Baru-baru nih Kerajaan Belanda pimpinan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte meminta maaf secara rasmi di atas penglibatan selama 250 tahun Belanda dalam perhambaan, menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.
Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas perhambaan di koloni-koloni seberang laut Belanda berakhir termasuk Surinam di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan kepulauan Caribbean seperti Curacao serta Aruba.
Ratusan tahun mereka terlibat dengan perhambaan... biasa la penjajah... tak terkejut pun kita..
Tapi... ratusan tahun lamanya di Tanah Nusantara nih... para pemimpin lokal... dari kalangan Raja-Raja, Sultan, pemimpin tempatan dan bangsawan pun terlibat dengan perhambaan... Ada banyak rekod sejarah sama ada dari penulisan pengembara / peniaga / penulis tempatan mahupun dari kisah lisan rakyat tempatan... Perhambaan sesama bangsa (Melayu terhadap Melayu)... Yang kaya, berharta dan berkuasa menekan yang miskin papa kedana...
Malah dalam banyak kes... hanya kerana hutang secupak beras yang tak mampu dilangsaikan.. habis satu keluarga dari si datuk sampailah ke cucu menjadi hamba... tak kira yang lelaki mahupun perempuan... Terdapat juga kes ibu yang mengandung pun menjadi hamba sampaikan bayi yang baru lahir pun ditakrifkan sebagai hamba...
Kalu hamba yang perempuan... muda pulak tue... memang jadi mangsa perlakuan seksual oleh si pemilik (si pemberi hutang).. Ini dah jadi biasa... nak marah dan melawan??? alamat matilah kena tikam dengan keris atau lembing... dan kes bunuh nih takkan di angkat hukum oleh pemerintah sebab hamba tak dikira sama taraf dengan manusia... Pada puak-puak bangsat nih... hamba lebih rendah darjatnya dari binatang...
Nak tebus hutang secupak beras bukanlah boleh dengan membayar sekadar dua cupak beras... tapi dalam banyak keadaan lebih dari itu... Kalu ada tanah atau rumah.... habis semua dirampas tapi hutang secupak beras tetap tak habis juga...
Ada yang mungkin akan kata benda nih berlaku sebelum kedatangan Islam di Nusantara....
Hahaha... yer betul.... memang berlaku lama... lebih 800 tahun dulu.... tapi sesudah kedatangan Islam pun tetap benda nih tak berubah... Boleh semak Hikayat Abdullah Munsyi tentang perkara nih.... Gua tak kisah perhambaan dibuat oleh bangsa lain... tapi gua kisahkan perhambaan yang dibuat oleh bangsa gua sendiri... Bangsa Melayu kepada bangsa Melayu jugak....
Perhambaan di Tanah Melayu (Malaya) nih cuma dihapuskan oleh Penjajah British pada 1915.... semasa adanya Residen Inggeris JWW Birch masih hidup.... Sebelum tue selamba jer perhambaan tu mendarah daging dalam budaya Melayu...
By the way... Sultan Mahmud yang mangkat di julang pun ada hamba budak lelaki yang menjadi pemuas nafsu songsangnya.... rekod sejarahnya ada.... korang kena la gali... takkan semuanya nak kena suap.... LEMAH betul lar...
Huhuhu....
At least Belanda meminta maaf juga.... Pemimpin dan bangsawan Melayu ader pernah minta maaf ker??? Bangsat betul kan...
P/S ... Kepada yang nak bekap Pemimpin dan Bangsawan Melayu nih ... cuba lah semak... mana la tau keturunan korang pun dulunya hamba gak... nasib baik la British hapuskan perhambaan di Tanah Melayu pada 1915.
