Setelah 26 hari Pilihanraya Umum ke 15 berlangsung... hari ini adalah hari pertama Anwar Ibrahin akan diuji keabsahan kedudukannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen... di Dewan Rakyat...
Salah satu dari tentatif utama urutan Sidang Dewan Rakyat hari ini adalah untuk membentangkan Usul Percaya terhadap Anwar Ibrahim... Mampukah Anwar Ibrahim mendapat majoriti undi percaya??
Ntah la... macam-macam benda boleh terjadi di Sidang Dewan Rakyat hari nih... semua ada option...
Dan tak terkejut kalu Anwar Ibrahim gagal mendapat undi majoriti walaupun ramai Ahli Parlimen telah menandatangani MOU dengannya... MOU memang takder makna... ianya sekadar satu perjanjian atas kertas yang sebenarnya tak valid dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia...
Kalu mana-mana Ahli Parlimen nak membelakangi perjanjian MOU tersebut.. ianya tidak menjadi masalah pun... sebab ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan seseorang berhak untuk berasosiasi (berpersatuan) mengikut pendapat dan tanggapannya... dan ianya dijamin secara penuh didalam Perlembagaan Persekutuan...
Contoh lar... kalu Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan penuh dalam mengusulkan bajet mini bagi pembayaran gaji, emolumen dan pengurusan perkhidmatan awam... maka ini memungkinkan kedudukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak mendapat sokongan Majoriti... dan YDP Agong terpaksa melantik orang lain yang boleh mendapat sokongan Majoriti di Dewan Negara...
Bayangkanlah.... kemelut perundangan dan perlembagaan yang tak abis-abis macam nih.... benda dah pernah berlaku... dan besar kemungkinan akan berlaku lagi... Huhuhu.... Ingat Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin Yasin serta Hishamuddin Hussein nak bagi chan ker?? Hahaha
Kalo
ReplyDeleteSori komen tak habis...
DeleteKah Kah Kah
DeleteJohari abdul sah jadi speaker bhai. Langit masih lagi cerah bhai haha.
ReplyDeleteYeah.... tapi ader jugak yang taknak undi Calon PH untuk Timbalan Speaker....
Delete