Bhai/DeeDee semua...
Persoalan yang kini terbentang depan mata kita semua ialah... Mampukah Ahmad Zahid Hamidi kekal bertahan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi...
Tekanan dari pihak berhaluan kiri dalam UMNO yang menyalahkan Presiden UMNO (Ahmad Zahid Hamidi) atas kekalahan teruk UMNO pada PRU15. Suara-suara yang menekan agar Presiden UMNO itu meletakkan jawatan sebenarnya semakin hari semakin kuat. Malah mereka juga menjalankan kempen secara senyap di belakang tabir kepada akar umbi....
Kita dapat lihat tekanan dan desakan ini kian membarah dalam UMNO...
Ikut plan asal... Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 memang dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember 2022.. yang pernah ditangguhkan beberapa kali kini ditangguhkan lagi ke 11 hingga 14 Januari depan, menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menerusi perkongsian di laman Twitternya, Ahmad berkata penangguhan itu disebabkan tarikh asal PAU 2022 dalam tempoh cuti sekolah."Oleh kerana 21 hingga 24 Disember waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan yang ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat, maka Perhimpunan Agung UMNO adalah ditangguh. Notis PAU 2022 akan dihantar secara rasmi tidak lama lagi," katanya.
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 November memutuskan PAU 2022 diadakan pada 21 hingga 24 Disember.
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???