Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Gila. Show all posts
Showing posts with label Gila. Show all posts

07 August 2023

Pemandu Gila?

Bhai/DeeDee semua...

Bercerita tentang pemandu gila nih... gua nak bagitau satu jer.... dah lama dah wei Malaysia nih dapat pemandu gila... Hahaha... Nak buat camana... ader yang gila kuasa... ader yang gila tido... ader yang gila menyamun... ader yang gila cuak.... ader yang giler bebal/slow... dan sekarang kita dapat yang gila sembang...

Adoilah....  yang gila sembang nih... dengan bebudak sekolah pon dier buat gila gak... gila berpolitik.... soalan biasa oleh budak sekolah pun boleh dia buat gila serang macam tak berakal.... Awak tu dah jadi pemandu utama negara.. buat la cara pemandu utama... rasional sikit... jangan buat gila...

Tapi kan... yang nak berebut nak berlawan untuk dapat kedudukan pemandu pon sama gila jugak... pergh... yang itu spesis tanya lain jawab lain..

Adoilah Malaysia nih... nasib kita la agaknya asik dapat pemandu gila ... huhuhu... mampoih lar... Mana taknya... penyokong dan pentaksub pon sama naik gilanya... hahaha... WalaNON, Bangsa Slurpp, Walaun, Macai, Walatok, Walabit semua tu pon spesis gila gak.... sebab tu la Malaysia dapat pemandu gila...

Hahahahaha ... gila sungguh la... tak dapat dah nak ubat gila nih... Tanjung Rambutan dan Tampoi pon tabley nak muatkan semua nih... Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Nasib Malaysia selalu dapat pemandu gila ... huhuhu


06 August 2023

Gila Ini Ada Macam-Macam

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah... seperti yang biasa gua katakan... gila ini ada macam-macam.... Over confidence pun sebenarnya adalah satu kegilaan... Kah Kah Kah...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Over Confidence???


 

06 March 2023

Kesilapan Yang Memalukan

Bhai/DeeDee semua...

Apa nak jadi la... ini first time gua dengar kes macam nih... Macam mana boleh salah identiti mangsa... siap kata mangsa dah mati.... kesian kat keluarga... kesian juga kat mayat...

Macam mana la benda camnie boleh berlaku...

Kena buat siasatan nih....


Selama beberapa hari seorang bapa di Negeri Sembilan meratapi pemergian anak lelakinya, yang menurut pihak berkuasa meninggal dunia ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh Selasa lalu (2 Mac).

Dia kemudian menuntut mayat di Hospital Sungai Buloh, membuat persediaan untuk acara pengebumian di rumah keluarga di Tampin dan merancang untuk menanam jenazah anaknya semalam.

Namun, beberapa jam sebelum acara pengebumian, pihak keluarga terkejut apabila dimaklumkan lelaki berusia 19 tahun itu masih hidup.

"Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.

"Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?" kata bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Chantren

13 February 2023

Pening Lah Abdul Hadi Awang Ni ...

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang nih gua tatau la nak cakap apa... Dah betul la takkan ader kepimpinan yang dapat menyamai kepimpinan Rasulullah s.a.w ...

Rasulullah s.a.w tu kan Nabi... Level baginda lain... Baginda maksum...

Takkan la ader kepimpinan lepas Nabi yang sebaik dan sehebat Nabi.... jauh bhai...

Adoilah...


Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang mendakwa konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan hari ini adalah adalah percubaan menipu rakyat dan seluruh dunia kerana ia terlalu jauh daripada makna sebenar yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu catatan di Facebook, Hadi berkata, penubuhan kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini mempunyai kelemahan ketara, terutama dalam kalangan pemimpin yang didominasi oleh wakil rakyat bukan Islam.

“Kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan oportunis.

25 December 2022

Gila Ada Macam-Macam Jenis

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha...

Jahanam wei... Gila tu ada macam-macam jenis... Adoilah...


Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

22 December 2022

Sudah Sampai Masanya ...

Bhai/DeeDee semua...

Gua berpandangan... sudah sampai masanya Abdul Hadi Awang dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau Tampoi...  Sebab kalu kita tak semak tahap kesihatan mentalnya... ditakuti macam-macam benda ngarut lagi yang akan dikeluarkan oleh Abdul Hadi Awang....

