Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Drone. Show all posts
Showing posts with label Drone. Show all posts

01 August 2024

Ini Memang Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah,,,, sebijik macam perangai Anwar Ibrahim... kencing orang awam yang bodo boleh la...

Sapa percaya cakap Amerika nih... sama macam spesos yang percaya apa yamg Rafizi dan Anwar katakan pasai formulta turun harga minyak petrol la.... Hahahaha....

Sapa percaya penafian Amerika nih memang la bodo macam WalaNON


29 April 2023

Zaman Ada Drone Ni

Bhai/DeeDee semua...

RTM kata 3000 kehadiran... Malaysiakini kata ader 10000 kehadiran... Media lain gua tatau la depa bagi jangkaan pengunjung berapa ramai...

Gua ... gua tatau mana yang betul....

Tapi itu la... zaman ada drone nih... takkan la takdak shot dari atas tunjuk berapa ramai pengunjung.... Hahaha... takkan la kan.... tak pon gambar dari tingkat paling atas Hotel.... hehehe... itu paling cikai la...

Setakat la nih gua belum jumpa lagi kat mana-mana ader gambar shot dari atas.... 

Hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S

Betui ka?


18 December 2022

Tragedi Batang Kali : Bukan Salah Sesiapa

Bhai/DeeDee semua..

Dalam tiga hari nih gua dah dengar macam-macam naratif... macam-macam cerita.. macam-macam teori... macam-macam kajian la... Huhuhu

Dan paling celaka sekali ada pihak yang menuduh ini salah pihak itu... itu salah pihak ini... adoilah...

Bencana Alam bhai... takder sapa yang mintak benda nak jadi.. takder sapa boleh agak apa yang akan berlaku... takder sapa yang boleh jamin kalu ader SOP pon takkan benda macam nih dah terjadi... Ini semua suratan takdir... Dah Allah Taala tetapkan itu musibahnya... itu kematiannya... itu pengakhiran hayat seseorang tue...

Kita jangan nak memandai-mandai menjadi penghukum... kita jangan memandai-mandai menjadi hakim bagai.... benda camnie kita jangan salahkan sesiapa...  

Apa yang perlu kita buat adalah selesaikan musibah nih... cari dan jejak serta uruskan jenazah dan mayat mangsa... ini kerja utama... kerja S.A.R .... Dan kemudian.. kita sediakan satu guideline untuk pengukuhan jalanraya dan tebing bukit tue... dan kita kena pastikan semua struktur jalan yang mengikuti laluan lereng bukit mesti dipastikan selamat dan kukuh...

Dan akhirnya.... kita kena rancang dan buat solusi untuk SOP atau apa-apa undang-undang yang berkaitan...

Sekarang nih... kita kena fikirkan 2 minggu lagi sekolah akan dibuka... dan SJKC tue akan kekurangan tenaga pengajar... dan kita kena setelkan isu berkaitan itu dan kesan trauma terhadap ahli keluarga mangsa, guru-guru dan murid-murid semua...

Ini masanya lah kita semua membantu SJKC Mun Choong dalam masa musibah dan episod kelam nih...

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun...
Semoga Allah Taala merahmati, mengehsani dan mengampunkan segala dosa mangsa yang terlibat dan memasukkan mereka kedalam syurga atas asbab Syahid Kecil nih...

Allahuakbar.... Aamin Ya Rabb






19 March 2015

Airborne Warning And Electronic Control System (AWAEC)

Bhai/DeeDee semua...

Gua terpanggil untuk membicarakan isu berkaitan keperluan mendesak TUDM untuk mendapatkan pesawat "Airborne Warning And Electronic Control System" @ AWAECS berbanding untuk membeli dan menggantikan pesawat BBJ bagi keperluan YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia... Pertamanyer... BBJ milik TUDM untuk kegunaan VVIP tue bukanlah suatu pesawat yang uzur dan terlalu mendesak dari segi penyenggaraannya... Tapi lebih kepada hendak menunjukkan gaya kepada negara luar...

Sedangkan keperluan pesawat AWAECS bagi kegunaan TUDM amatlah mendesak tambah lagi dengan keluasan perairan dan wilayah yang dimiliki oleh Malaysia... Sesebuah radar statik yang berada didaratan amatlah terhad kawasan liputannyer... Dan ini telah terbukti dalam senario biasa dimana pesawat MH370 dikhabarkan tidak dapat dikesan dengan pantas dan tuntas.. Bagi orang biasa, mereka ingat radar yang ada dimiliki oleh pihak ATM dapat mengawal keseluruhan ruang udara Malaysia, tetapi bagi yang tahu... Diam-diam jer la sudeyy.. Hahaha

Sekitar tahun 2000 gua ader terlibat dengan sebuah syarikat berkaitan pertahanan dimana kami telah membuat beberapa kertas cadangan untuk memperkasakan TUDM dengan kemudahan AWAECS... Malah ianya telahpun dibawa ke peringkat atasan dimana kemudahan ini akan dibangunkan secara dalam negara (in-house)... Namun pihak STRIDE telah memintas kertas cadangan kami dengan mencadangkan projek tersebut dibangungkan oleh pihak SAPURA.. Dari apa yang kami tahu, SAPURA tidak ada kepakaran untuk membangunkan sistem AWAECS sementelah kertas cadangan pertama kami (projek C4SIR) yang disailang oleh mereka pun gagal dibangunkan oleh SAPURA sehingga ke hari ini walaupun khabarnya ratusan juta ringgit yang disediakan oleh Kementerian Kewangan telah hangus tanpa ada hasil yang boleh dibanggakan....

