Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

21 December 2022

Banjir Makin Meruncing

Bhai/DeeDee semua...

Banjir kali ini sangat meruncing... lebih 70 ribu orang telah menjadi mangsa... Banyak rumah yang rosak malah ada yang ranap dan hilang sama sekali dibawa arus banjir yang melanda.... NADMA nampaknya agak kelam kabut juga nak menghadapi keadaan banjir kali ini..

Banyak tempat yang sebelum ini tak kena banjir telah dinaiki air banjir...  Ada bandar yang lumpuh terus... Keadaan agak membimbangkan...

Satu part yang gua nampak kegagalan untuk menangani masalah bekalan makanan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mana ianya juga terlibat dilanda banjir... ada PPS yang tenggelam dalam air banjir...

Okey... dari apa yang gua nampak... adalah persediaan kita dalam menghadapi banjir yang berlaku pada setiap kali musim tengkujuh... Contoh nyata... kita kekurangan gudang (warehouse) untuk bekalan mangsa banjir (terutamanya bekalan makanan) yang berselerak di semua kawasan... dengan ada banyak pusat bekalan... maka jarak yang diambil untuk menyalurkan bantuan akan singkat dan pendek... Ini memudahkan urusan logistik semasa banjir melanda...

Gua berpandangan... sudah cukuplah kita menyediakan bekalan makanan untuk mangsa banjir secara konvensional... seperti bekalan beras, minyak masak, tepung, gula, makanan dalam tin dan barangan basah.... sudah cukup la.... kita kena beralih kepada menyediakan bahan makanan dalam bentuk pek Makanan Sedia Dimakan (Meals Ready To Eat @ MRE) untuk memudahkan pengurusan dan pengedaran serta penyediaan makanan...

MRE boleh bertahan dalam jangkamasa yang agak lama ... 1 hingga 3 tahun... dan ianya agak mudah untuk dikendalikan dan disimpan... jadi kalu nak consume MRE nih cukup senang.... Ianya dalam pek yang kecil dan ringan... sesuai untuk bahan makanan seorang dua dalam satu pek...

Dengan cara ini... kita dapat memudahkan proses logistik dan pergudangan (warehouse)...

Semoga NADMA dapat menggunakan teknik ini dimasa akan datang...  Apa pun banjir kali ini adalah satu ujian buat Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke 10 untuk mengendalikannya... dan Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri untuk tanganinya....


Jumlah keseluruhan mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri meningkat kepada 71,208 orang malam ini berbanding 66,718 orang petang tadi dengan Kelantan dan Terengganu terus merekodkan peningkatan bilangan mangsa.

Di KELANTAN, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 31,311 orang malam ini berbanding 26,630 orang petang tadi dan sebanyak 139 PPS dibuka membabitkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.

Di TERENGGANU, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 39,311 orang daripada 10,937 keluarga berbanding 39,108 orang daripada 10,735 keluarga petang tadi.

Sebanyak 304 PPS beroperasi di kesemua lapan daerah di negeri itu dengan Besut merekodkan seramai 9,225 mangsa, Kemaman (8,573 mangsa), Hulu Terengganu (6,375 mangsa), Setiu (4,988 mangsa), Dungun (4,005 mangsa), Kuala Terengganu (2,545 mangsa), Kuala Nerus (1,839 mangsa) dan Marang (1,761 mangsa).

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan bilangan mangsa menunjukkan penurunan malam ini selepas hanya 484 orang daripada 113 keluarga ditempatkan di lima PPS berbanding 873 orang daripada 214 keluarga petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa turut berkurangan dengan tinggal 48 mangsa di PPS malam ini berbanding 53 orang petang tadi susulan penutupan sebuah PPS iaitu Balai Raya Kampung Kuala Paya, Segamat, pada jam 6 petang tadi menjadikan hanya dua PPS beroperasi di daerah berkenaan.

Di PERAK, jurucakap Sekretariat JPBN menyatakan 54 orang daripada 17 keluarga kekal di dua PPS malam ini membabitkan daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

6 comments:

  1. Gua ada pengalaman banjir besar di kelantan 2014..Memang giler kalau nak ingatkan balik..Keluar selamatkan diri waktu air di paras dada/leher,dengan arus deras nya.Semoga allah permudahkan urusan saudara kita di pantau timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan cadangan admin , kita kan telah sediada makanan tentera yang boleh digunasama utk waktu kecemasan , mungkin boleh dikerahkan bekalan makanan tentera dihantar ketempat2 yang amat memerlukan.

      Delete
    2. Persatuan Nelayan Kawasan Muar ... Yer betul... kita manfaatkan teknologi dan kemudahan yang kita dah memang sedia ada... kita permudahkan.

      Delete
    3. Cip lupa nak bagi tahu..Ulas lah sikit video viral artis Malaysia Pablo Amirul yang bagi tahu Ex speaker art harun pengikut ajaran sesat millah abraham..Lepas tu dia kata art harun supply perempuan pada ahli politik

      Delete
  2. Setuju Bro, MRE sama seperti ICE dalam telepon, kita peduli bila berlaku bencana. Banjir saban tahun tapi kita bias pada projek untuk tahan banjir. Jika boleh kita nak tahan hujan atau monsun. Idea supaya ada MRE, komunikasi kecemasan seperti CB set, tidak popular.

    Orang dulu dulu buat rumah bertiang, sekarang kita lebih selesa duduk atas tanah, klise !

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1