Bab Dewan Ulama PAS nih.... depa mana ader tulang belakang... benda ngarut pun depa dok angkat jugak selama nih... bukan sekali dua... tapi banyak kali...

Kita tau la perlu hormat guru... tapi kalu guru pun dah makin wayar... wajarlah diambil tindakan... jangan dok main setuju ja... kena semak balik... Dewan Ulama pon dah dok kejar politik ja... bukan patutnya lebihkan kepada Agama... perlu dahulukan Agama atas segala sesuatu.... bukan terbalik kot macam la nih...

Adoilah...

Jahanam aaa...

PDRM dah patut boleh kutip Abdul Hadi Awang atas statement hasutan yang makin kerap dier buat... Islam terancam la... Komunis la... Kapir Harbi la....  patut kutip dan simpan sekejap supaya mental Abdul Hadi Awang jadi waras balik.... itu pon kalu boleh waras la... sebelum makin kronik lagi kesan hasutan yang Abdul Hadi Awang nih buat...

PDRM sila ikut nasihat Majlis Raja-Raja Melayu...


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menganggap seseorang berdosa besar jika tidak mengundi kerana pergi ke Mekah mendapat sokongan daripada dewan ulama parti itu hari ini.

Menurut sayap utama PAS berkenaan, kenyataan Abdul Hadi itu adalah tepat dan perlu dilihat seperti seorang guru yang mendidik anak muridnya.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ahmad Yahya juga berkata mereka berpandangan kenyataan dibuat Abdul Hadi itu membuktikan betapa beruntungnya rakyat di negara ini hidup dalam masyarakat yang dipimpin oleh "para alim ulama yang mursyid."

Kata Ahmad kenyataan Abdul Hadi semalam bukanlah bertujuan untuk menyangkal keutamaan ibadah umrah, sebaliknya mengutamakan ummah secara menyeluruh.

Tan Sri Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) menulis menyampaikan teguran ibarat seorang guru yang mendidik anak muridnya.

"Pedih untuk diterima tetapi begitulah hakikatnya. Tiada siapa boleh mengubah prinsip keutamaan yang digariskan oleh syarak," katanya.

Semalam Abdul Hadi membuat kenyataan dengan menganggap seseorang yang ke Tanah Suci dengan meninggalkan pilihan raya sebagai berdosa besar.

Ahli parlimen Marang itu juga mengaitkan hujahnya dengan suasana perang dan menggambarkan bahawa Islam di negara ini sedang diancam oleh pihak tertentu.

Seperti selalu dia turut mengaitkan kenyataan politiknya dengan DAP dan suasana pilihan raya yang didakwanya membabitkan penyertaan besar-besaran orang bukan Islam berbanding orang Islam.

"Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

"Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus," kata Abdul Hadi.

21 December 2022

Makin Pening Abdul Hadi Awang

Bhai/DeeDee semua...

Tak pernah takder dalil dan fatwa .... kalu ianya boleh menguntungkan PAS dalam berpolitik... mesti ader punya... Ini ... kali nih... keluar pulak dalil "berdosa besar" kepada orang yang pergi tunaikan umrah dan haji sebab tak mengundi...

Hahaha.... adoilah...

Dulu tak pernah jumpa dalil macam nih .... tak dengar pun... kalu ader pon sekadar fiqh jer... adoilah.. 

Apa nak jadi la ngan Abdul Hadi Awang nih... relaks aaa.. dulu kan kata Malaikat pun mengundi PAS... so apa salahnya Malaikat pulak kali nih memenangkan PAS dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 2023 nanti....

Huhuhu



Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.

Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.

Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan "berjuang" serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.

"Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.

"Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW," katanya hari ini.


Pandangan Abdul Hadi Awang berkaitan ‘dosa’ jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi perlu diperhalusi, kata bekas setiausaha Majlis Syura PAS Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin berkata tindakan presiden PAS mengqiyaskan perkara itu dengan tindakan lari daripada medan perang adalah “istinbat (mengeluarkan) hukum yang tersasar dan sangat tidak halus”. 

“Apakah ia bermaksud mereka yang tidak mengundi dalam PRU yang lalu adalah berdosa besar.

“Dan lebih jauh lagi mengundi parti lain sehingga terbentuk kerajaan baru sekarang di peringkat persekutuan bermaksud kuasa Islam telah jatuh? 

