Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label JPAM. Show all posts
Showing posts with label JPAM. Show all posts

23 December 2022

At Least Lar

Bhai/DeeDee semua...

At least lar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.... At least lar...

Walaupun ianya takkan dapat merubah kecaman menjadi pujian... tapi paling kurang dia mengaku kesalahannya... 

Nasib baik Ahmad Samsuri Mokhtar nih berani berdepan dengan wartawan... Kalu dier buat ketegaq macam Abdul Hadi Awang macam mana?? Hahaha..


Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.

Malah dia juga mengakui tidak ad sebarang alasan untuk dia tidak bersama-sama mereka dalam tempoh yang kritikal itu.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal saya tak terhingga saya kerana tak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 haribulan," katanya.

Naib presiden PAS itu juag mengakui apa saja alasan yang diberikan, ia tidak dapat membetulkan keadaan serta ketiadaannya di negeri terbabit sebelum ini.

21 December 2022

Banjir Makin Meruncing

Bhai/DeeDee semua...

Banjir kali ini sangat meruncing... lebih 70 ribu orang telah menjadi mangsa... Banyak rumah yang rosak malah ada yang ranap dan hilang sama sekali dibawa arus banjir yang melanda.... NADMA nampaknya agak kelam kabut juga nak menghadapi keadaan banjir kali ini..

Banyak tempat yang sebelum ini tak kena banjir telah dinaiki air banjir...  Ada bandar yang lumpuh terus... Keadaan agak membimbangkan...

Satu part yang gua nampak kegagalan untuk menangani masalah bekalan makanan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mana ianya juga terlibat dilanda banjir... ada PPS yang tenggelam dalam air banjir...

Okey... dari apa yang gua nampak... adalah persediaan kita dalam menghadapi banjir yang berlaku pada setiap kali musim tengkujuh... Contoh nyata... kita kekurangan gudang (warehouse) untuk bekalan mangsa banjir (terutamanya bekalan makanan) yang berselerak di semua kawasan... dengan ada banyak pusat bekalan... maka jarak yang diambil untuk menyalurkan bantuan akan singkat dan pendek... Ini memudahkan urusan logistik semasa banjir melanda...

Gua berpandangan... sudah cukuplah kita menyediakan bekalan makanan untuk mangsa banjir secara konvensional... seperti bekalan beras, minyak masak, tepung, gula, makanan dalam tin dan barangan basah.... sudah cukup la.... kita kena beralih kepada menyediakan bahan makanan dalam bentuk pek Makanan Sedia Dimakan (Meals Ready To Eat @ MRE) untuk memudahkan pengurusan dan pengedaran serta penyediaan makanan...

MRE boleh bertahan dalam jangkamasa yang agak lama ... 1 hingga 3 tahun... dan ianya agak mudah untuk dikendalikan dan disimpan... jadi kalu nak consume MRE nih cukup senang.... Ianya dalam pek yang kecil dan ringan... sesuai untuk bahan makanan seorang dua dalam satu pek...

Dengan cara ini... kita dapat memudahkan proses logistik dan pergudangan (warehouse)...

Semoga NADMA dapat menggunakan teknik ini dimasa akan datang...  Apa pun banjir kali ini adalah satu ujian buat Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke 10 untuk mengendalikannya... dan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri untuk tanganinya....


Jumlah keseluruhan mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri meningkat kepada 71,208 orang malam ini berbanding 66,718 orang petang tadi dengan Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Di KELANTAN, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 31,311 orang malam ini berbanding 26,630 orang petang tadi dan sebanyak 139 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Di TERENGGANU, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa menunjukkan penurunan malam ini selepas hanya 484 orang daripada 113 keluarga ditempatkan di lima PPS berbanding 873 orang daripada 214 keluarga petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa turut berkurangan dengan tinggal 48 mangsa di PPS malam ini berbanding 53 orang petang tadi susulan penutupan sebuah PPS iaitu Balai Raya Kampung Kuala Paya, Segamat, pada jam 6 petang tadi menjadikan hanya dua PPS beroperasi di daerah berkenaan.

Di PERAK, jurucakap Sekretariat JPBN menyatakan 54 orang daripada 17 keluarga kekal di dua PPS malam ini membabitkan daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

20 December 2022

Allahuakbar.. Kasihannya ...

