Hahahaha ... Gua gelak besar... HAHAHAHA
Apa puak-puak Walanon dan Bangsa Slurpp nak bekap Ramesh Rao lepas nih ... Hahaha ... dulu macam-macam statement keluar... kali nih apa mau cakap lagi... HAHAHAHA
Seorang pemimpin gerakan pro-BN yang dikenali ramai kerana pelbagai tindakannya termasuk membuat laporan polis sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri, hari ini menjadi pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi.
Mengumumkan pelantikan tersebut, Ahmad Zahid berkata Ramesh Rao dipilih sebagai sebagai pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Ramesh Rao mengetuai Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) yang kerap membuat laporan polis terhadap pengkritik kerajaan semasa Najib menjadi perdana menteri.
Salah satu insiden yang membabitkan Ramesh ialah menganjurkan sidang media untuk balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, bagi memohon maaf kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.
Ia dibuat sebagai memberi gambaran bahawa pasangan terbabit tidak ada sebarang kaitan dengan kematian suaminya yang juga dikenali sebagai PI Bala.
Ramesh dituduh membayar Selvi untuk sidang media tersebut namun dinafikan mereka berdua.
Feb tahun lalu pula Ramesh didakwa di mahkamah kerana mengaitkan hakim perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd - yang membabitkan Najib - dengan Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum itu dia mendakwa hakim berkenaan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mahathir.
Gua tengah dinner Khao Phao Kung Keng hampir hampir tersembur. Ha ha ha.
ReplyDeleteGua pun nak kena pindah ke Serambi Mekah di Gorontalo lah. Khabarnya kat sana tidak ada Hoi Hoi Ya Hoi
Apa pulak agenda depa nih?
ReplyDelete