30 November 2022

Jangan Ganggu Tok Guru Kami

Bhai/DeeDee semua...

Biarlah gambar yang berbicara... hahaha... benda realistik... sabor jer la...

Tak abis-abis meroyan bagai... payah kalu terlepas sorang pesakit yang patutnya dihantar ke Tanjung Rambutan... hehehe... Hehehe



Tak Mengaku Lah Pulak ...

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha ... ini lawak... cuba lu bayangkan... kalu ini semua diambil secara kenyataan bertulis di balai... jenuh aaa IO kena tulis balik setiap kali selesai amik kenyataan dari Abdul Hadi Awang... setiap kali kena ader amendment... 

Silap-silap kena start dari mula balik banyak kali... Hahaha... Mampoih la...

Hahaha ... mesti akan tukar cerita... mesti tak mengaku lah pulak ... Hahaha...



29 November 2022

Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang katanya bersedia untuk disiasat oleh Bukit Aman berkenaan dengan kenyataan yang beliau keluarkan sepanjang beberapa minggu ini....

Tapi pada gua... bukan Bukit Aman yang patut siasat Abdul Hadi Awang nih..

Yang sepatutnya siasat Abdul Hadi Awang ini sewajarnya adalah doktor pakar psikologi dari Hospital Bahagian Tanjung Rambutan atau Tampoi..

Itu yang lebih layak dan sesuai...




08 November 2022

Siot Punya Manifesto BN Ahmad Zahid Hamidi

Bhai/DeeDee semua...

Bos : Kenapa ko tak masuk kerja hari ni?
Pekerja : Kan hari nih birthday saya, saya cuti la bos.

Bos : Ye tak ye jugak.. tapi minggu lepas ko cuti gak kan?
Pekerja : Itu sebab birthday mak saya la bos. Saya taknak jadi anak derhaka.

Bos : Ooo... Bulan lepas kan ko pon dah amik cuti urgent gak?
Pekerja : Ye bos, saya sambut birthday nenek saya.

Bos : Moyang ko idup lagi ke? Bila birthday dia?
Pekerja : Idup lagi la bos... Umur dier 120 tahun.. Jumaat nih birthday dia.

Bos : Nasib baik ko takder anak bini
Pekerja : Eh bos tak tahu lagi ke? Sabtu baru ni saya menikah dengan Jenab Janda anak 5. Birthday Jenab Isnin depan la bos.

Bos : Birthday aku ko taknak sambut ke?
Pekerja : Bila birthday bos?

Bos : Setiap hari birthday aku. Ko tak payah datang la kerja. Cuti terus.
Pekerja : ??? Siot punya Ahmad Zahid Hamidi

#PRU15 #GE15 #ManifestoBN #Manifesto #BN #AhmadZahidHamidi #BarisanNasional #Troll #Lawak



28 October 2022

Muafakat Nasional Akhirnya Kelaut

Bhai/DeeDee semua...

Pada 14 September 2019 ... UMNO dan PAS telah menandatangani satu Piagam .... yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional... Dengannya... UMNO dan PAS telah bersetuju untuk bekerjasama dan memperkukuhkan kuasa orang Melayu dalam persada politik Malaysia.

Lalu berdamailah seteru lama nih ... seteru puluhan tahun sampai insiden kafir mengkafir... bercerai berai... solat dua imam... malah sampai tak makan hasil sembelihan lain-lain puak... ada yang lagi kronik sampai putus adik beradik, anak beranak ... saudara mara...


Lalu pada 2020 ... UMNO dan PAS telah terus mencatur kerusi-kerusi penting di beberapa negeri yang mereka dijangkakan akan bertanding... agak mengelakkan pertembungan sesama sendiri... Kononnya mereka akan lebih bertolak ansur dalam pembahagian kerusi...

Yang kelakarnya pada masa itu... pembahagian kerusi hanya berlaku di bukan dua negeri ini... Kelantan dan Terengganu.... selain dari dua negeri nih... semua ader sepakatan pembahagian kerusi... Kelantan dan Terengganu berkemungkinan akan berlaku pertembungan sesama sendiri katanya... walaupun ada Piagam


Dan akhirnya.... berita ini pulak kita nampak... Hahaha...

