Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 December 2022

Sudah Sampai Masanya ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpandangan... sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi...  Sebab kalu kita tak semak tahap kesihatan mentalnya... ditakuti macam-macam benda ngarut lagi yang akan dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang....

Bab Dewan Ulama PAS nih.... depa mana ader tulang belakang... benda ngarut pun depa dok angkat jugak selama nih... bukan sekali dua... tapi banyak kali...

Kita tau la perlu hormat guru... tapi kalu guru pun dah makin wayar... wajarlah diambil tindakan... jangan dok main setuju ja... kena semak balik... Dewan Ulama pon dah dok kejar politik ja... bukan patutnya lebihkan kepada Agama... perlu dahulukan Agama atas segala sesuatu.... bukan terbalik kot macam la nih...

Adoilah...

Jahanam aaa...

PDRM dah patut boleh kutip Abdul Hadi Awang atas statement hasutan yang makin kerap dier buat... Islam terancam la... Komunis la... Kapir Harbi la....  patut kutip dan simpan sekejap supaya mental Abdul Hadi Awang jadi waras balik.... itu pon kalu boleh waras la... sebelum makin kronik lagi kesan hasutan yang Abdul Hadi Awang nih buat...

PDRM sila ikut nasihat Majlis Raja-Raja Melayu...


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menganggap seseorang berdosa besar jika tidak mengundi kerana pergi ke Mekah mendapat sokongan daripada dewan ulama parti itu hari ini.

Menurut sayap utama PAS berkenaan, kenyataan Abdul Hadi itu adalah tepat dan perlu dilihat seperti seorang guru yang mendidik anak muridnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahya juga berkata mereka berpandangan kenyataan dibuat Abdul Hadi itu membuktikan betapa beruntungnya rakyat di negara ini hidup dalam masyarakat yang dipimpin oleh "para alim ulama yang mursyid."

Kata Ahmad kenyataan Abdul Hadi semalam bukanlah bertujuan untuk menyangkal keutamaan ibadah umrah, sebaliknya mengutamakan ummah secara menyeluruh.

Tan Sri Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) menulis menyampaikan teguran ibarat seorang guru yang mendidik anak muridnya.

"Pedih untuk diterima tetapi begitulah hakikatnya. Tiada siapa boleh mengubah prinsip keutamaan yang digariskan oleh syarak," katanya.

Semalam Abdul Hadi membuat kenyataan dengan menganggap seseorang yang ke Tanah Suci dengan meninggalkan pilihan raya sebagai berdosa besar.

Ahli parlimen Marang itu juga mengaitkan hujahnya dengan suasana perang dan menggambarkan bahawa Islam di negara ini sedang diancam oleh pihak tertentu.

Seperti selalu dia turut mengaitkan kenyataan politiknya dengan DAP dan suasana pilihan raya yang didakwanya membabitkan penyertaan besar-besaran orang bukan Islam berbanding orang Islam.

"Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

"Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus," kata Abdul Hadi.

13 comments:

  1. Wala' tak bertempat. Kalu Abdul Hadi nih suruh terjun lombong, walaun mesti terjun punyo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan taik hadi masok surga..
      Hadi dh mcm pemimpin syiah iran.

      Delete
  2. Hadi berkata demikian kerana dia nampak swing undi melayu kepada PN. Bila lagi nak ambil kesempatan. Dia bukan gila tapi cerdik tunggang agama. Jika tiada swing undi melayu sudah tentu dia akan utama kan mengerjakan haji dan umrah drp mengundi. Itulah yg dikatakan ahli politik menunggang agama.

    ReplyDelete
  3. Tkde pulak keluar hukum ble rakyat tenggelem dlm banjir, pemimpin berpoya2 ke luar negara..

    ReplyDelete
  4. Jauhi lah perkara ini dari berlaku di Malaysia... Harap jangan berlaku di bomi Malaysia udah ler yeoppp oooii..

    Malu Malaysia nnti mana nak letak muko wooiii... simpang 44 malaikat yeoppp ooiii..

    Hospital huru-hara, pesakit tiba dengan peluru meriam tersekat dalam dubur

    Peluru meriam itu berukuran panjang hampir 20 sentimeter. – Twitter / @acommonlawyer

    https://mykmu.net/2022/12/22/hospital-huru-hara-pesakit-tiba-dengan-peluru-meriam-tersekat-dalam-dubur/

    PARIS – Sebilangan pesakit sebuah hospital di Perancis dipindahkan Sabtu lalu selepas seorang warga emas tiba dengan sebutir peluru meriam dari era Perang Dunia Pertama yang tersekat dalam duburnya, lapor akhbar New York Post semalam.

    Saja skali lagi nak ulangg ...

    Jangan dibuat peluru meriam melekat kat jubooo... jangan cuba nak try test yeopp ooii ..!!

    Silap ari bulan meletop bersepai jubo yeopp oooii.!!

    Malu Malaysia nnti mana nak letak muko wooiii... simpang 44 malaikat yeoppp ooiii..

    kikikiki..

    ReplyDelete
  5. Ulama yang "Mursyid" ? betul lah boleh terjun lombong puak puak ni

    ReplyDelete
  6. Sedih melihat perkembangan dunia :'(

    ReplyDelete
  7. Orang macam ni panjang pule umurnya..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1