Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

25 April 2020

Derma, Agama Dan Bisnes Di Zaman PKP..

Derma, agama dan bisnes dizaman PKP..

Ramai hairan tajuk rencana saya kali ini..Kita digegarkan kontrovesi baru2 ni berkenaan kebebasan tuk derma dan kebebasan tuk langgar undang2 ketat tuk gerak merentas negeri oleh 1 "INSAN MULIA"..Perlu ingat ia, tanpa apa2 kekebalan,kuasa politik atau jawatan kerajaan, Insan mulia ni mampu mendapatkan kuasa luarbiasa tuk bergerak setiap pelusuk negara malah ke balai polis tanpa apa2 sekatan atau amaran..

Semua elok....Ya niatnya baik..Tapi sedarkah anda bagaimana alasan semudah derma boleh digunakan tuk gerak negeri demi negeri....Ingat tak berita ahli parlimen Cheras terpaksa merunggut tak mampu edarkan makanan di kawasannya sendiri kerana sekatan MKN dan tunggu arahan dari pihak berkuasa..Maka bagaimanakah Insan Mulia ni begitu kebal sehingga jelajah 1 Malaysia???

Ya,siap masuk rumah demi rumah..lawat balai polis demi balai..Hospital demi hospital..Seolah2 lesen derma diperolehi bersama lesen bergerak tanpa sekatan dikala pergerakan ahli politik pun disoal..

Ingat ye ,ini arahan MKN..Kuasa terkuat negara ni dikala bencana..Arahan MKN sudah digazet di parlimen..Apa2 arahan MKN tidak boleh dilanggar sama sekali  kecuali arahan khas yg darurat..Namun disini alasan derma dgn mudah patahkan arahan MKN ni tanpa sekatan..Ironinya dipahamkan melalui jemputan terakhir insan mulia ni ke bukit aman  2 3 hari lepas, maka jelas insan mulia ni takde kebenaran secara bertulis dari MKN..Ini logik krn jika ada ,maka buat apa dipanggil tuk siasat?

Sekarang kita pergi ke dalam lagi dan menyingkap apa yg telah berlaku..Untuk saya niat derma baik..Tak kira apa motif dibaliknya..Malah saya alu alukan dan puji..Tapi saya tergerak tuk kongsikan rahsia disebaliknya tuk kita semua paham..Kerana saya suka jika derma berasaskan perniagaan dijalankan tanpa libatkan agama..Sebabnya mudah..Saya cukup benci penunggang agama..Agama bermakna ikhlas..Urusan kita dan pencipta..Jgn sesekali gunakan tuk perniagaan..Jika nak derma, hanya derma..Its simple as that..Itu sebabnya saya menulis rencana ni sekarang..

E-Commerce

Baiklah  apa kaitan e-commerce dgn derma dan topic ini..Jika kita kaji derma ada 2 jenis..1 dgn duit sendiri dan 1 dgn duit sumbangan.Disini kita lihat duit sendiri digunakan..Hebat bukan..Bila duit sendiri digunakan,pasti ada 2 sebab..1 tuk kepuasan diri dan 1 tuk keuntungan dan kepuasan diri..

Apa yg terjadi disini ialah perniagaan dan kepuasan diri..Kaji dimana Insan Mulia ni dapatkan duit dulu..Ye..Baru ramai sedar disebalik kontrovesi iaitu duit tu dari poket dia..Baru org sedar dia ada restauran..Baru org sedar dia tulis buku..Baru juga org sedar Youtube menjana berjuta2 tuk dia..Tunggu ye..Kenapa baru org sedar semua ni hanya selepas kontrovesi muncul??Kenapa tak sedar awal2??Ikuti terus rencana ni ye.

Bila saya sentuh Youtube dan cafe serta penerbitan bukunya, anda harus paham bahawa semua ni memerlukan iklan..Semua ini memerlukan sokongan org ramai..Lebih ramai sokong, lebih untung dia dapat jana..Kurang sokong maka tiada untung..Disini kita lihat bagaimana E Commerce digunakan sebaik mungkin insan mulia ni ye..