Memang dari awal lagi gua dah kata.... PAS memang munafik dan UMNO akan kena kencing gak akhirnya... Hahaha... kan dah berlaku... PAS memang mengencing UMNO secara berdepan... Yang kelakarnya.... PAS buat macam dia yang jadi mangsa... hahaha...  ader konflik minda nih...

PAS paling kerap halusinasi... sebabnya Presiden PAS pun memang terkenal halusinasi tak kira siang atau malam.... komentar dier penuh dengan kegilaan... 

Hehehehe...... payah bhai kalu dapat Presiden wayar... gila... tidak waras... Hahaha








15 October 2022

Banduan Pun Nak Bertanding Juga?

Bhai/DeeDee semua...

Buat masa ini terdapat sebanyak 47 buah penjara di Malaysia. 18 buah di Semenanjung dan 9 buah di Sabah dan Sarawak.

Kalu setiap penjara diperuntukkan 3 hingga 5 kerusi Wakil Banduan (WB) bergantung kepada saiz dan kapasiti Penjara itu sendiri, maka kita akan ader sekurang-kurangnya 141 Wakil Banduan atau 235 Wakil Banduan.

Wakil-Wakil Banduan ini akan bersidang dan melantik 5 bakal Calon Presiden Banduan. Setelah selesai pengundian maka yang memiliki undi terbanyak akan menjadi Presiden Banduan, yang kedua terbanyak akan menjadi Timbalan Presiden Banduan.

3 Calon yang lain akan diangkat menjadi Naib Presiden Banduan SeMalaysia.

Jabatan Penjara boleh juga melantik 3 orang Banduan yang mempunyai kepakaran undang-undang untuk menjadi Speaker Penjara dan Timbalan Speaker Penjara.

Maka dengan ini Penjara Malaysia akan menjaid contoh terbaek di seluruh dunia kerana sistem demokratik yang digunapakai. Standard pun akan naik.

Kan banduan di Malaysia nih ader banyak skilset. Boleh juga dilantik seorang banduan untuk menjaga urusan kewangan dan pendanaan politik Penjara.

Sekian,

Sekadar mencari pasal dan mencurahkan cuka keatas luka. Hahaha

*** sedikit tambahan.
Sepenggal mereka menjadi WB … mereka akan dapat pencen penuh. Kan berbaloi masuk Penjara. Tidaklah mereka segan nak masuk nanti.



22 September 2022

Hospital Terbaik Untuk Najib Razak

Bhai/DeeDee semua...

Najib Razak katanya tak betah duduk di Penjara.... Dia lebih suka duduk di Hospital... Banduan lain kalu di Hospital akan digari tangannya kepada besi katil serta duduk di wad kelas 3 ...

Tapi Najib Razak tak mahu...

Jadi adalah lebih baik dan wajar Kerajaan Malaysia menghantar Najib Razak menjalani rawatan kesihatan di Hospital Bahagia sama ada di Tanjung Rambutan atau di Tampoi...

Mungkin kehadiran Najib Razak di Hospital Bahagia akan menyebabkan dia lebih BAHAGIA... hahaha



15 September 2022

Abdul Hadi Awang Sudah Semakin Gila?

Bhai/DeeDee semua...

Semakin hari satu demi satu catatan dan pemikiran seorang Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) yang dilihat tidak cocok dan tidak waras.. Malah kelihatannya semakin gila.

Pelik sungguh la... Agaknya selepas Abdul Hadi Awang sakit hari tue... maybe kesihatan mentalnya agak terjejas... Fizikal kita mungkin lihat dia sihat... tapi Mental nya mungkin sakit lagi... teruk sakitnya... sampaikan ntah apa-apa yang diperkatakannya...

Maybe sudah putus wayar sama sini ????

Abdul Hadi Awang sudah tidak waras

#HadiAwang #Gila #PresidenPAS #TidakWaras #CatatanMinda #PRU15 #Rasuah #KesihatanMental #SakitJiwa #halusinasi #bisikangaib #bisikansetan #IQ #Mental #MentalHealth #PakarSakitJiwa #ubat
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

12 March 2022

Abdul Hadi Awang Wajar Dihantar Ke Tanjung Rambutan

Bhai/DeeDee semua...