Bhaii/DeeDee semua...

Tragedi Batang Kali nih memang kritikal... ramai yang terlibat... ramai mangsa.... even dah sampai hari ke 5 pun masih tak jumpa lagi sembilan (9) mangsa.... Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang melibatkan tapak perkhemahan Father's Organic Farm telah menyebabkan 24 orang maut setakat ini... dan ini adalah insiden yang terbesar di Malaysia... insiden ke 4 melibatkan mangsa yang ramai...

Apa pun... gua salute kat Agensi yang terlibat... terutamanya Bomba, PDRM, JPAM, ATM, Hospital dan banyak lagi....  Salute juga buat skuad Anjing Pengesan K9 yang bertungkus lumus cuba mengesan mangsa selama 24 jam setiap hari...

Paling sedih bila membaca berita Pengarah Bomba Selangor (Norazam Khamis) pula telah tumbang.. kerana keletihan melampau dan stroke ringan... Allahuakbar... kasihannya...

Semoga Allah Taala berikan kekuatan dan penyelesaian bagi kejadian tragedi Batang Kali nih.... dan harapnya semua mangsa dapat ditemui dengan segera....

Aamin Ya Rabb



18 December 2022

Tragedi Batang Kali : Bukan Salah Sesiapa

Bhai/DeeDee semua..

Dalam tiga hari nih gua dah dengar macam-macam naratif... macam-macam cerita.. macam-macam teori... macam-macam kajian la... Huhuhu

Dan paling celaka sekali ada pihak yang menuduh ini salah pihak itu... itu salah pihak ini... adoilah...

Bencana Alam bhai... takder sapa yang mintak benda nak jadi.. takder sapa boleh agak apa yang akan berlaku... takder sapa yang boleh jamin kalu ader SOP pon takkan benda macam nih dah terjadi... Ini semua suratan takdir... Dah Allah Taala tetapkan itu musibahnya... itu kematiannya... itu pengakhiran hayat seseorang tue...

Kita jangan nak memandai-mandai menjadi penghukum... kita jangan memandai-mandai menjadi hakim bagai.... benda camnie kita jangan salahkan sesiapa...  

Apa yang perlu kita buat adalah selesaikan musibah nih... cari dan jejak serta uruskan jenazah dan mayat mangsa... ini kerja utama... kerja S.A.R .... Dan kemudian.. kita sediakan satu guideline untuk pengukuhan jalanraya dan tebing bukit tue... dan kita kena pastikan semua struktur jalan yang mengikuti laluan lereng bukit mesti dipastikan selamat dan kukuh...

Dan akhirnya.... kita kena rancang dan buat solusi untuk SOP atau apa-apa undang-undang yang berkaitan...

Sekarang nih... kita kena fikirkan 2 minggu lagi sekolah akan dibuka... dan SJKC tue akan kekurangan tenaga pengajar... dan kita kena setelkan isu berkaitan itu dan kesan trauma terhadap ahli keluarga mangsa, guru-guru dan murid-murid semua...

Ini masanya lah kita semua membantu SJKC Mun Choong dalam masa musibah dan episod kelam nih...

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun...
Semoga Allah Taala merahmati, mengehsani dan mengampunkan segala dosa mangsa yang terlibat dan memasukkan mereka kedalam syurga atas asbab Syahid Kecil nih...

Allahuakbar.... Aamin Ya Rabb






22 February 2013

BN Dapat Tambahan Undi Sebanyak 622292

Bhai.... Lu tau kan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia)... wei... diorang ader 622292 ahli la stakat nih.... dan skarang diorang akan dimobilasikan sepenuhnya untuk tujuan dan kepentingan BN... Lu tarak percaya ker.... hahahaha... jangan riso bhai... nih gua dedahkan...

Maklumat nih gua dah dapat dalam tiga empat hari sudah... tapi gua belum nak publishkan... sebab nak tengok sejauh mana benarnya benda nih... rupanyer JPAM sendiri yang kasik kecoh isu nih... hahaha...

So ... lu tengok la maklumat nih aaaa..  (errr... harap ini bukan dibawah OSA) .... hahaha ....










KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan memastikan kira-kira 640,000 anggota yang layak termasuk anggota sukarelanya di seluruh negara menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata pada ketika ini jabatan itu sudah mula memantau, mengenal pasti dan melihat senarai status setiap anggotanya dalam memastikan mereka menunaikan hak masing-masing.

