Dari dulu lagi gua selalu bercerita tentang benda nih... Tentang bagaimana Pejabat Tanah memang menjadi lubuk rasuah sejak dari dulu lagi... Keluarga gua ader pengalaman ini... begitu juga dengan beberapa keluarga lain yang gua pernah kenal dan bertanya...
Majoriti pekerja di Pejabat Tanah adalah orang Melayu... dan orang Melayu dikatakan beragama Islam...
Tapi... di Pejabat Tanah la lubuk utama rasuah.... dari pembantu am rendah (PAR) sampailah ke jawatan paling tinggi... ramai yang terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah.... nak cari fail pun kalu tak hulur alamatnya berjanggut la berulang alik ke Pejabat Tanah...
Karut...
Bab tetiba ader geran tanah yang berubah pemilikan tue dah biasa.... paling gua terkejut tengok adalah... ada yang sengaja hilangkan (atau tak hantar) surat bayaran cukai tanah kepada pemilik (tambah lagi bilamana pemilik ada yang buta huruf)... last-last tanah tu di batalkan pemilikan hanya kerana tak bayar tunggakan cukai tanah.... dan banyak lagi kes-kes pelik dan ajaib berlaku di pejabat tanah...
Dalam satu kes yang keluarga gua alami... permohonan tanah secara berkelompok oleh orang kampung yang telah dibuat lebih 40 tahun (siap diteroka untuk tanaman kontan) tidak dikira langsung... tetapi didahulukan permohonan dari sebuah syarikat komersial yang ada kaitan dengan orang politik (masa tu dari UMNO) walaupun permohonan ini hanya dibuat tak sampai 1 tahun lamanya ... terhadap satu tanah yang sama....
Macam sial jer kan... huhuhu ... pegawai pejabat tanah hampir kesemuanya Melayu... tapi rasuah paling teruk berlaku di pejabat tanah...
Selama kira-kira 50 tahun, Sandramadi Adaikan berkali-kali naik turun tangga di pejabat tanah Raub dan mahkamah demi mendapatkan 0.2 hektar tanah pusaka bapanya.
Kini di usia 91 tahun dia percaya penat jerih itu akan berakhir tidak lama lagi.
Dia akhirnya dapat menyaman pentadbir Tanah Daerah Raub dan pengarah tanah dan galian atas dakwaan menceroboh dan membenarkan pencerobohan terhadap tanahnya.
Dia menuntut pengisytiharan sebagai pemilik yang sah hartanah itu.
Dia mendakwa sebahagian tanahnya diceroboh pihak ketiga, walaupun Sandramadi terus menetap di situ.
“Saya tidak akan mati sebelum status tanah yang diberikan kepada bapa saya ini selesai,” katanya.
Dia menyatakan kegembiraannya kepada panel hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara mengundi supaya kes itu dibicarakan.
“Saya bukan tunggu sehari dua tetapi 50 tahun bersama anak-anak saya untuk dapatkan balik tanah ini,” katanya.
Gue sangat sangat setuju..
ReplyDeleteYeah.... hehehe
Deleteeemmm..sama lerrr....80tahun usaha mintak geran..g ulang alik pjbt tanah...di tolak sana ditolak sini..p pjbt tanah dia kata pnb punya kuasa,p pnb ckp pjbt tanah daearah yg urus..masuk paper,panggil org polituk,semua wayang(UMNO).LAST² kilang cina yg dpt geran..semua CASH IS KING..p..ki punya pejabat tanah..
DeleteMohon tanah kat tg tualang ke bhai?
ReplyDeleteParit... tanah kat Parit
DeleteLu mana tahu. Hj bawang kata Cina la punca rasuah
ReplyDeleteMana ada orang Cina yang kerja kat Pejabat Tanah di Marang atau Kuala Terengganu.... hahaha....
DeleteKat Marang... yang bagi rasuah adalah Melayu... yang makan rasuah adalah Melayu ... kat Pejabat Tanah...
Pelik aaa... camana Al Marangi tahu ader Cina yang bagi rasuah... walhal takdak Cina kat Marang...