Abdul Hadi Awang nampaknya dah wajar dihantar ke Tanjung Rambutan atau Tampoi... Sebab penyakit gilanya dah makin menjadi-jadi...

Abdul Hadi Awang sendiri yang berpakat dengan UMNO siap buat Muafakat Nasional... kini Abdul Hadi Awang pulak berkempen jangan undi UMNO ... sebab katanya UMNO tu adalah Penyamun...

Adoilah.... dier yang deal ngan penyamun... pastue dier suruh jangan silap undi penyamun...


Sahih dah Abdul Hadi Awang sudah gila.... Huhuhu


01 February 2022

JPJ Dah Semakin Pening?

Bhai/DeeDee semua...

Gua pon pening… Betul la training dibuat oleh sekolah memandu… tapi testing dikendalikan oleh JPJ …

Patut JPJ jugak pun salah kan kalu pemandu gagal patuhi undang-undang dan mengakibatkan kemalangan??? Atau #JPJ nih macam #agamawan… cari dalil dan dalih serta fatwa untuk salankan orang lain???

Giler aaa skrang nih...  

#sekolahmemandu



25 December 2021

Siapa Punya Kerja Ni?

Bhai/DeeDee semua...

Dalam Malaysia nih tiada yang mustahil... Bayangkan... Parti yang kalah dalam pilihanraya pun boleh diangkat memimpin negara... takkan la takder benda lain yang lebih giler dan mustahil...

Macam dalam gambar nih.. Ini bukan gambar edit... Ini gambar lokasi sebenar.. Ini gambar sebenar... ini gambar kerja buat kontraktor yang sebenar... 

Dan memang giler agaknya kontraktor ini dan penyelia tapak kawasan projek ini... Lagi giler adalah Jurutera Projek dan Penyelaras Projek... Dan pastinya yang meluluskan projek ini pon sama giler... Hahaha ... JKR tido ka???

Siapa punya kerja ni??? Gila aaaa



20 November 2021

Zikir Berat?

Bhai/DeeDee semua...

Makin bercambah ostad-ostad yang ajar benda karut marut kepada masyarakat... Semenjak kemasukan puak Yahanana Yabanana dari Indonesia... makin banyak benda karut marut yang keluar...

Malah ramai pulak yang taksub mengikutnya... itu yang sampai Chapal pun dijadikan logo keramat... siap dipasang di kopiah dan jubah...

Gila masyarakat nih dah semakin berat... ditambah lagi dengan amalan-amalan gila yang tidak bersandarkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w ... macam-macam tokok tambah.... dan ntah mana hadith yang dikutip dan disandarkan... semuanya dikatakan Hadith Sahih .... walhal sanad pun tak jelas.... perawi pun mungkar....

Huhuhu.... adoilah...



03 October 2021

Betul-Betul Tak Sedar Diri

Bhai/DeeDee semua...

Pada PRU14 ... BERSATU menang bukan sebab BERSATU kuat dan dapat sokongan ramai atas dasar BERSATU itu sendiri.... tapi BERSATU menang hanya semata-mata undi pengundi atas pagar yang memang nak menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan jugak dari undi para penyokong dan pensimpati PAKATAN HARAPAN (PH)... 

Sebab dimana BERSATU bertanding... tiada parti lain dalam PAKATAN HARAPAN yang berlaga berlawan kerusi..... jadi sebab itu penyokong dan pensimpati PH akan mengundi BERSATU sebab katanya BERSATU adalah sebahagian dari PAKATAN HARAPAN.

Cuba kalu dalam keadaan sekarang nih... dimana semua orang tahu BERSATU adalah parti pengkhianat... parti yang menipu pengundinya... parti yang buat Langkah Sheraton... ingat orang nak mengundi BERSATU lagi ka?? Hahahaha.... Hanya orang bodoh dan gila ja yang akan undi BERSATU... hahaha

Lagi Muhyiddin Yasin (Mahiaddin Md Yasin) nak perasan yang BERSATU akan dapat sokongan besar dari Pengundi.... Hahaha.... Giler aaa...  Macam dalam kes PAS la.... sekarang orang dah tau macam mana perangai dan sikap PAS.... ingat pengundi atas pagar nak bantu dan undi PAS lagi ka macam dulu kala??? Hahaha.... mimpi lar...




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1