"Kita juga perlu bantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan anggota dan sukarela kita sendiri turun dan laksanakan tanggungjawab mereka dalam usaha menambah undian dalam kalangan sukarelawan ini.

"Mungkin orang politik, macam ketua bahagian dah panggil dah...Kita hanya bantu sahajalah untuk pastikan anggota kita tidak terkecuali dari berbuat demikian (mengundi)," katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya semalam.

Ketika ditanya mengenai tugasan jabatan itu ketika berlangsungnya pilihan raya, Selamat berkata JPAM tidak meletakkan sesuatu jumlah anggota yang tetap untuk mengawal perjalanan pilihan raya namun ia membuka bilik gerakan di setiap daerah yang beroperasi 24 jam.

"Nak kawal semua tempat memang kita tak mampu. Cuma kita siap sedia letakkan anggota kita dalam jumlah yang ramai di kawasan yang 'panas' untuk bantu mengawal di pusat-pusat mengundi. Kita ada 12,000 anggota sukarela yang aktif (seluruh negara), yang boleh dikerah dalam masa sejam sekiranya terdapat sebarang kecemasan, bencana atau memberi bantuan dalam proses pilihan raya.

"Macam tempat yang panas pun, kita dah boleh ramalkan lebih awal sebab ada Cawangan Khas (SB) polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ada maklumat awal mengenai keadaan di sesebuah kawasan," katanya.

Pasukan penyelamat JPAM memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

JPAM terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri dan melaksanakan tugas di bawah Akta Pertahanan Awam 1951, akan menyambut ulang tahun ke-61 pada 24 Mac depan yang dirai setiap tahun dalam sambutan Hari Pertahanan Awam Malaysia.

19 February 2013

622292 ???

Bhai.... Aper maksud nombor yang gua jadikan tajuk tue... 622292 .... Aderlah itu nombor telefon awek... Aderkah itu tarikh lahir... Aderkah itu bilangan nilai duit... Aderkah itu...... Jeng... Jeng... Jeng...

Tunggu.... Watch this space... Gua nak makan nasi air dulu.... Hahaha... Nanti gua sambung lagi aaaa.... Hahaha

Sekadar selingan.... Hahaha... Sedap wei makan nasik air campur keropok kepinh nipis yang dipecahkan masuk dalam nasik air..... Hahaha


Okeh... Okeh... Sudah selesai makan... Hehehe... Alhamdulillah.... Syukur atas rezeki yang Allah beri... Walaupun gua tak dapat RM3000 sebulan sebagai blogger (kononnya lar) .... Hahaha

Okeh... Berbalik kepada angka 622292 tue... Ianya adalah bilangan anggota JPAM yang sekarang nih sedang berkhidmat... Tapi gua terperasan ader maklumat sampai melalui emel... Jadi gua semak... Pergh.. Seramai itu anggota JPAM yang ader... Dan semua itu boleh mengundi..

Aper kena mengena nih... Setakat nih... Maklumat yang gua dapat nih menunjukkan bahawa anggota JPAM akan digunakan untuk membuat culaan mengundi... Mengenalpasti arah sokongan.. Dan akan memastikan ramai yang akan keluar mengundi..

Malah dalam satu dokumen yang bertanda RAHSIA tue gua dapat lihat planning psyops psywar yang akan disediakan... Serta juga agenda "touch point" diorang... Senang citer ... Lagi dah dekat nak PRU13... Anggota JPAM akan dikerahkan buat kerja amal bakti... Terlibat dengan kenduri kendara... Repair rumah yang uzur... Malah sampaikan program tahlil pon ader....

Hebat kan aaaaa agenda BN nih... Lu bayang kan la... BN sudah confirm dapat undi sebanyak 622292 undi... Yang lagi best tue... Bilangan anggota teramai terletak di Pahang... Aper ader di Pahang aaaa...

Hehehe... Sejauh mana maklumat ini tepat gua masih mengkaji dan menyemak... Kalu konfirm betul... Gua akan publihkan... Hahaha .... Kepada yang menyalurkan maklumat tue... Terima kasih daun keladi bunting.... Lain kali boleh bagi lagi sekeping... Hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1