Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

27 December 2022

Kekangkungan Professor Ikut Musim

Bhai/DeeDee semua...

Ramai Professor di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia nih selalu sangat media elektronik (TV/Internet) dan media cetak (Akhbar) suka panggil dan beri peluang untuk kemukakan pandangan mereka...

Dan setiap kali pun ... mesti akan ramai Professor yang dapat peluang camnie... Setiap kali dapat peluang pun... akan terserlah kekangkungan Professor nih semua... dan kekangkungan Professor ini akan ikut musim...

Kalu musim kali itu condong kepada pemerintah yang itu... maka semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke situlah... begitulah kalu pemerintah pulak berubah... dan semua dapatan, pandangan serta analisis dari Professor Kangkung ini akan condong ke dasar pemerintah yang baru...

Professor Kangkung nih semuanya takdar tulang belakang... takder analisis yang kekal... takder yang pegang pada pandangan dier sendiri.... Kangkung yang sama... tapi lain-lain condongnya... pening... 

Patutlah IPT Malaysia takder hasil yang boleh dibanggakan diperingkat dunia dan antarabangsa... Takder research yang benar-benar bermutu yang akhirnya menjadi produk yang dipakai diseluruh dunia... Sekadar research syok sendiri dan mengabiskan dana jer...

HAMPEH aaa....

Bodek lah selagi boleh...

Berdasarkan penulisan dibawah ini yang ditulis oleh Professor Kangkung....  gua gelak besar... Sendiri tulis dan beri persoalan... tapi sampai kesudah semua penulisan pun tiada jawapan... Adoilah buat penat baca jer ulasan Professor Kangkung .... Jenuh...

Secara ringkas, hipotesis menteri ialah dengan keanjalan permintaan yang lebih tinggi, kenaikan harga akan mendorong kepada pengurangan permintaan dan tindakan ini akan menyebabkan penurunan harga berlaku atau setidaknya meredakan kenaikan harga makanan.

Setidak-tidaknya ada dua persoalan perlu dijelaskan, permintaan apa dan permintaan siapa?

Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

Ini membawa kepada persoalan kedua-permintaan siapa? Siapakah yang akan menanggung beban mengurangkan permintaan ini?

Siapakah yang perlu mengorbankan permintaan sedia ada? Si kaya atau si miskin? Saranan ini menjadi polemik.

Ulasan Professor Kangkung


p/s: Takkan ader rakyat yang nak pergi semak satu-satu pasaraya atau kedai nak bandingkan harga baru melakukan pembelian barang .. semua itu meningkatkan kos kepada rakyat... kos bahan bakar kenderaan @ minyak petrol ... sapa nak tanggung semua tu?? Kerajaan nak tanggung ke????

Kerajaan pon berkira bab subsidi bahan bakar....

5 comments:

  1. Tak paham gua apa persoalan yg bhai maksudkan. Lebih kurang 30 tahun takde persatuan2 pengguna yg anjurkan boikot produk2 dan peniaga2 yg jelas amik untung berlebihan. Contohnya di cameron dan langkawi melampau2 mahalnya. Di negara2 luar persatuan2 pengguna kerap menganjurkan boikot ke atas produk2 dan peniaga2 yg jelas tamak. Tiap2 tahun sebulan kita puasa bhai aper ada hal. Bila ada pak menteri secara muslihat anjur boikot dan tak semestinya ayam gua sokong 100%. Pekilang2, pengimpot, orang tengah dan peniaga di negara kita ni bhai sifat amanah majoriti ke laut. Ini pendapat gua la dan gua bukan totok ph.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat gua tulis... lu ader baca ke tak??? Adoilah... huhuhu

      Delete
    2. Ada baca bhai. Pening arr dgn keanjalan, andaian, permintaan kekal rendah, harga rendah dan sapa yg patut tanggung si kaya atau miskin. Polemik3. Gua pikir mudah je, kalau apa produk2 melampau2 mahal dari kos sebenarnya boikot je lah. Peniaga2 ni keanjalan mereka sangat tinggi dan cerdik2 belaka. Depa ni kiri kanan depan belakang semua boleh.

      Delete
  2. Dia kata..

    Dengan "andaian" semuanya kekal sama, penurunan dalam permintaan yang berpunca dari kenaikan harga (tertakluk kepada keanjalan) akan menyebabkan harga yang lebih rendah dan jumlah permintaan yang dapat dipenuhi juga akan menjadi lebih rendah.

    Tapi dia lupa, siapa boleh kawal harga pembekal ! Atas kertas nampak mudah, permintaan, keanjalan, penawaran lah. Mari masuk industri, kita tengok sejauh mana hebatnya teori teori kangkung ini.

    ReplyDelete
  3. Keanjalan harga lebih berpaksikan kpd permintaan dan pengeluaran yg dimanifestasikan oleh pembolehubah yg dipengaruhi oleh gunatenaga serta bahan mentah melibatkan keanjalan tukaran wang asing serta dominasi pengeluar dalam pasaran global. Analysis subjektif ini tidak dapat dihuraikan dgn pemahaman biasa krn penulis ini pun tak faham apa yg dituliskannya. KehKehKeh

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1