Untuk tarik perhatian org kearah kekayaan yg dijana dari E Commerce dari social media spt Youtube ,syarat utama ialah anda perlu famous, kedua perlu disayangi ramai..Ketiga perlu menjana simpati  dan keempat perlu nampak berjaya..Nampak tak bagaimana ke4 faktor ni berjaya dicapai dlm sebulan ini?

Disini ke4 faktor ni berjaya dicapai secara berperingkat..

Peringkat 1
Bina profolio dan tahap keterimaan dikalangan pegawai dan penguatkuasa agar Insan Mulia ni mampu gerak bebas melanggar arahan MKN..Untuk capainya dia mulakan derma ke hospital dan kemudiaan ke pegawai2 yg jaga sekatan2 jalanraya dan terakhir di balai polis sendiri..Lihat bagaimana Insan Mulia ni dgn bangga menunjuk 1 malaysia dia kebal melawat balai polis sehingga pegawai2 menunggunya spt VIP..Bila video ni tersebar, adakah anggota2 yg bermandikan peluh di sekatan2 jalanraya tergerak tuk menahan dan menyoal insan mulia ini???Namun tuk capai kekebalan ni dia perlu memulakan derma diantara pegawai2 dan kerajaan dulu dan ini fasa pertama..

Peringkat ke 2
Disini perlu tarik perhatian 1 Malaysia dgn wujudkan kelainan..Derma ke tahfiz atau madrasah atau org Islam derma ke Islam adalah pekara normal sesama Islam..Malah di bulan Ramadan biasa je permandangan ini..Ini bukan berita atau iklan..Yg jadi berita dan iklan ialah apabila Insan Mulia wujudkan sensasi lawat Sami Hindu di Kuil tuk derma makanan dan lawat perkampungan Cina tuk derma makanan dan wang sekali..Lihat ye..Derma wang dan makanan sekali biasa saya nampak bila jumpa Cina saja..Jarang saya nampak bila jumpa bangsa lain..Ini tuk menawan hati kaum cina yg amat hargai dan sambut derma2 yg disertai wang ringgit atau ang pau..Bagi kaum lain yg lain sekadar beras sudah memadai seolah2 amat besar tuk mereka.

Peringkat 3
Disinilah kontrovesi bermula..Lihat ye..Dlm mana2 filem pun kena ada seorg penjahat dan perlu ada plot dan klimaks..Baru filem tu laku..Baru lengkap..Disini seorg villain muncul soalkan dermanya..Villain ni sebenarnya tak berjaya..Bukan kaya..Vilain berkopiah ni dah cuba tapi gagal dlm usahanya menarik perhatian org dlm aktiviti perniagaan agamanr.....Maka disini villain muncul kembali tanpa kena mengena..agak pelik kerana masakan dia tak sedar tindakan dia bakal mengundang kebencian dan bakal hancurkan masa depan dia dlm bisnes jual agamanya???Ya..dia sedar tapi dia buat juga..Kenapa?Yes he is part of this e-commerce..Dlm filem villain tak muncul tanpa sebab dan tanpa habuan..Maka perlukan saya jelaskan lagi???

Maka diwujudkan 1 keadaan yg unik untuk villain ini masuk iaitu kembali hanya ketika Insan Mulia ni  mula derma kepada org Melayu Islam...Dicari  penerima derma paling daif dan dia jumpa saat terbaik..

Kemudian villain ni masuk dan berjaya meletupkan nama Insan mulia ni dgn mulut busuknya..Simpati bercurah2 dan kali ni dari cina dan india tuk Insan Mulia Islam sekali dikala jarang situasi ini berlaku..Juga lihat ye,masa letusan konflik  ni berlaku, kita dijelaskan punca kekayaannya sekali dan didedahkan channel youtube,facebook dan juga cafenya sekali..Complete kan???

