Gua tahu ramai pembaca blog gua nih memang aktif berpolitik... Gua tahu sangat... Tapi adakalanya kita kena berpolitik dengan idealism ... berprinsip...
Sebab kita kena tahu satu perkara ... perkara ini utama... perkara ini sakral... perkara ini sesuatu yang nyata...
Selama-lamanyalah kita akan dipergunakan oleh orang politik (pemimpin politik) jika kita masih berasakan bahawa tujuan utama perjuangan orang politik itu adalah untuk memberi kebahagian kepada kita.
Daripada mereka pada asalnya saling membenci, kini mereka tanpa rasa bersalah akan saling bermaafan apabila kepentingan memiliki kuasa memerlukan. Yang menjadi gila adalah kita.
Naik pening kita mahu memaki siapa. Bila kita maki dan kecam satu pihak... kita akan dilabelkan pentaksub pihak satu lagi... Adoilah... Bila kita kecam dan maki semua... kita akan dikatakan meroyan... Huhuhuhu
Berhentilah daripada menjadi balaci / macai politik. Kita bukan apa-apa di mata mereka melainkan alat untuk mereka memperkayakan diri. Sebab dari sokongan dan undi kita kepada mereka... merekalah yang untung.... dapat elaun, dapat pencen, dapat emolumen.... segalanya ditanggung... waima lawatan dan huluran wang sesampul dua kepada kita pun bukanlah keluar dari poket mereka... melainkan semua boleh di"claim" kembali...
Orang Politik jugak yang akhirnya dapat projek itu ini ratusan ribu sampai ke ratusan juta... lot tanah dan balak yang berekar-eker... malah sampai ratusan hektar...
Lu yang beriya-iya bekap diorang satu habuk pun takdak.... Hehehe
Shalom.Macam mana lu tahu kami suka berpolitik ? Hp kami kena wiretapped ke ?
ReplyDeleteIkut depalah bro. Bg peluang 5 tahun. Tegur dgn berhemah.. Pru 16 pakat2 lawan balik.
ReplyDeletesemua perlubelajar hukum talaq
ReplyDeleteLebih baik kerajaan sekarang drp kerajaan pimpinan mahiadin didokong oleh lobai penghasut. Beri 5 tahun untuk pengundi 18 mentah fikir semula manusia jenis apa yang mereka pilih. Tak gitu bhai?
ReplyDelete