Aper pon walau kami terkilan atas kegagalan kami untuk membekalkan kemudahan AWAECS dan C4SIR kepada TUDM/ATM ... Atas sebab projek tersebut telah disailang... Kami tetap juga membuat cadangan dan kertas kerja bagi projek RECONNAISANCE menggunakan unmanned DRONE yang mempunyai sensor yang terbaek.. Tapi yang ini jugak disailang oleh pihak tertentu yang akhirnya dibekalkan oleh syarikat EAGLE AIRCRAFT (agak kelakar biler pesawat drone yang disedikan oleh EAGLE AIRCRAFT aderlah pesawat EAGLE standard yang diubahsuai) dan bukannyer seperti yang sepatutnya...

Jadi... Atas dasar ini gua tetap mengatakan bahawa kegagalan TUDM untuk mendapatkan pesawat AWAECS sebenarnya berpunca dari sikap pimpinan atasan TUDM dan ATM yang terlalu kuat membodek dan salahguna kuasa.... Sebab itulah dana yang sepatutnya dibelanjakan untuk kemudahan AWAECS telah disonglap untuk kegunaan VVIP.... hahaha... Padan muka.. Jangan nak kecoh la...

Untuk projek "armed drone" kali nih... Gua dan kengkawan takmo nak jual kepada TUDM/ATM tetapi kami akan jual kepada pembida terbaek... Even kalo Singapore nak beli pon kami akan jual... Hahaha

P/S : BTW... Walaupun projek AWAECS dan C4SIR gagal, kami masih lagi membangunkan teknologinya dan berharap dalam beberapa tahun lagi kami akan dapat mempamerkan kemudahan AWAECS dan C4SIR buatan tempatan pada mana-mana pameran pertahanan bersekali dengan pekakasan "armed drone"

27 February 2015

Minda Kreatif : Dahir Insaat & Charleen

Siri Minda kreatif minggu ini sekadar ingin memperkenalkan sistem peperangan masa depan iaitu sistem "Drone" dan sistem "Fire and Forget". Peralatan ini sudah lama ada dan tidak mustahil ianya diperkembangkan dalam masa yang terdekat.

Persoalannya. 

Bilakah ATM Malaysia akan membangunkan sistem seperti ini? Apakah STRIDE mempunyai perancangan sebegini?

Untuk pengetahuan anda, khabarnya Tuan C++ dan beberapa "kroni" nya sedang membangunkan sistem sebegini sejak 3 tahun kebelakangan ini menggunakan senjata berkaliber 7.62 mm di sebuah lokasi milik persendirian tidak jauh dari Gemas.

Group Admin
CipanTapirTenuk.Blogspot





31 December 2014

Cerita Disebalik Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Kalo MH370 ..... orang banyak sabitkan kehilangannya dengan kargo Manggis dan Bateri Lithium Ion yang dibawa.... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa akses akaun Kapten Zaharie di MAS digodam 10 hari sebelum insiden sehingga dia terpaksa request akses yang baru.

Kalo MH17.... orang banyak sabitkan dengan peluru berpandu bumi ke udara BUK .... walhalnya takder saper yang nak tanya kenapa pesawat tue kena tembak dengan peluru AMRAAM dari satu pesawat Drone milik USA pada jarak lebih 150km dari ketinggian 40 ribu kaki dari kawasan ruang udara pantai Ukraine

Kalo QZ8501... orang banyak sabitkan dengan isu awan Comulus Nimbus (CB) ..... walhalnya takder saper nak tanya kenapa pesawat yang terbang laluan antarabangsa terbang dibawah paras standard 35 ribu kaki...... iaitu pada 32 ribu kaki sahaja.....

Ini semua ader cerita disebalik cerita.... the untold stories.....

Kalo MH370 dikatakan terjunam dalam laut.... elok plak takder pecah satu benda pon... takder debris takder serpihan.... takder mayat... takder signal ELT/Emergency Beacon ....... hebat...

Kalo MH17 dikatakan ditembak oleh BUK seperti yang ramai percaya pada mulanya.... hahaha... kenapa takder smoke trail bagi peluru berpandu tue yang boleh dilihat sejauh 10 hingga 20 km pada cuaca baik..... sepatutnya smoke trail nih akan ader sekirang-kurangnya 10 minit diudara.... macam kalu kiter lihat pesawat terbang lebih 35 ribu kaki.... mesti ader smoke trail...

QZ8501 terhempas.... ader serpihan... ader mayat... ader kesan...... mungkin pesawat A320 tidak sekuat dan setahan Boeing 777-200 .... hahaha....

Giler kentang aaaa...... itu sebab gua dari awal lagi kata...... karut ja cerita nih....  Takziah kepada keluarga mangsa...... kesian semua jadi bidak catur....

Baca SINI dan SINI



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1