Derma, agama dan bisnes dizaman PKP..
Ramai hairan tajuk rencana saya kali ini..Kita digegarkan kontrovesi baru2 ni berkenaan kebebasan tuk derma dan kebebasan tuk langgar undang2 ketat tuk gerak merentas negeri oleh 1 "INSAN MULIA"..Perlu ingat ia, tanpa apa2 kekebalan,kuasa politik atau jawatan kerajaan, Insan mulia ni mampu mendapatkan kuasa luarbiasa tuk bergerak setiap pelusuk negara malah ke balai polis tanpa apa2 sekatan atau amaran..
Semua elok....Ya niatnya baik..Tapi sedarkah anda bagaimana alasan semudah derma boleh digunakan tuk gerak negeri demi negeri....Ingat tak berita ahli parlimen Cheras terpaksa merunggut tak mampu edarkan makanan di kawasannya sendiri kerana sekatan MKN dan tunggu arahan dari pihak berkuasa..Maka bagaimanakah Insan Mulia ni begitu kebal sehingga jelajah 1 Malaysia???
Ya,siap masuk rumah demi rumah..lawat balai polis demi balai..Hospital demi hospital..Seolah2 lesen derma diperolehi bersama lesen bergerak tanpa sekatan dikala pergerakan ahli politik pun disoal..
Ingat ye ,ini arahan MKN..Kuasa terkuat negara ni dikala bencana..Arahan MKN sudah digazet di parlimen..Apa2 arahan MKN tidak boleh dilanggar sama sekali kecuali arahan khas yg darurat..Namun disini alasan derma dgn mudah patahkan arahan MKN ni tanpa sekatan..Ironinya dipahamkan melalui jemputan terakhir insan mulia ni ke bukit aman 2 3 hari lepas, maka jelas insan mulia ni takde kebenaran secara bertulis dari MKN..Ini logik krn jika ada ,maka buat apa dipanggil tuk siasat?
Sekarang kita pergi ke dalam lagi dan menyingkap apa yg telah berlaku..Untuk saya niat derma baik..Tak kira apa motif dibaliknya..Malah saya alu alukan dan puji..Tapi saya tergerak tuk kongsikan rahsia disebaliknya tuk kita semua paham..Kerana saya suka jika derma berasaskan perniagaan dijalankan tanpa libatkan agama..Sebabnya mudah..Saya cukup benci penunggang agama..Agama bermakna ikhlas..Urusan kita dan pencipta..Jgn sesekali gunakan tuk perniagaan..Jika nak derma, hanya derma..Its simple as that..Itu sebabnya saya menulis rencana ni sekarang..
E-Commerce
Baiklah apa kaitan e-commerce dgn derma dan topic ini..Jika kita kaji derma ada 2 jenis..1 dgn duit sendiri dan 1 dgn duit sumbangan.Disini kita lihat duit sendiri digunakan..Hebat bukan..Bila duit sendiri digunakan,pasti ada 2 sebab..1 tuk kepuasan diri dan 1 tuk keuntungan dan kepuasan diri..
Apa yg terjadi disini ialah perniagaan dan kepuasan diri..Kaji dimana Insan Mulia ni dapatkan duit dulu..Ye..Baru ramai sedar disebalik kontrovesi iaitu duit tu dari poket dia..Baru org sedar dia ada restauran..Baru org sedar dia tulis buku..Baru juga org sedar Youtube menjana berjuta2 tuk dia..Tunggu ye..Kenapa baru org sedar semua ni hanya selepas kontrovesi muncul??Kenapa tak sedar awal2??Ikuti terus rencana ni ye.
Bila saya sentuh Youtube dan cafe serta penerbitan bukunya, anda harus paham bahawa semua ni memerlukan iklan..Semua ini memerlukan sokongan org ramai..Lebih ramai sokong, lebih untung dia dapat jana..Kurang sokong maka tiada untung..Disini kita lihat bagaimana E Commerce digunakan sebaik mungkin insan mulia ni ye..
Untuk tarik perhatian org kearah kekayaan yg dijana dari E Commerce dari social media spt Youtube ,syarat utama ialah anda perlu famous, kedua perlu disayangi ramai..Ketiga perlu menjana simpati dan keempat perlu nampak berjaya..Nampak tak bagaimana ke4 faktor ni berjaya dicapai dlm sebulan ini?
Disini ke4 faktor ni berjaya dicapai secara berperingkat..
Peringkat 1
Bina profolio dan tahap keterimaan dikalangan pegawai dan penguatkuasa agar Insan Mulia ni mampu gerak bebas melanggar arahan MKN..Untuk capainya dia mulakan derma ke hospital dan kemudiaan ke pegawai2 yg jaga sekatan2 jalanraya dan terakhir di balai polis sendiri..Lihat bagaimana Insan Mulia ni dgn bangga menunjuk 1 malaysia dia kebal melawat balai polis sehingga pegawai2 menunggunya spt VIP..Bila video ni tersebar, adakah anggota2 yg bermandikan peluh di sekatan2 jalanraya tergerak tuk menahan dan menyoal insan mulia ini???Namun tuk capai kekebalan ni dia perlu memulakan derma diantara pegawai2 dan kerajaan dulu dan ini fasa pertama..
Peringkat ke 2
Disini perlu tarik perhatian 1 Malaysia dgn wujudkan kelainan..Derma ke tahfiz atau madrasah atau org Islam derma ke Islam adalah pekara normal sesama Islam..Malah di bulan Ramadan biasa je permandangan ini..Ini bukan berita atau iklan..Yg jadi berita dan iklan ialah apabila Insan Mulia wujudkan sensasi lawat Sami Hindu di Kuil tuk derma makanan dan lawat perkampungan Cina tuk derma makanan dan wang sekali..Lihat ye..Derma wang dan makanan sekali biasa saya nampak bila jumpa Cina saja..Jarang saya nampak bila jumpa bangsa lain..Ini tuk menawan hati kaum cina yg amat hargai dan sambut derma2 yg disertai wang ringgit atau ang pau..Bagi kaum lain yg lain sekadar beras sudah memadai seolah2 amat besar tuk mereka.
Peringkat 3
Disinilah kontrovesi bermula..Lihat ye..Dlm mana2 filem pun kena ada seorg penjahat dan perlu ada plot dan klimaks..Baru filem tu laku..Baru lengkap..Disini seorg villain muncul soalkan dermanya..Villain ni sebenarnya tak berjaya..Bukan kaya..Vilain berkopiah ni dah cuba tapi gagal dlm usahanya menarik perhatian org dlm aktiviti perniagaan agamanr.....Maka disini villain muncul kembali tanpa kena mengena..agak pelik kerana masakan dia tak sedar tindakan dia bakal mengundang kebencian dan bakal hancurkan masa depan dia dlm bisnes jual agamanya???Ya..dia sedar tapi dia buat juga..Kenapa?Yes he is part of this e-commerce..Dlm filem villain tak muncul tanpa sebab dan tanpa habuan..Maka perlukan saya jelaskan lagi???
Maka diwujudkan 1 keadaan yg unik untuk villain ini masuk iaitu kembali hanya ketika Insan Mulia ni mula derma kepada org Melayu Islam...Dicari penerima derma paling daif dan dia jumpa saat terbaik..
Kemudian villain ni masuk dan berjaya meletupkan nama Insan mulia ni dgn mulut busuknya..Simpati bercurah2 dan kali ni dari cina dan india tuk Insan Mulia Islam sekali dikala jarang situasi ini berlaku..Juga lihat ye,masa letusan konflik ni berlaku, kita dijelaskan punca kekayaannya sekali dan didedahkan channel youtube,facebook dan juga cafenya sekali..Complete kan???
Simpati org ramai seluruh malaysia dah ada..Sayang dah ada..Nama perniagaan cafe yg perlu disokong org ramai pun dah diiklankan..Tontonan dan sbscribe Youtube pun meletup..Melebihi pula subscriber youtube gamer terkaya di Malaysia..Nampak???Kali ni subcriber dia bukan lebai2 atau dikalangan org islam saja..Malah yg tak caya agama,hindu, christian dan cina juga turut sub channelnya..Lepas PKP pasti semua akan lawat cafenya malah beli buku2nya sekali.
So lepas capai segala target perlu ada exit atau jalan keluar...Takan nak derma sampai kiamat??So tetiba adalah org report polis kononnya langgar MKN..Dia dia jemput pula ke Bukit aman dan seterusnya dia berjaya cipta klimaks dan keluar secara aman damai dan dengan alasan kukuh..Maka disini dia keluar dgn kasih sayang dan simpati membuak2...Pelik kan..Kenapa ada laporan polis dan polis jemput hanya selepas villain masuk, jadi konflik dan last2 klimaks berakhir di bukit aman..🤣🤣🤣..Derma leh je buat dari tempat dia...Contact jabatan kebajikan dan pass je apa2 yg nak pass..Negara ni baling batu je jumpa org miskin..betul tak??Takan hanya nak derma klu leh pass ikut tangan sendiri dan masuk youtube???
Bisnes kapitalis moden??
YES, its a classic bussiness..Saya paham kerana saya pun berniaga dan saya pun seorg kapitalis..Saya pernah menjadi sales director syarikat multinasional mewakili lebih 20 negara di Asia dan saya memahami undang2 kapitalis dgn jelas..Mungkin ramai tak paham ilmu ini dan saya tergerak tuk jelaskan..Sebabnya 1..Saya cukup benci libatkan agama tuk menjana apa2 keuntungan..Just keep religion away..Tu saja..
Trust me..Kat sini tiada ahli perniagaan berlumba2 tuk mencari pahala apabila dia sudah gunakan agama tuk jana keuntungan....This world is about making money..Nothing happen kalau takde pulangan.
Saya puji perniaga yg berjaya malah saya puji creativiti dia menjana keuntungan diketika ramai peniaga menderita..Namun jgn sesekali libatkan agama ketika anda kejar keuntungan kerana bila agama digunakan tuk tujuan ini,kita telah sendakan Pencipta kita dan kesucian roh dan tujuan agama itu dicipta dan diturunkan kepada manusia di dunia ni..Sekian
***Cerita ini hanya khayalan semata2..Tak libatkan nama atau mana2 mahkluk..Jika ada persamaan maka ia hanya kebetulan..