*** Dilaporkan Raja Muda Yusof pernah mencurahkan air panas ke atas badan hamba perempuannya dan meletakkan sarang semut merah ke atas badannya kerana cuba melarikan diri daripada tuannya. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 61)
*** Sultan Abdullah mempunyai hamba yang dijadikan pelacur dan menerima bayaran 10 sen sehari. Sumber pendapatan Sultan dan pembesar bergantung kepada hamba samada dari segi melaksanakan kerja yang menjadi pendapatan tuan atau bekerja dan pendapatan itu dikongsi dengan tuan mereka. - Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press. (Halaman 115)
*** Haji Hawah mempunyai 8 orang wanita muda dan 4 wanita dewasa. Mereka tidak deberikan pakaian dan makanan, dan mereka mesti membahagikan pendapatan mereka dengan tuan mereka. - S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press (Halaman 55)
berkaitan:
BIBLIOGRAFI
Andaya B.W & Andaya L.Y (1983). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillian Publishers,
Azmah Abdul Manaf (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Burns P.L (1971). Papers on Malays Subjects. London: Oxford University Press.
Cowan. C.D (1970). Tanah Melayu: Kurun kesembilan Belas asal usul penguasaan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ducker W.J. & S. Jackson J. (2001). The World History: volume two: since 1500. California: Wadworth/Thompson Learning
Gullick J.M (1978). Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhammad Yusoff Hashim (1990). Kesultanan Melayu Melaka: kajian beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ooi Keat Gin (edt). Volume I (2004). Southeast Asia (A-G): A Historical Encyclopedia from Angkor Watt to East Timor. Library of Congress Cataloguing in Publication Data
Parkinson. C. N, (1964). British intervention in Malaya 1867-187. Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Sadka. E. (1968). Protected The Malay States (1874-1895). Kuala Lumpur: The University of Malaya Press.
Sivachandralingan Sundara Raja (2002). Sejarah Eropah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor.
S. Patrick. (1982). Social Relation of Dependence in a Malay State: Nineteenth Century Perak. MBRAS. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Williameson. J.A. (1944). The Evolution of England. London: Oxford University Press.
“Kerajaan Belanda dan Netherlands memikul tanggungjawab di atas penderitaan besar yang berlaku kepada rakyat jelata yang dijadikan hamba serta keturunan mereka."
“Kita yang hidup di dunia ini dan pada masa ini, hanya dapat mengesahkan perbuatan perhambaan ini berlaku dan mengutuknya dalam terma yang sejelas-jelasnya sebagai jenayah kemanusiaan,”
Jangan lupa sistem padi kunca bhai padi kunca. Mcm lah filem mat kilau konon2nya mempertahankan agama, bangsa dan negara. Memang jilaka pengarah syamsul yusuf yg mengkomersilkan kisah mat kilau yg fakta jauh ke laut demi duit. Poorah lah. Bukan je di tanah melayu bhai kat tanah minang pun sama bhai. Cer baca karya marah rosli dan hujjatul hamka. Kalau takde nama wan, meor, megat, syed, tengku besar kemungkinan nenek moyang dulu hamba.
ReplyDeleteItu yang gua maksudkan.... depa lupa...
DeleteThanks atas saranan karya Marah Rosli dan Hamka tue... nanti gua baca...
Sejarah Malaysia Gua lemah. Gua berasal selatan Thailand.
ReplyDeleteTakpa... takpa...
DeleteSejarah Malaysia gwa jahanam. Gwa berasal "London Paris New York" & sekarang Kediri (GG Surya 12 btg)
ReplyDeleteMmg dari dahulu lagi rakyat adalah hamba kepada payung kuning- hamba pacal yg hina. Mereka boleh buat apa sahaja ikut nafsu mereka, hamba tetap kena patuh tanpa persoalan. Kemudian dari era kuasa penuh payung kuning bertukar kpd era umn* pula, sekali lagi melayu jadi hamba kpd elit/bangsawan melayu di era moden. Syukur bila PH menang pd PRU14, era perhambaan semakin pudar, kini melayu mula menjadi hamba kpd lebai2 sesat pulak. Hakikatnya melayu masih terkongkong dgn jiwa hamba cuma bertukar jenis Tuannya. Bilalah jiwa melayu akan merdeka dari sifat2 hamba agaknya? Dari tuannya payung kuning, kpd tuan org putih, kpd tuan umn* dan skrg kpd lebai2 yg dianggap mcm mullah iran pulak. Merdeka yg sebenar-benarnya dari segi fizikal dan mental - pemikiran yg merdeka dibawah naungan Illahi.
ReplyDeleteAbuamir