Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Eksekutif. Show all posts
Showing posts with label Eksekutif. Show all posts

25 December 2022

Gila Ada Macam-Macam Jenis

Bhai/DeeDee semua...

Hahahaha...

Jahanam wei... Gila tu ada macam-macam jenis... Adoilah...


Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

27 September 2021

Semakin Menarik Jalan Cerita

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya semakin menarik jalan cerita tentang isu integriti dalam SPRM nih... Macam tips of an iceberg jer.... hahaha.... satu demi satu terbongkar... Hahaha... tunggu la pulak apa yang nak pecah dan bocor nih... Hahaha

Dulu masa awalnya.... hanya ader satu jabatan... Biro Siasatan Negara (BSN) yang mengendalikan semua siasatan yang terkait dengan keselamatan dan perkara-perkara yang melingkarinya... Selepas itu ianya dibubarkan dan ditukarkan menjadi Badan Pencegahan Rasuah (BPR)... masa zaman awal BPR nih semuanya masih okeh lagi... tapi lepas tue elemen-elemen salahguna kuasa, salahlaku dan integriti dah mencengkam organisasi itu...

Lepas tue.... Kerajaan Malaysia menukar dan menaiktaraf Badan Pencegahan Rasuah (BPR) kepada status sebuah Suruhanjaya.... iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.... dan walaupun telah dinaikkan status sebegini bagoosh.... tapi tetal elemen salahguna kuasa, salahlaku dan integriti tidak dapat diperbetulkan.... malah menjadi lebih kronik...

Dan kini nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.... betapa lekehnya sebuah Suruhanjaya yang sepatutnya diletakkan dibawah kuasa Parlimen dan YDP Agong dan bertindak secara autonomi.... namum tidak sebegitu...

SPRM kekal dibawah kuasa Eksekutif... dibawah kuasa dan pentadbiran Perdana Menteri dan Kabinet... yang mana segalanya perlu menurut kata Peguam Negara dalam apa-apa proses sama ada untuk menyiasat mahupun untuk mendakwa...

Dan... salahguna kuasa, salahlaku dan integriti nampaknya makin membarah.... Hahaha... tunggu la apa pulak yang nak pecah dan bocor lepas nih... Hahahaha

Makin Kantoi


02 August 2010

Iklan Jawatan Kosong

Peluang kerja di dalam bidang IT - Virtuanic Web Services (www.virtuanic.com)

Virtuanic Web Services sedang mencari 4 eksekutif pemasaran teknologi untuk beroperasi di Pahang, Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Penang. Waktu bekerja anjal.

Calon yang ingin memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai Certificate in Finance / Administration, dengan pengetahuan yang mantap di dalam bidang internet technology (IT).

Gaji bulanan di dalam lingkungan RM 4000 beserta dengan sales commision. Latihan akan diberikan.

Calon yang berminat boleh menghantar email ke sales (at) virtuanic.com beserta dengan link online resume anda.

VIRTUANIC WEB SERVICES

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1