Bhai/DeeDee semua...
Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...
Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha
Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena...
Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe
Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.
Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).
Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.
Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka.
Kenapa negara kita penuh dengan orang yang tamak kuasa,kaki rasuah,penjilat? Kena sumpahan mahsuri juga ke
ReplyDeleteBakal pesara level TURUS ni patut bersyukur dan nikmati persaraan,Pencen jalan macam biasa, bukan nya pencen hangus.
ReplyDeleteKenapa dipecat sahaja? Sepatutnya jika ada melakukan rasuah atau salah guna mereka patut disiasat dan dakwa jika ada kes. Sekarang mereka cuma dipecat tapi dapat simpan hasil korupsi berjuta ringgit. Di mana keadilannya?
ReplyDelete