tentera...! Ini yang saya rasa dan persepsikan.. semoga lebih banyak Mejar Zaidi ujud dalam semua cabang tentera! Hanya tentera dengan kualiti ini saja mampu menjaga maruah dan pertahanan negara! Teringatkan Lt.Kol. Gregorio 'Ringgo' Honassan dalam Tentera filipina yg memimpin gerakan menjatuhkan rejim diktator Marcos!..

    ReplyDelete
  8. hakim2 tu sebenarnya telah menempah tempat mereka dineraka. korg nafikan keadilan kpd dia. biar Allah swt saja yg ajar kamu tentang keadilan dipadang masyar.

    ReplyDelete
  9. kesalahan yg paling serius apabila anggota tentera tersebut menjual rahsia negara dan mengambil rasuah ...tu yg paling serius...kalu setakat melaporkan ketidaktelusan pun hakim kata kesalahan yg paling serius....mmg hakim tu kita doakan dia diberi pertunjuk sebagaimana allah memberi pertunjuk kepada firaun...

    ReplyDelete
  10. Merepekla pilot tu...padan muka. Masa sign contract waktu lantikan dulu tak baca betul betul undang undang tentera. Ingat nak makan gaji government sedap sedap. Ikutla disiplin tentera. Kalau semua anggota tentera dibiar buat sesuka hati dalam politik awam jadi thailand la kita.. takde disiplin punya pulot. Kalau kat mahkamah allah pun dia salah. Dah sign contract. Ingat akad tu suka suka. Akad nikah pun 'binding' dunia akhirat tau...bangang punya pas.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja