Kita sedia maklum akan apakah hasil PRU15 yang baharu selesai beberapa minggu sudah... Dan kita kita telah mendapat keputusan kerusi Parlimen Padang Serai dan Tioman...
Kita letak tepi dulu sentimen kepartian yang menebal dalam diri kita dan kita lihat impak yang berlaku dalam konteks yang lebih meluas dan menyeluruh... Payah kita nak nampak kalu kita masih taksub dengan sentimen kepartian.
Okay... Walau apa pun tafsiran dan pandangan korang tentang strategi yang digunapakai oleh PAS dan BERSATU dalam Perikatan Nasional... itu semua sekadar akademik jer... sebab Perikatan Nasional (PN) telah berjaya memperlihatkan bahawa mereka adalah saingan sebenar bagi Barisan Nasional (BN)... Malah bukan sahaja itu... Perikatan Nasional juga telah berjaya mengekang penguasaan Pakatan Harapan (PH).
Kita semua tahu yang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sentiasa membawakan naratif yang sama seperti sebelum ini.. tapi Perikatan Nasional (PN) telah lebih berjaya membawa naratif Melayu dan Islam. Itu yang pasti..
Perikatan Nasional (PN) berjaya meresapkan politik mereka kedalam sanubari orang-orang kampung dan sub-kampung.... serta juga berjaya dalam percaturan di kawasan bandar... Sedikit demi sedikit kemaraan yang telah dibuat oleh mereka... Nak kata PAS itu tersangat kuat tidak lah benar ... malah nak kata BERSATU itu kuat pun tak benar juga... Tapi tengok macam mana mereka berjaya menguasai Undi18 ...
Jadi apa yang berlaku sebenarnya?? Mampukah Perikatan Nasional mengambil alih beberapa lagi pemerintahan di peringkat Negeri? Mampukah Perikatan Nasional mengambil alih Negeri Sembilan? Tiada siapa yang tahu buat masa nih...
Tapi dengan sentimen dan naratif yang sedang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) ianya tidaklah sesuatu yang mustahil... Gelombang ini walaupun asalnya dilihat seperti riak yang kecil,... pastinya boleh mengganggu gugat tebing yang kukuh dan utuh... semuanya boleh roboh...
Apa pun.... ditambah pula dengan sentimen protes dan boikot dari dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)... ianya bukanlah sesuatu yang mustahil... walaupun ini langka... huhuhu
No comments:
Post a Comment
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???