Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

27 December 2022

Boleh Beri Ruang, Tapi Yang Salah Perlu Ditegur

Bhai/DeeDee semua...

Gua setuju kena beri ruang... tak kira la siapa Perdana Menteri tue... waima Mahathir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yasin, Ismail Sabri mahupun Anwar Ibrahim... memang kena beri ruang untuk mereka berkhidmat...

Tapi... perkara yang salah perlu ditegur... Tindakan yang tak tepat perlu dikritik... Kesilapan perlu dinasihat...

Tak perlu tunggu lama sampai sesuatu itu sudah membarah... perlu ditegur dan dikritik awal... sebab kalu tak ditegur dan dikritik... nanti ramai pengampu, pembodek dan pentaksub yang berada keliling Perdana Menteri tu akan merosakkan Perdana Menteri itu sendiri...

Benda yang sama pernah berlaku pada ramai Perdana Menteri sebelum ini.... yang merosakkan mereka adalah para pengampu, pembodek dan pentaksub yang duduk berkeliling... hari-hari mengelabui pandangan para Perdana Menteri dengan berita-berita palsu dan molek-molek belaka demi nafsu serakah dan kepentingan para pengampu, pembodek dan pentaksub ini...

Rosaknya Najib Razak adalah kerana pengampu, pembodek dan pentaksub yang dok berkeliling dier la...

Same goes to Ismail Sabri, Muhyiddin Yasin dan Mahathir Mohamed .... sampai anak menantu pon dok merosakkan dier...

Jadi dalam kes Anwar Ibrahim... beri ruang tu boleh... tapi Anwar Ibrahim perlu ditegur, dikritik dan dinasihati... dan dia kena terima semua itu untuk menjadi pembaikan kepada pentadbirannya... Kalu ader Menteri yang dibawah kabinetnya yang bangang, bebal, bangkai, tak boleh pakai serta mengarut dan tak perform... memang ianya secara otomatik akan membusukkan pentadbiran Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri...

Jangan kerana Anwar Ibrahim nak bekap seekor dua Menteri yang bangang, bebal dan bangkai... maka rakyat nampak Anwar Ibrahim sendiri pun ngarut... jangan sampai camtue... Kena faham tue... sebab rakyat dok perati ja... sebab memang rakyat dah nampak ader beberapa Menteri yang perangai macam haramjad.... semenjak dapat kuasa dah lain cakap dan tindakan... rakyat dok perati ja...

Itu ja nak khabor...

Tapi kalu orang macam Anwar Ibrahim pon tak boleh nak terima kritikan dan pandangan... takbley nak terima teguran dan nasihat.... maka elok diturunkan jer la dari kepimpinan..... gi mampos la siapa Anwar Ibrahim tue.... heran apa nak tunggu 24 tahun dier naik jadi PM ....

Ader paham ka???

Berilah peluang


5 comments:

  1. Setuju Bro, jika salah wajib ditegur, jika tidak makin lama makin rosak. Tidak perlu 100 hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100 hari nak tunggu baru nak tegur... kira dah rosak 100 hari la.... huhuhu

      Delete

  2. Orang bodoh menegur, ini babi, ini anjing, ini kera, ini kafir, ini munafik

    Orang pintar menegur, ini boleh dilakukam sebab...... Ini tak boleh kerana........ Ia tidak sesuai, sekarang, pada masa depan kitab tak tau.

    ReplyDelete
  3. Mcm isu subsidi minyak ikut CC kereta, kurang berkesan sbb banyak kereta2 lama tapi CC besar mcm Naza Ria dll. Skrg kereta2 mewah banyak yg CC kecil sbb guna engin turbo, sepatutnya ada kaedah lain utk beri subsidi minyak kpd B40 dan M40. Nanti aniaya kat pemilik2 kereta2 lama yg CC besar, takkan nak tukar kereta baharu terutama yg dah pencen.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1