Simpati org ramai seluruh malaysia dah ada..Sayang dah ada..Nama perniagaan cafe yg perlu disokong org ramai pun dah diiklankan..Tontonan dan sbscribe Youtube pun meletup..Melebihi pula subscriber youtube gamer terkaya di Malaysia..Nampak???Kali ni subcriber dia bukan lebai2 atau dikalangan org islam saja..Malah yg tak caya agama,hindu, christian dan cina juga turut sub channelnya..Lepas PKP pasti semua akan lawat cafenya malah beli buku2nya sekali.

So lepas capai segala target perlu ada exit atau jalan keluar...Takan nak derma sampai kiamat??So tetiba adalah org report polis kononnya langgar MKN..Dia dia jemput pula ke Bukit aman dan seterusnya dia berjaya cipta klimaks dan keluar secara aman damai dan dengan alasan kukuh..Maka disini dia keluar dgn kasih sayang dan simpati membuak2...Pelik kan..Kenapa ada laporan polis dan polis jemput hanya selepas villain masuk, jadi konflik dan last2 klimaks berakhir di bukit aman..🤣🤣🤣..Derma leh je buat dari tempat dia...Contact jabatan kebajikan dan pass je apa2 yg nak pass..Negara ni baling batu je jumpa org miskin..betul tak??Takan hanya nak derma klu leh pass ikut tangan sendiri dan masuk youtube???

Bisnes kapitalis moden??

YES, its a classic bussiness..Saya paham kerana saya pun berniaga dan saya pun seorg kapitalis..Saya pernah menjadi sales director syarikat multinasional mewakili lebih 20 negara di Asia dan saya memahami undang2 kapitalis dgn jelas..Mungkin ramai tak paham ilmu ini dan saya tergerak tuk jelaskan..Sebabnya 1..Saya cukup benci libatkan agama tuk menjana apa2 keuntungan..Just keep religion away..Tu saja..

Trust me..Kat sini tiada ahli perniagaan berlumba2 tuk mencari pahala apabila dia sudah gunakan  agama tuk jana keuntungan....This world is about making money..Nothing happen kalau takde pulangan.

Saya puji perniaga yg berjaya malah saya puji creativiti dia menjana keuntungan diketika ramai peniaga menderita..Namun jgn sesekali libatkan agama ketika anda kejar keuntungan kerana bila agama digunakan tuk tujuan ini,kita telah sendakan Pencipta kita dan kesucian roh dan tujuan agama itu dicipta dan diturunkan kepada manusia di dunia ni..Sekian


***Cerita ini hanya khayalan semata2..Tak libatkan nama atau mana2 mahkluk..Jika ada persamaan maka ia hanya kebetulan..

11 comments:

  1. Dalam video2 YT dia seolah2 tak ada PKP dan social distancing langsung. Pihak berkuasa seolah bersubahat dan merestui tingkah laku dia melanggar PKP. Aku tak komen pasal bab2 lain.

    ReplyDelete
  2. Gua minat nak tahu apa jadi ngan jawatan sales director syarikat multinational mewakili 20 negara Asia yg lu pernah pegang tu. Nape sekarang tulis blog? Tak best ke jawatan lama tu? Mintak pencerahan.

    ReplyDelete
  3. dalam perniagaan ada hukum nya ynag Allah tetapkan
    boleh buat untung tapi tak menindas menipu khianat riba dll ynag salah
    amat boddo la kalau katakan niaga tak da kaitan ngan ugama islam

    Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang,
    (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
    dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.

    Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

    sedeqah amal jariah itu hak peribadi
    berapa orang ynag sanggup buat kerja macam tu
    harap islam baka saja tapi ramai macam puaka

    Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain

    firdaus wong shah kirit dll
    asal kapir dapat hidayah masuk islam
    kita yang islam baka berapa kali dah dakwah kat kawan opis jiran
    tak rasa maluka ngan sauadar baru islam ada ilmu
    tentang islam sebab depa mau tambah belajar
    kita ynag ramai dah rasa cukup tepelejar sebab tu banyak yang
    kurang ajar ngan ugama sendiri

    ada islam baka suka pertikai ayat quran
    itu yang nyata

    Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

    Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: "Hendaklah mereka mendirikan salat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi atau pun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.

    secara sembunyi atau pun terang-terangan hanay Allah tahu
    niat kita ria' atau ikhlas

    dah mati baru nak sedeqah buat baik tarak guna lagi

    Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

    Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,
    dari kejahatan makhluk-Nya,
    dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita,
    dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul,
    dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki".

    setan mansuai lagi bahaya dari setan jin
    setan jin hnaya bisik kat mansuia jadi kapir
    setan manusia guna bermacam cara

    dengki 1jenih kuman ynag amat bahaya dari kuman penyakit
    rumah sakit kelinik tak da unit pasai kuman dengki ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astagfirullah...

      Boss...

      Jangan ungkap ayat Quran tanpa disertakan 'nama surah & nombor ayat'...

      'Berdosa & tak beradab' boss...

      Delete
  4. Kena kempen e-commerce ini sbb yg buat ini ramai orang melayu... mulakan kempen buisness online ramai org melayu buat online buisness..
    Jom kempen #BMF now...!! Makanan online 100% halal



    #BMF

    ReplyDelete
  5. Hang ni semua hang nak komen... Hang pun nak jadi mcm lebai pas yg sekoq tu ka... Hang komen pasai politik jahan amnopas aku suka tp hg nk cuba masuk campoq bab2 agama baik tk pyh baik hang dok diam2. ..komen berjela tp tk dak isi.. .Harap hang faham.

    ReplyDelete
  6. Termenung kejap aku memikirkannye. Namun mengiakan tidak, menidakkan pun tidak...

    ReplyDelete
  7. Tahniah Anwar pun dah matang menjawab isu Rohingya dan isu lain dlm FB setiap persoalan dijawab dengan nada biashe biashe... bukan retorik bodoh lagi... Makin tenggelam atok kitee.!!

    dan ....

    Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

    Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial. Persoalan kenapa bila kecoh kat Kedah tetiba pulis bertindak... sebelom ni ok jerr

    macam ada yg tak kena dan ada yang panas bontot yerr...!!!?

    Kalah kan terus budak tu dalam pemilihan parti nanti, sebelum kejadian di Kedah tak ade pun kecoh kepoh ada amik gambar video suma orang ok ajer...

    bila kat berlaku kat Kedah macam macam kau orang kutuk fithan hukum siap bawak hadis lagi....

    Yang dia orang panas bontot kenapa..

    Kalah lan budak dan kunco kunco dalam pemilihan parti budak tu.. maka hapuslah legasi tak guna ini

    saya ulanggg..!!!

    ReplyDelete
  8. Satu kupasan yg menarik dan pemikiran diluar kotak

    ReplyDelete
  9. 100% setuju dengan pendapat tuan. Kita akan menyokong dan tak akan pertikaikan orang nak berbuat baik tetapi mengapa perlu ditunjuk-tunjuk kepada umum. Takkan orang agama seperti beliau tak pernah dengar pasal Talbis Iblis dan maksud keikhlasan.

    Ditambah lagi seperti statement 'bermimpi dipeluk bidadari' dan mengungkit jumlah kewangan yang dikeluarkan sendiri oleh beliau. Seolah-olah play victim, bukankah agak janggal di situ. Memang agak suspicious dengan tindakan beliau yang suka menempel bila ada kontroversi terutamanya melibatkan artis.

    ReplyDelete
  10. Pada aq baik husnuzhan je
    Mmg banyak benda macam ni tapi kekadang cer kita tengok baik2 ap yang diorg buat tu.Diorang bersedekah lepas tu share dengan niat nak ajak orang lain bersedekah.Yang pasti,ambil yg jernih buang yg keruh.sekian...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja